Hari ini saya ingin buat sedikit perkongsian ringkas untuk tatapan ibubapa. Kalau di sekolah dahulu, meniru adalah satu kesalahan besar. Tapi sebenarnya meniru adalah asas proses pembelajaran. Meniru pergerakan, tindakan dan bunyi adalah kemahiran asas untuk setiap anak.  Contohnya; Pergerakan seperti tepuk tangan atau melambai adalah pergerakan mudah untuk ditiru sejak bayi lagi.

Kenapa Meniru Itu Penting?

  • Menyalin tulisan guru di papan hitam ke dalam buku latihan itu meniru.
  • Mengikut pergerakan cikgu pendidikan jasmani itu meniru
  •  Mengeluarkan bunyi yang sama (bercakap) seperti ibubapa itu meniru.
  • Mengikut pergerakan imam dalam solat itu meniru.

Selain itu meniru juga tidak semestinya pergerakan sahaja. Kita juga perlu didik anak supaya pandai meniru bunyi. Anda boleh juga boleh mulakan dengan perkataan mudah seperti “Bye-bye” atau “Hai” di samping gerakan melambai. Ia membantu merangsang anak yang memiliki masalah lambat bercakap. 

Oleh itu boleh dikatakan, meniru itu sebahagian intipati pembelajaran dan kejayaan.  Untuk seseorang anak boleh meniru, yang penting mereka mesti memiliki tumpuan dan fokus penglihatan.  Maka didiklah anak supaya boleh meniru anda dari awal usia lagi.

Bagaimana caranya?

  • Perbanyakkan berkomunikasi dengan anak
  • Perbanyakkan hubungan mata (eye contact)
  • Luangkan masa bermain bersama mereka. (secara fizikal bukan vitual)
  • Mulakan dengan aktiviti mudah mengikut kemampuan anak.

Haa.. mudahkan? Sebenarnya mulakan dengan aktiviti mudah sahaja dahulu. Bermain dan membaling bola bersama, melompat, tepuk tangan dan macam-macam lagi. Key point dia ialah, mesti menyeronokkan.  Bila seronok anak nak buat lagi dan lagi. Dari situlah mereka mempelajari sesuatu, membaiki kesilapan cubaan lepas dan berinteraksi dengan kita. Semoga perkongsian ringkas ini memberi manfaat buat ibubapa di luar sana. Selamat mencuba.

Salam Sayang
Teacher Ayu

BERITA BAIK : Sesi ‘Trial Class’ Playgroup  (untuk anak 20 bulan hingga 4 tahun sahaja). Beri peluang anak anda merasai pengalaman manis dalam sesi kelas bersama kami. Anak bakal didedahkan dengan interaksi sosial yang sihat, perkembangan yang membantu kemahiran motor halus/kasar serta aktiviti belajar sambil yang meransang minda mereka. Klik link banner di bawah untuk mendaftar

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply