Ramai ibubapa menghadapi kebuntuan untuk membantu anak mereka bercakap.  Sebenarnya selain dari aktiviti bermain, ibubapa juga boleh merangsang anak bercakap melalui rutin harian yang sememangnya dilalui anak setiap hari. Rutin seperti makan, mandi, tidur, minum ini mampu mencuri peluang mereka untuk berkomunkasi dengan kita berterusan.  Cuma kita sebagai dewasa perlu bijak mengaturnya.

Saya akan beri beberapa contoh yang biasanya saya kongsikan dengan ibubapa yang datang ke kelas terapi kami.  Semoga ia manfaat buat anda. Malah aktiviti ini tidak terhad pada anak yang lambat bercakap. Bagi anak yang boleh barcakap tapi mahu ditambah perkataanya; anda juga boleh menggunakan teknik yang sama.

images (2)#Aktiviti Makan
Pertama sekali kita perlu fikirkan apa perkataan yang boleh dikaitkan dengan aktiviti makan. Mungkin perkataan “makan, minum, sudu, pinggan, buka, hendak, kunyah”. Untuk peringkat awal ini, tidak perlu banyak dan ikut kemampuan anak.

Kemudian bayangkan situasi ini. Anak telah didudukkan di kerusi makannya dan ada beberapa lauk dihadapannya. Anda boleh mulakan dengan mengadapnya (get face to face) dan bertanya, “Amin..  nak makan?” Tunjukkan juga isyarat tangan ke mulut anda, bermaksud makan. Tunggu respon anak dan mungkin dia akan sebut ‘makan’ atau dia sebut ‘nak’ atau dia menunjukkan sahaja pinggan makannya. Berikan pada mereka makanan tersebut sambil anda menyebut “MAKAN” dengan jelas, terang dan pelahan.

Jangan diberi sudu dahulu. Anda pegang sudu tersebut. Dan tunjukkan pada mereka.  Jika mereka ingin mencapainya. Tarik sedikit dari capaian mereka dan sebut “Amin nak sudu… SU..DU,,”. Tunggu seketika. Berikan pada mereka sekiranya mereka berjaya respon dengan menyebut ‘sudu’ atau dapat menyebut ’nak’. Anda ulangi sebutan anak anda dengan jelas ‘SU.. DU”. Ia membantu anak yakin dengan perkataannya.

Water#Aktiviti Minum
Setelah makan pastinya anak hendak minum. Tekniknya letakkan cawan jauh dari capaian mereka dan botol air yang masih bertutup. Tunggu mereka respon mereka meminta air. Mungkin mereka menunjukkan sahaja botol air tersebut. Itu juga satu komunikasi.

Anda boleh ulangi teknik yang sama seperti di atas. Berikan botol air padanya tapi jangan dibuka dahulu sehingga mereka respon untuk dibuka. Rangsang pula mereka dengan perkataan “BUKA” dengan teknik yang sama yang diterangkan sebelum ini.

Aktiviti ini boleh dirangsangkan dengan soalan seperti;
“Mana cawan?” dan pasti anak tunjuk dan sebut “tu”. Ini menunjukkan beliau respon dengan baik. Dan berikan cawan tersebut padanya dengan menyebut “CAWAN” sekali lagi padanya.

Buat  dengan Seronok
Teknik asas ini diguna pakai oleh semua speech therapist seluruh dunia. Tapi yang paling penting lakukannya dalam keadaan seronok supaya anak tidak rasa ia terlalu berbentuk pembelajaran. Anak lebih banyak belajar apabila mereka seronok.

Cipta Peluang
Ibubapa juga perlu kawal objek. Dengan meletakkan objek jauh atau tinggi dari capaiaan; akan membuka ruang dan peluang untuk mereka berkomunikasi. Memberi makanan atau permainan tanpa dibuka bungkusannya juga satu peluang yang baik.

Semua ini adalah teknik dan trick yang diguna pakai dalam merangasang mereka bercakap. Lagi banyak peluang diberi dan dicipta; lebih cerah peluang mereka berkomunikasi. Harapan saya, anda dapat mempraktisnya di rumah dan semoga perkongsian saya ini bermanfaat buat anda.

ESP-Bangi-sahajaSalam Sayang
Teacher Ayu
Excel Speech Program (hanya di  Bangi Sahaja-HQ)

testimoni-speech

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply