Pengalaman saya berjumpa dengan pelbagai tingkahlaku kanak-kanak kecil di Excel Qhalif Playgroup membuatkan saya lebih peka bagaimana pendekatan yang saya gunakan bagi setiap anak.

Bermula daripada segi jantina mereka, kedudukan anak di dalam adik-beradik dan latar belakang keluarga antara elemen asas bagi saya mengkaji cara penyelesaian yang terbaik dalam sesuatu isu anak-anak mereka.

‘Parenting need wisdom’ yang mana setiap daripada kita kadangkala terlalu tertekan apabila berdepan dengan perkembangan anak kita yang di mata kita agak ketinggalan berbanding anak orang lain.

Kebijaksanaan dan keterbukaan adalah amat penting dalam kita menjadi seorang ibubapa yang baik. Suka saya kongsikan beberapa jalan penyelesaian bagi mengurangkan kadar kerisauan yang kita hadapi.

Ajari anak bercakap dengan bijak

1. Mulai hari ini saya cadangkan, para ibubapa untuk memperuntukkan waktu ‘bedtime story’ kepada anak-anak. Gunakan buku cerita yang menarik dan mempunyai perkataan yang mudah.

Jadikan ianya rutin sebelum mereka lena. Namun, untuk membuatkan mereka terpaku dan mendengar apa sahaja celoteh kita pada mereka, pasti ‘facial expression’ dan intonasi kita menarik minat mereka.

Misalannya, kita bercerita tentang ‘Insy Winsy Spider’, pastikan kita jelas bercerita dengan nada yang betul bagaimana perbezaan antara ‘big’ dan ‘small’ spider. Apabila ketika perkataan ‘big’ itu kita boleh gunakan dengan suara yang garau untuk menjadikan penceritaan kita sangat disukai oleh anak-anak.

Petanda penceritaan kita berjaya ialah apabila anak-anak akan tidak sabar untuk mendengar cerita pada muka surat seterusnya. Justeru itu, apabila mereka sudah mula mendengar penceritaan kita dengan tekun inilah peluang kita untuk mengasah kemahiran verbal mereka pula dengan menyuruh mereka menyebut bersama kita dan beri mereka peluang untuk bertanya atau meneka apa sahaja. Mereka pasti seronok !

2. Gunakan ayat yang pendek lagi mudah. Apabila anak kita sudah mula faham apa sahaja perkara yang kita terangkan, pastikan ada ruang ‘pause’ antara satu ayat dan ayat yang lain bagi anak memberikan respon mereka.

3. Penggunaan lagu-lagu ‘nursery rhymesyang kerap dirumah atau playgroup antara kaedah yang terbaik mempercepatkan kemahiran bercakap anak-anak.

Peka pada lagu kegemaran mereka dan nyanyikan bersama mereka berulang-ulang kali sehingga mereka mampu menyebut patah kata lirik lagu itu dengan betul.

4. Amalkan juga bacaan Surah Taha Ayat 25-28 dan dihembuskan di mulut anak. Lakukanlah sekerap mungkin dan tawakal kepada Allah S.W.T untuk proses kelancaran lidah mereka untuk bercakap.

Setiap ayat di dalam Al-Quran adalah ayat penyembuhan tetapi bagi sesiapa yang yakin.

Ajari anak berkawan bersama Excel Qhalif Playgroup

Salah satu punca yang saya dapati apabila anak tidak mahu bergaul atau menjadi terlalu pemalu adalah disebabkan oleh ‘rakan maya’ mereka iaitu tablet, Ipad dan seangkatan dengannya. Cuba bayangkan diri kita juga pada masa kini yang tidak lekang juga tangan kita melayari apa sahaja maklumat melalui ‘smartphones’ yang ada.

Kebergantungan inilah yang membuatkan tingginya kadar anak yang tidak suka bergaul dan sangat pemalu saban hari saya terima maklumbalas daripada para ibubapa di Malaysia.

Tentukan had masa untuk mereka bermain alatan elektronik tersebut dan gantikan ruang yang ada itu dengan membawa mereka berjumpa orang ramai.

Di kelas Excel Qhalif Playgroup ruang yang disediakan ini merupakan salah satu medium yang terbaik yang kami wujudkan untuk membuang sikap pemalu dan pendiam anak-anak.

Kami programkan juga minda separa sedar mereka nilai-nilai murni terutama adab dalam berkawan dan bergaul di dalam kumpulan.

Minda yang baik adalah aset setiap manusia, lebih awal kita programkan minda mereka dengan semua input yang bermanfaat, inshaAllah ilmu itu akan kekal dalam diri anak-anak kita.

Sertai kami hari ini…

Atas sambutan yang sangat mengalakkan, pihak Excel Qhalif berbesar hati untuk membuka slot terbaru bagi kelas Excel Qhalif Playgroup pada hari Ahad. Buat masa ini kami mempunyai seramai 86 pelajar telah mendaftar bersama kami dan kekosongan hanya terhad bagi 13 orang pelajar sahaja bagi kelas yang terakhir ini.

Program yang kami jalankan di hujung minggu ini mampu melatih kemahiran motor anak di samping melenyapkan rasa pemalu dan pendiam anak-anak. Program ini juga hanya berlangsung seminggu sekali sahaja iaitu samada Sabtu atau Ahad dan selama 1 jam yang menjadikan pelajar kami juga ada yang dari Ipoh, Perak, Melaka dan juga Kuala Selangor.

Pesan saya, rebutlah peluang yang masih ada ini sebelum terlambat. Semoga berjumpa secara ‘live’ di kelas Excel Qhalif Playgroup saya nanti dan lebih banyak tips keibubapaan akan saya kongsikan di dalam kelas nanti.

Insha’Allah dan jumpa nanti,

Teacher Ayu

Pin It on Pinterest

Shares
Share This