Apa itu muntah susu ?

Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi dikalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1 tahun.

Apa yang menyebabkan muntah?

Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau ‘valve’.

Walaubagaimanapun, valve ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang dari 1 tahun.

Adakah normal apabila bayi muntah ?

Ia adalah biasa jika bayi anda muntah dengan kerap pada minggu-minggu awal apabila bayi anda sedang menyesuaikan diri kepada penyusuan dan tubuh badan mereka sedang membesar.

Kita boleh tahu perbezaan sama ada bayi anda muntah atau hanya jeluak (mengeluarkan semula susu dengan jumlah yang sedikit) sebab apabila muntah, ia akan keluar dalam jumlah yang banyak.

Semua perkara dari mabuk kereta hingga ketakcernaan boleh menyebabkan bayi anda muntah, walaupun jika hanya menangis atau batuk yang berterusan, ia akan merangsang refleks ini.

Muntah selalunya akan berkurangan dalam masa enam hingga 24 jam selepas ia bermula, tanpa sebarang rawatan tertentu selain dari perubahan dalam diet. Sekiranya bayi anda sihat dan berat badannya bertambah, anda tidak perlu risau.

Bilakah saya perlu risau ? 

  • Muntah berterusan yang teruk atau muntah berterusan selama lebih 24 jam
  • Kekejangan, lesu atau meragam yang teruk
  • Tanda-tanda penyahhidratan termasuk mulut yang kering, kurang air mata dan kurang kencing (menggunakan kurang daripada enam lampin sehari dari kencing)
  • Darah atau hempedu (bahan berwarna hijau) dalam muntah

Sedikit darah di dalam muntah selalunya tidak perlu dirisaukan. Ini boleh berlaku apabila kekuatan memuntahkan menyebabkan koyakan kecil dalam salur darah yang melapisi esofagus.

Muntah bayi anda juga berwarna sedikit merah sebab dia telah menelan darah daripada luka di mulutnya atau hidung berdarah dalam masa enam jam sebelumnya.

Tetapi hubungi doktor anda jika masih terdapat darah dalam muntahnya atau jika jumlah muntah bertambah banyak.  Hempedu hijau mungkin menunjukkan usus tersumbat, satu keadaan yang memerlukan rawatan segera.

Cara Rawatan

Apabila bayi anda muntah, dia akan kehilangan banyak cecair. Penggantian cecair ini adalah penting supaya dia tidak akan ternyahhidrat. Antara pelan alternatif untuk rawatan masalah ini adalah :

  • Pabila bayi anda telah berhenti muntah, berikan bayi anda air atau larutan elektrolit (seperti Larutan Penghidratan Semula Oral ) dalam jumlah yang sedikit (jika ada) setiap setengah jam hingga satu jam
  • Jika bayi anda boleh meminumnya, berikan dia sebanyak 2 auns / 50ml larutan elektrolit berselang-seli dengan 2 auns / 50ml cecair jernih setiap setengah jam
  •  Selepas dia berjaya minum dos berikut tanpa muntah, tambah susu atau susu formula yang kurang pekat dan tambahkan kuantiti setiap susuan sehingga 3 atau 4 auns / 80-100ml setiap tiga atau empat jam.
  •  Tidur juga boleh menenangkan bayi anda; kandungan perut akan dikosongkan ke dalam usus semasa tidur, mengurangkan kehendaknya untuk muntah. Jangan berikan anak anda sebarang ubatan anti-loya (sama ada dipreskripsikan atau dibeli di kaunter) kecuali disyorkan oleh ahli pediatrik yang bertauliah

Tips untuk kurangkan muntah susu

  • Sendawakan bayi dengan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu
  • Elakkan pergerakkan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu
  • Baringkan bayi dalam kedudukan mengiring sebelah kanan semasa tidur
  • Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur
  • Periksa samada terdapat “dribbling” pada mulut bayi semasa tidur. Lap sekiranya ada susu untuk mengurangkan iritasi.
  • Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu.
  • Sekiranya menyusu badan, susukan pada sebelah buah dada sahaja dan perah yang satu lagi.
  • Menyusu dengan kadar sedikit. Hadkan setiap susuan kurang dari 20 min sekiranya menyusu botol
  • Jarakkan susuan sekurang-kurang 2 jam kerana perut mengambil masa 2 jam untuk kosong semula

Jangan terlalu risau mengenai perkara ini kecuali jika dia muntah di atas kemeja baru anda. Kebanyakkannya akan hilang dengan sendiri selepas 12 bulan dan bayi membesar secara normal. Seperti isu keibubapaan yang lain, anda akan biasa menghadapi semua ini.

Tetapi, sekiranya muntahnya keterlaluan setiap kali menyusu, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

 

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply