Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Masud r.a berkata:

“Rasulullah SAW memberi nasihat kepada kami secara berselang seli hari kerana tidak mahu nasihatnya menjemukan kami”. ( Riwayat Al Bukhari )

Nasihat itu harus diulang-ulang supaya melekat di dalam hati dan fikiran, kemudian terpahat sebagai amalan. Harus diambil kira waktu dan cara yang sesuai, jangan sampai anak yang didik berasa jemu dan bosan mendengarnya. Rasullullah SAW tidak mengambil pendekatan menyampai, tetapi mengambil kira kesediaan orang yang mendengar apa yang Baginda sampaikan supaya apa yang disampaikan difahami, diterima dan diamalkan.

Begitu juga kalau kita perhatikan Hadith Rasulullah SAW mengenai suruhan mengerjakan solat dari umur 7 tahun. Suruhan itu diulang-ulang selama 5 hari sehari selama 3 tahun (bermula umur 7 tahun sehingga 10) iaitu sebanyak 5475 kali sebelum ibubapa boleh menghukum anak sekiranya tidak solat.

#8 Syarat Hukum Anak

1. Pukulan tidak boleh lebih daripada 10 kali. Hal ini dilarang orang Nabi SAW. Sabda Nabi SAW, “Jangan kamu menyebat lebih daripada 10 kali sebatan kecuali ketika melaksanakan hudud Allah”. (Riwayat al Bukhari dan Muslim)

2. Jangan pukul di bahagian muka. Nabi SAW berpesan maksudnya, “Apabila kamu memukul seseorang, maka elakkan memukul mukanya dan jangan kamu berkata, Allah burukkan muka kamu!”. (Riwayat Ahmad)

3. Jangan pukul di tempat yang sensitif, yang menyakitkan atau yang boleh mendatangkan kecederaan seperti kemaluan, perut dan sebagainya.

4. Pukul untuk mendidik, bukan mendera. Jadi tidak harus mengunakan alat-alat yang terlalu menyakitkan atau pukul dengan cara yang teruk atau dengan cara yang menyalahi Syarak seperti membuka auratnya, mengunakan peralatan yang panas atau sebagainya.

5. Jangan pukul ketika dalam keadaan marah kerana kemarahan boleh menyebabkan kita hilang kawalan diri dan hukuman yang dijatuhkan tidak setimpal dengan kesalahan serta terseleweng dari tujuan asal untuk mendidik.

6. Pastikan anak-anak mengetahui kenapa dihukum dan dia memahami bahawa dia telah melakukan kesalahan yang layak untuk dihukum.

7. Jangan pukul terlalu kerap. Pendekatan menghukum dan memukul hendaklah digunakan sekali sekala sahaja. Jika terlalu kerap, ia tidak berkesan malah mungkin menjadikan anak memberontak dan liar juga hilang keyakinan diri.

8. Elakkan daripada mengunakan kata-kata kesat atau mendoakan perkara yang buruk. Nabi SAW bersabda,

“Jangan kamu mendoakan keburukan ke atas diri kamu, anak-anak kamu, khadam kamu dan hata kamu kerana sekiranya doa itu bertepatan dengan waktu mustajab, maka doa kamu itu akan dikabulkan sebagaimana yang kamu doakan”. (Riwayat Abu Dawud)

# 8 Panduan Merotan Anak

1. Mengantung rotan di rumah – Seperti yang dianjurkan oleh Rasullullah SAW, ibubapa tidak boleh merotan anak-anak yang tidak pernah melihat rotan. Jika hari ini mereka dirotan dan ketika itu jugalah baru mereka ‘mengenal’ rotan, itu tidak adil bagi mereka.

2. Menarik telinga – Sentuhan fizikal yang pertama adalah telinga. Dengan cara ini, anak-anak akan merasakan betapa sakitnya balasan daripada tindakannya itu sehingga layak untuk ditarik telinga.

3. Tidak menembusi daging – Setiap pukulan yang boleh melukai daging dan menyebabkan mengelupasnya kulit, makan perkara tersebut bertentangan dengan ugama Islam.

4. Tidak mengangkat ketiak – Pemukul / perotan tidak boleh mengangkat kedua-dua ketiaknya untuk menghasilkan pukulan yang kuat.

5. Maksima 10 kali – Had atau batasan merotan adalah tidak melebihi 10 kali. Antara pukulan pertama dengan yang berikutnya, harus ada jarak waktu dan bukannya bertubi-tubi tanpa henti.

6. Pukul di bahagian tapak kaki – Tapak kaki adalah bahagian yang paling tidak menyakitkan. Kebanyakan ulamak bersepakat, memukul di bahagian wajah, kepala dan kemaluan adalah dilarang kerana itu melibatkan maruah anak-anak.

7. Tempat berbeza – Jika merotan lebih daripada sekali, pukulan tidak boleh dilakukan pada 1 bahagian badan yang sama kerana ia akan mencederakan bahagian badan tersebut. Lakukan di bahagian badan yang berbeza yang dibenarkan oleh Islam.

8. Tidak boleh merotan ketika marah – Ibubapa tidak digalakkan memukul atau merotan anak ketika sedang marah kerana perasaan ketika itu berlandaskan emosi dan berkemungkinan pukulan itu akan menyakitkan dan mencederakan anak-anak, bukannya untuk memberi pendidikan dan pengajaran pada anak-anak.

Kesimpulannya, menyedari fitrah anak kecil terutamanya yang kuat meragam dan hiperaktif adakalanya amat menggusarkan ibubapa. Nasihatlah dengan berhikmah diikuti tunjuk ajar berulang kali, barulah diberikan hukuman untuk mendidik bukan untuk mendera. Sebagaimana cantiknya seni mendidik yang digambarkan di dalam Al Quran menerusi wasiat Luqman kepada anaknya dan wasiat Nabi Yaakub kepada puteranya.

Nabi Yusuf a.s memanggil anak dengan panggilan baik, “Ya Bunayya” yang bermaksud, “anakku yang kecil, yang aku manjakan”. Usah biarkan anak-anak berdendam dengan hukuman kejam ibubapa kerana doa anak soleh itulah kelak yang akan membantu ibubapa di akhirat kelak.

Rujukan: Ringkasan beberapa artikel daripada Majalah ANIS Bil 200 April 2014

====================================

BERITA BAIK: Sesi ‘Trial Class’ Playgroup Kini DIBUKA. Beri peluang anak anda merasai pengalaman manis dalam sesi kelas bersama kami. Anak bakal didedahkan dengan interaksi sosial yang sihat, perkembangan yang membantu kemahiran motor halus/kasar serta aktiviti belajar sambil yang meransang minda mereka. Klik link banner di bawah untuk mendaftar

Pin It on Pinterest

Shares
Share This