Kisah Silam
Enjit-enjit semut, Police and Theif dan Nenek-nenek Si bongkok 3. Semua ini adalah lagu-lagu dalam permainan yang pernah kita mainkan dahulu. Bermain tak kira masa, tambahan pula bila tiba musim cuti sekolah sebegini. Pagi,  tengahari, petang dan hanya balik ke rumah untuk makan tengahari dan minum sahaja.  Selebihnya waktu dihabiskan bersama kawan-kawan. Bila tiba lewat , si ibu menjemput pulang dengan rotan ditangan :D. Sayalah orangnya tu :).  Malangnya tiada lagi permainan seumpamanya dan kian pupus.

Kajian dan Kelebihan.
Ini merupakan aktiviti kokurikulum tidak formal kita. Dalam aktiviti ini ada proses cerita, menyelesaian masalah, interaksi dan pengalaman. Memang BEST dan tidak dapat dilupakan. Tahukah anda; mengikut kajian sebuah universiti di Arizona, minda separa sedar anak lebih aktif semasa mereka bermain (terutama 2 ke 6 tahun). Tambahan pula diransang dengan lagu-lagu yang berkitan. Minda mereka akan merakam input dengan lebih cepat. InsyaAllah ada rezeki saya akan cerita dengan lebih jelas tentang minda separa ini.

Kelebihan dan Kepentingan

Video menerangkan lebih lanjut kelebihan dan kepentingan
sistem pembelajaran berlagu oleh Teacher Ayu.
Semoga manfaat dan terhibur.

Menyedari keperluan dan kepentingan ini, maka wujudlah lagu-lagu dalam bentuk pembelajaran anak-anak seperti lagu ABC dan Head & Shoulder atau nama lain ia dipanggil edutaiment. Kesempatan yang sama juga digunakan dengan baik oleh kumpulan Raihan dalam lagu 25 Rasul dan Bulan-bulan Islam sebagai medium mengajar dan berdakwah. Terdapat pelbagai lagi kelebihan sistem pembelajaran berlagu ini, inysaAllah video di atas dapat menerangkannya dengan lebih lanjut. Semoga manfaat dan terhibur menontonnya.

Bagi anda yang berminat, saya ingin menjemput tuan/puan serta simanja 18 bulan-5 tahun ke Kelas Playgroup PERCUMA (2 jam) kami. Penyertaan satu setiap minggu terhad kepada 5 orang sahaja. Klik banner di bawah atau hubungi Teacher Ayu- 019-669 2284 (tel/sms) untuk berdaftar dan maklumat lanjut. Ok hingga jumpa lagi, salam sayang dari Teacher Ayu. Wasalam


 

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,

2 comments

Trackbacks and pingbacks

No trackback or pingback available for this article

Leave a Reply