Konsep belajar sambil bermain bukanlah antara perkara yang baru. Malah ianya telah lama dipraktikkan secara tidak formal.

Memang benar bahawa sekolah menyediakan pendidikan, tetapi ilmu adalah subjektif yang boleh diajar dengan menggunakan pelbagai teknik termasuklah dengan bermain.

Pendekatan belajar yang fleksibel seperti ini akan lebih mudah difahami terutama bagi si kecil. Walaupun dengan mata kasar dilihat mereka hanya sekadar bermain, namun sebenarnya banyak kemahiran yang diperolehi seperti kemahiran motor kasar.

Kemahiran motor kasar adalah kawalan pada tingkah laku yang memerlukan banyak otot dan membolehkan kanak-kanak bergerak balas dengan persekitarannya. Ini melibatkan bagaimana anak anda mahir untuk berjalan, berlari, memanjat ataupun melompat.

Perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan anak anda akan mudah dipandu melalui penguasaan kemahiran motor kasar tersebut.

Mengikut kajian, kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan atau pendengaran adalah berpunca daripada masalah menyeimbangkan badan pada awalnya.

Kemahiran Menyambut dan Membaling Bola

Pada permainan ini, perkembangan motor kanak-kanak semakin matang mengikut peringkat umur mereka. Mereka mempelajari bagaimana menggunakan tangan tanpa ada pergerakan badan.

Hasilnya : Teknik keseimbangan badan dicapai. Secara tak langsung anak anda akan mudah berbasikal menggunakan roda dua di awal usia 4 tahun lagi !

Info : Anak-anak ini belajar untuk membaling dan menyambut ‘bean bag’ dengan mendengar arahan melalui lagu.

Anak-anak dapat menyambut bola dengan meletakkan tangan di hadapan mereka dan melihat arah bola untuk disambut. Oleh itu, mereka dapat menyesuaikan pergerakan tangan bagi menyambut bola dengan lebih cepat dan tepat.

Hasilnya : Melatih mereka untuk fokus tentang kelajuan dan ketinggian objek yang ingin di sambut atau di baling.

Fakta dan Kajian membuktikan , kanak-kanak yang gagal menyambut atau membaling bola dengan baik cukup membuktikan mereka mempunyai kelemahan dalam kemahiran motor kasar.

Secara ironinya, mana mungkin tumbesaran anak kita akan berkembang sihat jika salah satu kemahiran asas seperti ini tidak dicapai. Kerana itu jugalah, anak-anak yang lemah kemahiran asas ini tidak mampu untuk memanjat tangga ataupun berlumba lari.

Kini, program playgroup merupakan platform terbaik bagi mengasah kemahiran motor anak-anak. Kelas yang santai dan penuh dengan segala aktiviti nyanyian dan seni kreatif sudah cukup untuk mengasah kemahiran anak anda dan mencungkil bakat terpendam mereka.

Uniknya, program playgroup ini bukan sahaja mendidik anak-anak secara lembut dengan pendekatan islam malah turut menerapkan nilai asas dalam kehidupan seperti bersosial secara sihat dan bekerjasama dalam kumpulan.

Selain playgroup ,anda juga boleh membawa mereka bermain di taman permainan di rumah anda bagi mengasah kemahiran motor ini. Berilah mereka ruang untuk bermain secara bebas dibuaian ataupun jongkang jongket bersama rakan di taman.

Lupakan seketika permainan ‘indoor’ seperti bermain playstation ataupun x-box yang hanya mendorong mereka menjadi pendiam dan individualistik.

Semoga perkongsian ini dapat membantu mengubah mentaliti anda tentang konsep bermain pada peringkat perkembangan awal anak anda.

Salam hormat.

Dari meja,

( Teacher Ayu – Excel Qhalif )

*******

Excel Qhalif menjemput tuan/puan dan si manja anda ke Kelas PERCUMA Excel Qhalif Playgroup . Setiap kelas kami hanya terhad kepada 10 pendaftaran sahaja. Rebutlah peluang dan alamilah sendiri kehangatan playgroup ini. Disamping perolehi hujung minggu yang berkualiti bersama anak-anak, si manja juga mendapat ilmu, berinteraksi dan bersosial secara sihat. Ibubapa dan si manja dari usia 2 ke 4 tahun dijemput hadir. Bukan untuk orang lain tetapi untuk anak anda. InsyaAllah. Klik banner di bawah untuk ketahui jadual, lokasi dan daftarlah sekarang!

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply