Assalamualaikum dan salam penuh keceriaan,

Maha suci Allah yang menciptakan akan sesuatu daripada tiada kepada ada dengan sendirinya. Hebatnya Allah dengan segala kekuasan dan zat yang tidak dihitung banyaknya. Begitu juga penciptaan manusia di bumi ini, diutuskan sebagai wakil Allah ataupun sebagai khalifah bagi memakmurkan dunia ini. Anak yang dulunya dikendong sewaktu kecil semakin membesar mengikut peredaran masa. Segala perubahan fisiologi mereka dikawal oleh Allah S.W.T dan telah dilahirkan sempurna fitrahnya. Jika kita ingin meniru atau mencipta akan sesuatu setara dengan ciptaanNya waima sehelai bulu mata sekalipun, pastinya takkan boleh. Nah, betapa lemahnya manusia itu berbanding luasnya ilmu Allah. Allahu Akbar !

Dikesempatan ini, saya ingin berkongsi sedikit bagaimana untuk kita sebagai para ibu bapa untuk memahami perkembangan tumbesaran anak-anak mengikut keupayaan fizikal dan mental mereka setiap peringkat yang telah disusun sempurna oleh Penciptanya.

Peringkat Pertama : Mengenal pasti isyarat alam persekitaran dan orang sekeliling Mereka masih keliru tentang perubahan siang ke malam dan kadar frekunsi pendedahan bunyi yang diterima. Ketika ini mereka banyak menggunakan bantuan visual  bagi melatih koordinasi mata untuk berfungsi sebaiknya. Tahukah anda bahawa, bayi anda bukannya tidur apabila hari sudah gelap, tetapi kerana isyarat deria mata menyuruhnya untuk tutup. Mereka akan mula mengenal muka anda sebagai orang yang dipercayai dan akan menangis apabila melihat sesuatu yang asing baginya. TIP: Pada peringkat ini, anda haruslah kerap menghantar isyarat melalui pandangan mata kepada anak anda. Kurangkan juga pendedahan cahaya yang melampau terhadap mereka dan banyakkan memeluk mereka bagi membuatkan mereka berasa tenang dan selesa di usia awal mereka itu.

Peringkat Kedua : Keseimbangan bagi separuh anggota badan Di bulan ketiga kelahiran, bayi anda akan mula menunjukkan keupayaan mereka untuk membalikkan badannya ataupun meniarap. Kebolehan meniarap ini adalah disebabkan oleh kematangan koordinasi mata mereka yang telah dilatih pada peringkat pertama tadi. Mereka akan menegakkan leher dan kepala untuk mula bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Melalui kematangan deria mata dan visual, bayi anda akan dapat mengawal kepalanya sebanyak 180 darjah pemandangan. Bayi anda membalikkan badannya agar merasa kestabilan melalui perutnya sendiri. TIP: Agungnya ciptaan Allah ini ! Justeru itu, ibu bapa haruslah mengalakkan bayinya dan membiarkan mereka untuk terus meniarap bagi menyokong tumbesaran anggota badannya terutama bagi menguatkan anggota tanggan dan kaki. Keupayaan bayi anda untuk meniarap dalam jangkamasa yang lama akan memudahkan mereka untuk pergi ke peringkat seterusnya.

Peringkat Ketiga : Latihan pengukuhan dan kekuatan otot badan. Kematangan deria visual dan anggota badan mereka semakin cekap bertindakbalas. Keupayaan merangkak pada bayi anda terjadi apabila mereka telah dapat menggunakan fokus mereka pada objek yang jauh. Mereka akan mula ingin mengapai benda yang tinggi dan berusaha untuk mencari benda yang tersembunyi. TIP: Semakin banyak mereka merangkak semakin kuat otot badan mereka terbentuk.

TAHUKAH ANDA, bahawa penggunaan baby walker kepada bayi adalah salah. Pada hemat kita, dengan bantuan baby walker ini sedikit sebanyak dapat memudahkan mereka berjalan. Malangnya kita telah membantutkan pertumbuhan otot anggota badan anak anda. Mereka tidak lagi berupaya menggunakan sepenuh tenaga dan kudrat untuk bergerak. Jika diperhatikan sebahagian bayi yang menggunakan baby walker ini lebih lambat berjalan berbanding yang tidak. Ia umpama kita mempercepatkan proses tumbesaran bayi  sebelum waktunya. Ia sama sekali bertentangan dengan fitrah. Oleh itu, biarkan mereka merangkak sepenuhnya sehingga mereka mula belajar untuk mendapatkan keseimbangan badan dengan sendirinya tanpa menggunakan sebarang alat bantuan.

Peringkat Keempat : Keseimbangan bagi keseluruhan anggota badan Segala keupayaan otot dan deria rangsangan bayi anda akan bergerak secara seiringan atau synchronise. Keseimbangan terhadap tarikan graviti juga telah dicapai dan kebolehan untuk mengawal anggota kaki untuk berdiri tegak dan bergerak. Keupayaan bayi anda untuk bertatih dan berjalan disebabkan oleh latihan yang cukup pada peringkat sebelumnya. TIP: Oleh itu, anda haruslah memperbanyakkan mereka untuk bergerak walaupun sekadar menendang bola. Kadangkala, pada ketika ini bayi anda akan mula sedar bahawa mereka mempunyai kaki! Ini kerana, pada awal peringkat tumbesaran mata mereka tidak dapat melihat keseluruhan badannya. Berikan perhatian dan galakkan mereka untuk berjalan dengan memberikan kepercayaan terhadap mereka. Percayalah, di saat bayi anda telah berjaya untuk berjalan, sesungguhnya itulah kejayaan yang besar bagi mereka.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak pengetahuan dan penjelasan kepada para ibu bapa bagaimana untuk membantu si manja anda membesar secara sihat dan semulajadi. Kadangkala kita hanya perlu berinteraksi dengan anak-anak secara semulajadi seperti berguling bersama-sama di katil, tanpa membazir membeli alatan yang tidak perlu. Semoga anda suami isteri menghargai setiap detik dan terus bahagia menikmati perkembangan tumbesaran dan keajaiban ciptaan Allah S.W.T ini. Semoga berjumpa lagi. 🙂

*******

Excel Qhalif menjemput tuan/puan dan si manja anda ke Kelas PERCUMA Excel Qhalif Playgroup yang berlangsung Sabtu ini. Ruangan kelas ini diadakan khas untuk anak anda mengalami sendiri modul kami. Disamping perolehi hujung minggu yang berkualiti bersama anak-anak, si manja juga mendapat ilmu, berinteraksi dan bersosial secara sihat. Ibubapa dan si manja dari usia 18bulan ke 5 tahun dijemput hadir. Bukan untuk orang lain tetapi untuk anak anda. InsyaAllah. Klik banner di bawah untuk ketahui jadual, lokasi dan daftarlah sekarang!

Tags: , , , , , , , , , ,

2 comments

    • admin says: October 21, 2011

Trackbacks and pingbacks

No trackback or pingback available for this article

Leave a Reply