Dunia dalam talian adalah sebahagian daripada kehidupan harian bagi kebanyakan kanak-kanak dan orang muda. Ia adalah taman permainan maya yang besar di mana mereka boleh bermain, belajar dan bersosial.

Internet sangat mudah diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai komputer, telefon mudah alih dan peranti elektronik, termasuk anak-anak kita. Berdasarkan ‘Household Use of The Internet Survey 2011’ yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), 88.3% responden mengakses internet daripada rumah.

kesan-bahaya-komputer

Oleh yang demikian, adalah penting untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang keselamatan internet apabila berhubung untuk menghantar maklumat peribadi, berbual dengan kawan-kawan mahupun bermain permainan maya.

Berikut adalah 10 tips untuk ibubapa mendidik anak-anak mereka mengenai keselamatan internet:

1. Galakkan anak-anak kita untuk berkongsi pengalaman Internet mereka dengan anda.Beri ruang kepada anak-anak untuk memberitahu anda apa-apa yang mereka rasa tidak selesa ketika mengunakan internet.

2. Jika anak-anak anda melawat bilik ‘chat’, menggunakan aplikasi mesej segera (IM), permainan dalam talian, atau aktiviti-aktiviti lain di Internet yang memerlukan nama log masuk untuk memperkenalkan diri mereka, bantulah mereka memilih nama itu dan pastikan mereka tidak mendedahkan apa-apa maklumat peribadi tentang diri mereka.

3. Menegaskan bahawa anak-anak anda tidak boleh memberikan sebarang maklumat peribadi dalam talian. Ini termasuk nombor telefon bimbit, maklumat ahli keluarga, alamat rumah, kampung halaman, nama sekolah, tempat permainan, dan apa-apa maklumat peribadi yang boleh dimanipulasi oleh orang yang tidak dikenali untuk mengesan mereka.Jangan biarkan mereka untuk menghantar gambar diri sendiri atau ahli keluarga.

4. Mendidik anak-anak bagaimana untuk menghormati orang lain di dalam talian. Pastikan mereka tahu etika dan peraturan tingkah laku yang baik tidak pernah berubah di dalam talian mahupun dalam kehidupan sebenar.Mengajar anak-anak bahawa perbezaan antara yang benar dengan yang salah adalah sama di Internet kerana ia adalah seperti kehidupan sebenar.

5. Menegaskan kepada anak-anak bahawa mereka perlu menghormati hak milik orang lain di dalam talian. Terangkan bahawa membuat salinan haram kerja muzik, permainan video dan perisian orang lain adalah sama seperti mencuri daripada kedai-kedai fizikal.

6. Beritahu anak-anak anda bahawa mereka tidak boleh bertemu rakan-rakan dalam talian secara peribadi. Jelaskan bahawa rakan-rakan dalam talian mungkin bukan seperti yang mereka fikirkan. Fahamkan bahawa di internet ramai orang tidak mendedahkan identiti sebenar mereka dan mungkin juga berpura-pura menjadi orang lain.

7. Mengajar anak-anak bahawa tidak semua yang mereka baca atau lihat dalam talian adalah benar. Galakkan mereka bertanya kepada anda sekiranya mereka tidak pasti.

8. Hadkan dan pantau aktiviti dalam talian anak-anak anda dengan memasang perisian pemantauan internetpada komputer yang mereka gunakan. Kawalan ibubapa boleh membantu anda menapis kandungan berbahaya, memantau tapak yang dilawati anak anda, dan mengetahui apa yang mereka lakukan di dalam talian.

9. Didik mereka untuk tidak sekali-kali memberi kata laluan kepada sesiapa sahaja walaupun rakan karib mereka. Jelaskan bahawa jika orang lain mempunyai kata laluan mereka, mereka boleh membuat penipuan menggunakan identiti anak-anak anda.

10. Ingatkan anak-anak anda supaya jangan sekali-kali terpedaya dengan tawaran hadiah atau menerima jemputan ke rumah anda.

Teknologi komunikasi mempunyai manafaat yang sangat besar kepada masyarakat. Adalah penting bagi ibubapa untuk mengiktiraf peranannya dalam kehidupan kanak-kanak. Mereka telah dilahirkan dalam zaman teknologi dan ia akan menjadi masa depan mereka. Mereka sangat mudah menyesuaikan diri dan mengunakannya dengan penuh yakin. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna mereka tahu bagaimana untuk menggunakannya dengan selamat .

Tugas ibu bapa adalah untuk menjaga mereka daripada bahaya sepanjang penerokaan maya mereka. Anda tidak perlu menjadi seorang pakar teknologi. Ilmu, pemantauan dan bimbingan adalah perlindungan terbaik bagi anak-anak. Manakala perjanjian pengunaan internet di rumah dan di luar rumah adalah wajar untuk memupuk disiplin dan mengelakkan ketagihan internet di kalangan kanak-kanak. Ibubapa juga berperanan penting untuk menonjolkan contohtauladan yang baik ketika melayari internet.

Rujukan :
• “Teach Your Kids Online Safety” : http://www.cybersafe.my/
• “Parents’ Guide to Online Safety” : www.cybersmart.gov.au/
• “A Parents’ Guide to Facebook” : www.connectsafely.org/

====================================

BERITA BAIK: Sesi ‘Trial Class’ Playgroup Kini DIBUKA. Beri peluang anak anda merasai pengalaman manis dalam sesi kelas bersama kami. Anak bakal didedahkan dengan interaksi sosial yang sihat, perkembangan yang membantu kemahiran motor halus/kasar serta aktiviti belajar sambil yang meransang minda mereka. Klik link banner di bawah untuk mendaftar

https://www.superkiddo.com.my

Pin It on Pinterest

Shares
Share This