Hadirnya anak dalam hidup kita beserta dengan ujian. Setiap orang mengharungi ujian yang berlainan. Dan untuk semua ujian itu, pasti kita mengalami situasi memarahi anak atas perkara yang mereka lakukan.

Suka saya kongsikan sesuatu yang kita terlepas pandang akan hal ‘menangis’ ini dalam diri anak kita.

Situasi : ‘Anak menangis apabila dimarahi sehingga mereka terlelap dalam tidur’

Kesan : Apabila anak menangis sehingga tangisan itu dibawa sehingga mereka terlelap. Ketika ini minda separa sedar mereka merakam emosi sedih yang mereka rasa apabila dimarahi oleh ibu atau ayah.

Minda separa sedar adalah minda yang menerima sahaja apa yang kita fikir dan rasa tanpa menolak. Kesannya, apabila emosi sedih itu dibawa mereka semasa tidur yang mana ketika ini minda separa sedar memainkan peranan. Justeru itu, mereka akan menerima emosi sedih itu yang ditakuti anak menjadi seorang yang pendendam, penakut , pendiam dan sikap negatif yang lain.

Apabila anak selalu dimarahi, mereka akan menjadi seorang penakut yang dalam fikiran mereka ‘nak buat ni karang, takut ibu marah’. Perasaan itu akan tertanam pada minda mereka walaupun kita suruh mereka lakukan mereka yang betul terutama tentang pembelajaran mereka.

Sebaiknya jika ada perkara yang kita rasakan tidak betul mereka lakukan, sebaik-baiknya tegurlah mereka dengan berhemah. Tegur mereka secara tegas/firm sambil memeluk dan mengusap mereka. Terangkan kenapa yang kita marah mereka dan ingatkan mereka jangan ulangi lagi. Kesian pada ibu tak sayang ? Tanya mereka, ‘Auni tak sayang ibu ke ?’ Kalau sayang, Auni jangan buat macam ni lagi ya ?

Pemberiaan material atau hadiah juga perlu, tetapi jangan sogokkan imbuhan material itu selalu. Takut-takut mereka gunakan sebab itu untuk mendapat hadiah daripada kita. Jangan tak tahu, anak kita walaupun kecil, mereka juga pandai manipulasi ibubapa mereka sendiri.

Salam sayang,

– Teacher Ayu –

Pengasas dan pengajar di Excel Qhalif Playgroup. Program yang memfokuskan jati diri anak dan kemahiran motor bermula seawal usia 20 bulan hingga 4 tahun setengah. Beliau percaya semua anak dilahirkan perlu diberi rangsangan kelima-lima deria mereka iaitu deria rasa, lihat, sentuh, hidu dan dengar dengan optimum sebelum minda intelektual mereka diprogramkan.

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply