Assalamualaikum dan salam Ramadhan al-mubarak.

Salam hormat dan penuh kebahagiaan buat para pembaca budiman sekalian. Bertemu lagi kita di bulan yang barakah lagi mulia ini. Semoga amal dan ibadah kita diterima oleh Ilahi.Pada keluaran kali ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai bagaimana menilai dan mengenali potensi minda anak-anak anda. Mereka cenderung mengasah minda mereka menggunakan otak kanan mahupun otak kiri. Mari kita kupas satu persatu ya. 🙂

Adakah anak anda seorang yang pemalu , pendiam ataupun hyperaktif ? Mengikut ketetapan Ilahi setiap hambaNya dilahirkan berbeza antara satu sama lain waima kembar siam sekalipun. Selain perbezaan fizikal yang dapat dilihat oleh mata kasar, keupayaan minda mereka juga berbeza antara si abang mahupun si adik.

Justeru itu, para ibu bapa haruslah mempunyai ilmu dalam mengklasifikasikan minda anak-anak anda. Setelah minda anak anda di kenali, pengkhususan dalam menajamkan minda mereka secara optimum adalah tugas terpenting. Pendekatan bagi kedua-duanya amat berbeza sekali.

Antara tips-tips yang dapat saya kongsikan disini, kanak-kanak yang berpotensi  mempunyai dominasi otak kanak cenderung didalam aktiviti yang melibatkan seni kreatif dan persembahan. Imaginasi dan permainan kad dalam cetakan geometri berwarna dapat mengasah kemampuan otak kanan mereka.Ianya merangsang visual mereka ke paras yang optimum.Latihan akrobatik dan gimnastik juga mampu melatih kecerdasan otak kanan anak anda.Berbekal keupayaan mereka ini, kecendurangan mereka menceburi bidang seni, lukisan, arkitek,ahli sukan,pakar motivasi dan sebagainya amat besar.

Antara contoh otak kanan yang terhebat ialah pelukis bagi hasil seni yang teragung tamadun manusia ialah Potret Monalisa. Leornado da Vinci adalah pemilik hasil karya itu yang merupakan golongan otak kanan! Bakatnya di asah sejak kecil lagi seiring dengan keupayaan kreativiti dan ilham seni yang dimaksimumkan menggunakan otak kanan.

Bagaimana pula dengan pemilik si otak kiri ? Tidak kurang hebatnya juga, anak-anak yang mempunyai dominasi otak kiri memproses maklumat dengan cepat dengan cara berbentuk lisan yang lebih kompleks ataupun berbentuk analisa.Matematik,statistik, sains dan teknologi merupakan antara subjek kegemaran pemilik si otak kiri. Kemampuan otak kiri banyak di asah apabila anak-anak anda memasuki alam persekolahan formal dan bidang kerjaya. Pakar saintis, pendidik, doktor dan pegawai bank adalah golongan hebat yang lahir daripada ketajaman otak kiri mereka.

Walaubagaimanapun perbezaan kemahiran antara otak kanan dan kiri, keseimbangan di antara keduanya juga amat penting.Otak manusia bagaikan satu sistem komputer yang rumit,yang dikawal oleh dua bahagian. Ibu bapa merupakan tunjang utama dalam mengalas amanah ini dalam mencorakkan kemahiran intitusi dan kepantasan deria rangsangan anak-anak terutama minda mereka. Selain dengan aktiviti kerohanian selaras dengan nilai islam, pemakanan yang bernutrisi tinggi juga amat penting.

Saya harap saya telah menerangkan sedikit sebanyak tentang pengkelasan minda kanak-kanak bagi manfaat para ibu bapa. Semoga dengan penjelasan ini tidak terlambat bagi anda untuk mengenali keupayaan dan potensi minda anak anda dan melatihnya sehingga optimum.

Salam hormat dan selamat menunaikan ibadah puasa dan tarawikh.  🙂

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply