“ Skindamarink a dinka dink…Skidamarink a doo…

I love You 

I love you in the morning

And in the afternoon

I love you in the evening

And underneath the moon”

Itulah antara bait kata lagu dalam segmen ‘Warm-up Songs’ kami pada Sabtu yang lalu. Ringkas dan mudah. Tepat dengan tema kami pada bulan ini tentang sebuah keluarga yang bahagia.

Rasa sangat gembira apabila mereka dapat melakukan pergerakan anggota badan mengikut susunan kata di dalam lagu tersebut bersama ibu bapa mereka. Walaupun aktiviti ini sangat santai tetapi secara tidak langsung mereka dapat melatih koordinasi tangan dan mata dengan tepat. Jangan terkejut juga tahap kecerdasan mereka juga akan meningkat apabila mereka belajar dalam keadaan yang seronok.

Semasa sesi ‘Story-telling’ pula, pelbagai reaksi dan penceritaan mereka yang bersahaja telah mencuit hati kami. Bagi yang mempunyai ramai adik-beradik, agak panjang lebar juga ceritanya. Walaupun sekadar berkongsi cerita tentang keluarga mereka, keberanian dan keyakinan mereka untuk bersuara dalam kumpulan harus dipuji.

Sedar tak sedar, sikap pemalu dan pendiam anak-anak ini secara semulajadi dapat dikurangkan. Terima kasih dan tahniah kepada para ibu bapa di kelas playgroup kami kerana memberi anak anda ruang dan peluang untuk menyerlahkan bakat dan kelebihan anak masing-masing . Andalah ibu bapa yang prihatin dan terbaik bagi kami. Tahniah !!!

Semoga bertemu lagi dan semoga terhibur dengan klip video kelas playgroup kami ini. Jangan lupa tonton bersama si buah hati anda ya…

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply