Pada satu petang, Puan Murni bertemu dengan sahabat lamanya Puan Isma secara tidak sengaja sewaktu beliau sibuk membeli-belah kelengkapan sekolah anak sulungnya. Antara topik perbualan mereka pada ketika itu tentang kerisauan Puan Murni terhadap karenah anaknya yang terlalu suka bermain daripada belajar.

Puan Murni        : Saya risaulah Isma, anak saya Hadif ni 24jam bermain permainan robotnya di rumah. Kalau saya beri buku, tak sampai 5 minit pun dibacanya. Tak tahu bagaimana cara nak bagi Hadif ni minat belajar.

Puan Isma         : Tak apa Murni, itu tandanya Hadif seorang yang sihat dan genius orangnya. Mentaliti kita saja yang mengatakan anak-anak kita buang masa jika bermain. Malah, banyak manfaatnya tanpa kita sedari. Meh baca maklumat yang saya dapat ni….

                                                                       *********************

Tahukah anda, cara yang terbaik bagi seorang kanak-kanak untuk belajar ialah ketika fikiran mereka berada di dalam gelombang alpha ? Uniknya, tahap gelombang alpha terjadi adalah ketika mereka sedang asyik bermain ! Permainan seperti bermain lego, membaling bola, menari, mewarna dan sebagainya merupakan antara medium terbaik untuk menghasilkan gelombang alpha. Inilah keadaan utama minda separa sedar @ subconcious mind mereka sedang aktif dan mudah diprogramkan.

Apa itu gelombang alpha ?

Gelombang otak (Brainwave) yang terjadi pada saat seseorang sedang beristirehat,tenang ataupun mula mengantuk pada frekuensi 9- 14hz. Setiap hari kita akan mengalami di fasa gelombang ini, apabila kita ingin tidur. Kebanyakkan pegamal perubatan alternatif menggunakan gelombang ini untuk melakukan hypnosis kepada pesakitnya.

Bayi disarankan tidur lebih dari 12 jam sehari. Itulah mengapa otak anak kita selalu dalam fasa gelombang alpha . Oleh sebab itu, anak-anak cepat sekali mengingat dan meniru perbuatan ataupun percakapan kita tanpa kita sedari. Otak mereka dalam keadaan ‘bersedia’ untuk menerima segala input yang diberi.

Menurut Daniel M. Landers, profesor ilmu kesihatan fizikal dan olahraga dari Universiti Arizona,  membuktikan zat Beta Endorphin terhasil daripada aktiviti permainan tersebut. Endorphin ialah bahan biokimia yang dihasilkan oleh otak hanyalah ketika kita sedang bermain. Zat ini sekaligus akan membuatkan kita lebih bersemangat, fokus dan keyakinan tinggi.

Antara 5 kebaikan yang terdapat dalam zat ini bagi anak kita adalah :

i)  Membantu meningkatkan daya ingatan

ii)  Menambah fokus dan konsentrasi dalam belajar

iii)  Mengembangkan idea-idea kreatif

iv) Meningkat kecerdasan minda dan kefahaman

v)   Daya imaginasi berkembang aktif

Semakin banyak zat ini dihasilkan, lebih banyak manfaat diperolehi tidak kira bagi anak kecil mahupun dewasa. Selain mendapat tubuh badan yang sihat anak kita juga mampu meningkatan kebijaksaannya atau dalam istilah lain kita kategorikan sebagai ‘Brain Entertainment’.  Aktiviti permainan inilah yang akan memberikan ‘titik keseimbangan’ pada keseluruhan minda anak-anak.

Berikan anak anda ruang untuk bermain selain menyuruh mereka membaca buku untuk mempastikan mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam pendidikan. Berilah mereka aktiviti permainan yang ceria dan cergas seperti bermain di taman permainan, berkelah, menanam pokok, melawat zoo atau muzium, bermain alat muzik ataupun menanam pokok

Aktiviti berkenaan juga secara tidak langsung boleh menambah pengetahuan. Menguji kecekapan minda anak-anak, ibu bapa juga boleh memberi galakkan dengan cara membaca surat khabar, buku cerita, bermain teka-teki, bermain catur selain aktiviti sihat dengan berenang, memancing, bermain bola, bersenam serta mengemas rumah.

**********************

Puan Murni          : Wah, bagus bermain ni rupanya. Betul juga tu, kalau diperhatikan Hadif ni berani budaknya, kalau suruh salam dengan orang tua laju je dia dan jarang demam.

Puan Isma            : Haaaa… Banyak manfaat rupanya kan. Kadangkala, kita sebagai ibu bapa pun patut timba ilmu lagi Murni bagi memastikan yang terbaik untuk anak kita. 

Puan Murni         : Setuju !!! Dan tak salah untuk mencuba… Hihihihi

Kelas Excel Qhalif Playgroup PERCUMA

Sehubungan dengan itu juga, bagi anda yang berkelapangan, saya ingin menjemput tuan/puan serta simanja 18 bulan-5 tahun ke Kelas Playgroup PERCUMA (2 jam) kami pada. Penyertaan satu kelas terhad kepada 15 orang sahaja. Sila klik banner di bawah untuk berdaftar secara online dan maklumat lanjut. Ok hingga jumpa lagi, salam sayang dari Teacher Ayu.

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply