Definisi pelukkan adalah perpaduan atau cantuman jiwa dan raga dua orang atau lebih yang saling mencintai dan mengasihi.

Pelukkan itu sangatlah indah walau hanya dipandang, ada sebuah kemesrahan yang sejati jika kita melihatnya.

Bagi yang pernah memeluk orang yang dikasihinya, pasti sudah merasakan sebuah keajaiban. Suasana yang tegang kembali aman, yang duka menjadi ceria hasil daripada pelukkan yang diberi. Cukup membahagiakan.

Anak kecil adalah insan yang memerlukan jumlah pelukkan dan sentuhan yang kerap daripada kita. Semakin kerap pelukkan diberi semakin mudah untuk membentuk sahsiah diri mereka.

Antara manfaat yang boleh dikongsikan di sini ialah :

1) Sentuhan dari orang yang kita sayangi akan meningkatkan jumlah hemoglobin di dalam darah. Hemoglobin merupakan salah satu bagian dari tubuh yang membawa oksigen ke seluruh tubuh, termasuk jantung dan otak.

Apabila jumlah hemoglobin semakin banyak di dalam tubuh melalui sentuhan seperti pelukkan dari seorang Ibu kepada anak, ianya akan mempercepatkan proses penyembuhan kepada anak ketika sakit.

Membentuk anak sihat mental dan fizikal2) Memeluk seseorang yang kita sayangi sebanyak 4 kali pelukkan akan mengurangkan tahap tekanan, 8 kali pelukkan akan memberi kestabilan emosi dan 12 kali pelukkan akan membantu perkembangan psikologi seseorang.

Pelukkan akan memberi seseorang berasa selamat dan dilindungi yang merupakan elemen penyumbang kepada perkembangan emosi dan mental yang sihat buat anak-anak.

3) Pelukkan juga dapat memberikan suntikan motivasi yang sangat hebat terutama bagi orang yang berputus asa dan berada di dalam kesedihan.

Daya sentuhan akan menghasilkan ketenangan buat mereka yang bersedih dan membantu mereka untuk keluar daripada zon kemurungan secara perlahan-lahan. Begitu juga pelukkan ibu kepada anaknya, akan menambah semangat belajar anaknya, asalkan pelukan itu disertai dengan pesan-pesan semangat yang lembut.

4) Pelukkan juga mampu meningkatkan tahap intelektual anak-anak. Mengikut kajian, kanak-kanak yang kerap menerima pelukkan akan lebih aktif mempamerkan potensi mereka samada di sekolah mahupun di rumah.

Keyakinan diri mereka berkembang elok melalui hasil pelukkan yang diterima setiap hari yang menjadikan mereka seorang yang berani mencuba.

Mereka juga tidak mempunyai masalah dalam pergaulan ataupun komunikasi sosial di kalangan ruang lingkup rakan mereka disebabkan sifat yakin diri yang tinggi di dalam diri mereka.

Anak bersosial bersama kawan secara sihat

5) Hasil pelukkan yang kerap diterima akan menghasilkan seorang anak yang berkebolehan untuk memimpin. Sifat kepimpinan anak-anak boleh dilihat sejak mereka berumur 9 tahun lagi. Setiap anak-anak yang dilahirkan mempunyai tangungjawab untuk memimpin yang dinamakan ‘khalifah’ di muka bumi ini.

Menjadi pemimpin yang baik, mereka memerlukan sokongan dan memeluk anak dengan erat adalah cara yang terbaik untuk kita menzahirkan sokongan terhadap mereka.

Semoga kita dapat jadikan rutin memeluk anak-anak sebagai satu aktiviti wajib kita setiap hari. Inilah yang dikatakan makanan rohani yang bakal menjaga hati dan peribadi anak-anak agar tidak menjadi anak derhaka pada masa hadapan kelak.

Kita hanya mampu berusaha, dan hanya Allah sahajalah kita serahkan segalanya. Semoga anak-anak kita menjadi anak-anak yang membahagiakan kita di dunia mahupun akhirat.

Salam sayang,

Teacher Ayu

Kelas Excel Qhalif Playgroup

DSCI5490

Sesungguhnya masa kecil anak hanya sekali sahaja, dan takkan berulang buat kali kedua. Anak juga bukanlah bahan eksperimen yang boleh ditukar ganti dengan yang lain. Sertailah keluarga bahagia kami di Excel Qhalif hari ini.
Klik link di bawah untuk keterangan lanjut dan berdaftar kelas percubaan Excel Qhalif Playgroup www.excelqhalif.com/kelas-playgroup-percubaan/

 facebook-testimoni

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply