Pernahkah kita terfikir sejenak apakah semua tindakan yang kita ambil dalam mendidik anak-anak betul ataupun tidak. Mungkin ada yang kita rasakan ianya betul atau sebaliknya. Yang membezakan tindakan yang diambil hanyalah ilmu.

Mengikut pemerhatian saya, kebanyakkan daripada kita termasuk saya sendiri mendidik anak-anak mengikut acuan yang telah diprogramkan oleh emak kita dahulu. Boleh dikatakan ianya salah satu budaya kita orang melayu. Cara hidup yang kita praktikkan yang sama seperti yang kita perolehi masa kecil dahulu. Benarkah tindakan begitu ?

Saya tidak mengatakan ianya salah. Cumanya terdapat juga kesalahan biasa yang kita tidak sedari yang membawa impak negatif terhadap perkembangan emosi anak-anak. Contohnya dalam kes melabel anak. Jika anak yang berbadan sihat dan besar, dikatakan budak gemuk atau budak kuat makan dan sebagainya.

Mungkin pada mulanya ianya hanya sekadar menjadi bahan gurauan, tetapi apabila sifat ego atau malu telah wujud dalam diri mereka ianya akan bertukar menjadi sel yang negatif pada emosi mereka. Tambahkan dengan puji-pujian tanpa ada sindiran. Puji secara terang-terangan, kritik secara diam-diam.

Di bawah ini saya ada kongsikan 3 Kesalahan Biasa yang seringkali kita terlepas pandang dalam mendidik anak-anak. Tidak mengapa jika ianya telah terjadi, asalkan kita muhasabah diri untuk memperbaikinya dari sehari ke sehari.

 

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply