Salah satu cabaran terbesar ibubapa yang mempunyai anak-anak yang berumur 18bulan dan ke atas adalah dalam menangani sikap negatif @ negativism yang mereka pamerkan.

Sikap negatif seperti membaling barang, menghentak kepala ke dinding, menjerit sekuat hati dan sebagainya jelas menunjukkan nilai ego dan self-power dalam diri mereka mula bercambah.

Mereka mula sedar bagaimana untuk mempertahankan apa yang mereka mahukan. Kalau tak diberi apa yang mereka mahukan, alamat hiruk pikuklah keadaan rumah dengan jeritan dan tangisan mereka.

Lebih parah keadaannya apabila mereka mula ‘buat perangai’ di kawasan awam seperti di Pusat Membeli Belah, majlis orang kahwin dan sebagainya. Takut-takut hilang sabar jadinya pula…

Menurut setiap kemahuan mereka dalam keluar mencari jalan penyelesaian daripada keadaan tertekan itu bukanlah jawapannya. Malah ianya tambah memburukkan sikap mereka kelak.

Cara-cara Mengatasinya

Bertenang adalah lebih baik daripada marah. Pastikan kita sentiasa tegas dan tepat dalam setiap arahan yang kita lontarkan kepada mereka.

Dengan ini membantu mereka menerima arahan dengan jelas dan menuruti apa yang kita suruh. Cara ini membantu kita sebagai ibubapa untuk mempamerkan pula ‘ego’ ataupun kuasa yang ada pada diri kita.

3 Contoh Dalam Menangani Sikap Negatif Anak Secara Bijak 

1) Keluarkan kata-kata (verbal) arahan secara spesifik

Contoh I – “Sayang nak makan dulu ke atau mandi dulu …” Pertanyaan ini akan mengundang jawapan negatif daripada anak-anak. Tentukan apa yang mereka patut buat satu persatu dan bukanlah memberi mereka pilihan untuk memilih. Bukankah logik akal mereka masih belum aktif  ?

Jawapan – “Jom sayang, sekarang masa untuk mandi dan wangi-wangi…” Pernyataan ini sangat spesifik tentang apa yang mereka perlu lakukan tanpa ada pilihan untuk memilih dan pastinya tiada ruang untuk memberontak. Tambahkan sedikit fantasi dengan bernyanyi bersama-sama sambil ke bilik air untuk menarik minat mereka. Mudah bukan ?

2) Keluarkan anak-anak daripada ‘zon panas’ dengan segera

Membawa mereka keluar bermain di Pusat Membeli Belah memang menyeronokkan. Tetapi, masalah timbul apabila mereka mula meragam apabila tidak mahu balik atau berhenti.

Cara terbaik adalah dengan membawa mereka serta merta  keluar daripada ‘zon aktiviti’ itu walaupun mereka menangis sekuat hati.

Bawa mereka ke ruangan yang lain, yang jauh daripada tempat permainan tersebut bagi meredakan keinginan mereka. Pastikan setiap pujukan secara tegas kepada mereka agar mereka faham dan dengar tanpa meninggikan suara.

Cara ini akan mengambil masa selama 20-30 minit untuk mereka bertenang kembali. Jadi, banyakkan tarik nafas ya…

3) Tentukan had/limits mereka

Kadangkala waktu makan merupakan waktu perang bagi sesetengah ibubapa. Sekiranya mereka mula membaling dan selerakkan makanan di meja makan, serta merta tarik mereka turun daripada kawasan tersebut.

Letakkan mereka jauh sedikit dalam 10-20 meter daripada ruang makanan dan beritahu mereka supaya berkelakuan baik sekiranya mahu makan semula. Mereka perlu dididik untuk membezakan waktu makan dan waktu bermain.

Kita juga berdiri sambil memeluk tubuh tanda protes kepada sikap negatif mereka tadi. Biarkan mereka lihat dan rasa bersalah dengan sikap tersebut.

Jangan risau, ianya hanya mengambil masa dalam 3 ke 5 minit untuk melihat mereka berkelakuan baik semula dan meminta maaf kepada kita. Nak tahu kenapa ? Mereka akan mulai rasa bosan atau boring tanpa melakukan apa-apa ! Percayalah

Apabila sudah tahu bagaimana untuk mengatasi sikap atau karenah negatif anak-anak pasti mudahkan mendidik mereka ? Yang penting tangani sikap mereka dengan berhemah tanpa perlu meninggikan suara dan sakit jantung.

Ulangi setiap apa yang kita suruh kepada mereka walaupun setiap hari kerana mereka hidup pada waktu kini /present time serta masih dan akan melakukan kesalahan untuk diperbetulkan.

Tingkahlaku Positif Boleh Didik Melalui Berkawan

Semua kanak-kanak sukakan bermain, terutama bersama kawan-kawan. Hadirnya kawan-kawan bukan sahaja menjadikan proses pembelajaran semakin seronok malah membantu daya kreativiti mereka semakin berkembang. Berkawan secara sihat dapat membentuk sikap anak-anak menjadi lebih baik.

Program playgroup misalanya, adalah antara platfrom untuk setiap ibubapa untuk melatih daya kreativiti dan tingkahlaku positif anak-anak. Bayangkan ianya adalah seperti sebuah payung, yang setiap kelopak payung itu mewakili elemen-elemen penting dalam pertumbuhan sihat anak-anak. Komunikasi sosial dapat dipupuk, sikap toleransi dan berkongsi dapat dipelajari dan semuanya itu hanya ada di dalam kelas playgroup.


Sesungguhnya masa kecil anak hanya sekali sahaja, dan takkan berulang buat kali kedua. Anak juga bukanlah bahan eksperimen yang boleh ditukar ganti dengan yang lain. Sertailah keluarga bahagia kami di Excel Qhalif hari ini.
Klik link di bawah untuk keterangan lanjut dan berdaftar kelas percubaan (TRIAL CLASS) Excel Qhalif Playgroup

http://www.excelqhalif.com/kelas-playgroup-percubaan

Testimoni kelas Excel Qhalif Playgroup

 

Tags: , , , , , , , , , ,

3 comments

  1. admin says: October 2, 2012

Trackbacks and pingbacks

No trackback or pingback available for this article

Leave a Reply