Allah tu macam mana Ibu ?. Allah tu kuat tak Ayah ? Iman nak jumpa Allah kejap boleh tak ? Mungkin ini antara ayat-ayat biasa yang kita dengar daripada si manja. Pelbagai pertanyaan mereka mengenai Allah. Umpama manusia pula disamakan. Tetapi, bukan salah mereka.

Mendidik anak untuk mengenal pencipta-Nya adalah satu tugas mulia. Namun penuh cabaran dan menuntun kreativiti pengajarnya. Baik ibubapa mahupun guru di sekolah. Seperti yang kita maklum, anak-anak yang berumur di bawah 6 tahun ini dunia mereka hanya bermain. Jika belajar pun tak lebih dari 1 jam untuk mereka beri perhatian tentang apa yang diajar. Bukan salah mereka juga. Itu adalah fitrah manusia.

Di Excel Qhalif Playgroup kami menekankan elemen memasukkan unsur Islam dan Tauhid dikalangan anak-anak ini melalui pendekatan lagu dan pergerakan tubuh badan.

Sebagai contoh, kami mengerakkan tangan kanan dan diletak didada untuk memberi signal kepada anak-anak untuk menyebut kalimah Alhamdulilah. Setelah itu, tangan kanan dijatuhkan dan jari telunjuk diangkat ke atas seraya menyebut Thank you, Allah.

Anak-anak mudah mengingat untuk menyebut perkataan yang betul (seperti kalimah di atas) apabila mendapat signal gerakan daripada guru yang mengajar. Setelah mereka pandai dan biasa mengerakkannya, soalan seperti ‘what we should say after we finished sing this song, children?’. Ya, mereka sebulat suara akan menjawab Alhamdulilah, thank you Allah beserta pergerakan.

Begitulah mudahnya ingin mendidik mereka mengenal Illahi. Kita sebagai pendidik hanya perlu ‘terjun’ ke dalam dimensi mereka berfikir dan tunjukkan mereka cara yang betul untuk melihat sesuatu perkara. Tanpa perlu paksaan atau tekanan. Justeru itu, di bawah ini kami kongsikan sedikit teknik pergerakan yang dipraktikkan di dalam kelas Excel Qhalif Playgroup yang boleh ditiru untuk mempraktikkan bersama anak di rumah.

Selamat maju jaya,

Happy Parenting.

 

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply