Sebelum saya bercerita tentang bagaimana rawatan terapi carakerja atau occupational therapy (OT) dapat membantu dalam pemulihan anak autisme, tahukah anda apakah itu autisme? Dan apakah tanda-tanda seorang anak itu menghidap autisme?

Apakah itu autisme?
Menurut Pakar Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Zasmani Shafiee, autisme adalah gangguan perkembangan otak kanak-kanak yang menyebabkan mereka akan mengalami masalah tertentu. Katanya, kanak-kanak autisme ini biasanya menghadapi masalah komunikasi, interaksi sosial, pemikiran dan emosi serta berkaitan IQ.

Apakah tanda-tanda seorang anak itu menghidap autisme?
Ciri-ciri Autisme
Ciri-ciri yang jelas boleh dilihat adalah dalam aspek ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif. Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri.

Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi. Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri. Mereka mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar ‘echolalia’, iaitu suka mengulangi percakapan orang lain. Selain itu, mereka sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku.

Tanda-tanda lain yang ada pada pengidap Autisme
1. Tidak boleh menguasai atau sangat lambat dalam penguasaan bahasa hariam
2. Hanya boleh mengulangi beberapa perkataan sahaja
3. Mata yang tidak jernih atau tidak bersinar
4. Tidak suka atau tidak mahu melihat mata orang lain
5. Hanya suka mainannya sendiri (kebanyakan hanya satu mainan itu saja yang dia mainkan)
6. Tidak suka berbual dengan orang lain.

Bagaimana rawatan OT membantu anak autisme?

Untuk pengetahuan umum, terdapat dua profession yang dapat membantu anak autisme iaitu terapi carakerja (OT) dan terapi pertuturan dan bahasa (ST). Untuk kali ini, saya menekankan bagaimana profession ahli terapi carakerja (0T)  dapat membantu anak autisme.

Terapi carakerja menumpukan kepada beberapa aspek penting.

i) Integrasi Sensori Motor
Dari sumber National Institute of Child Health and Development (2005), Anak Autisme kebiasaannya melalui proses informasi sensori yang berbeza dari kanak-kanak lain. Terapi carakerja (OT) berperanan juga untuk memahami bagaimana anak Autism bertindak balas terhadap ransangan deria  seterusnya akan cuba meminimakan kesan negatif ke atas ransangan deria tersebut.

Sebagai contoh, kanak-kanak yang mempunyai sensitiviti terhadap deria sentuhan seperti kapas akan sentiasa mengelak untuk memakai baju atau lain-lain pakaian daripada kapas. Jadi, pemulihan cara kerja akan bertindak untuk meminimakan/mengurangkan sensitiviti tersebut dengan mendedahkan anak tersebut kepada kapas atau tektur-tektur yang pelbagai.

Tuan puan boleh lihat post yang sebelum ini tentang mengapa sensory sangat penting kepada kanak-kanak pada link  http://www.excelqhalif.com/2015/06/20/kepentingan-intergrasi-sensori-kepada-kanak-kanak/

ii) Masalah tingkah laku
Anak-anak autisme mempunyai masalah tingkah laku seperti:

  • Tidak mahu duduk di atas kerusi
  • Suka menjerit
  • Suka baling barang
  • Suka memukul
  • Suka mengibas-ngibas tangan (flapping hand)
  • Suka memanipulasi orang di sekeliling

Untuk masalah tingkah laku ini, seorang ahli terapi carakerja akan menggunakan teknik behavior modification untukmemastikan anak autisme ini berkelakuan baik sepanjang proses terapi. Di antara teknik behavior modification yang selalu di gunakan adalah seperti menepuk tangan, memuji kanak-kanak seperti “bagus” ,“ woww…good job” selain itu time out dan reward board juga sering di gunakan.


Time Out & Reward Board

iii) Masalah hubungan mata / eyes contact
Seperti apa yang kita tahu eyes contact sangat penting dalam kehidupan di mana semasa kita bercakap dengan seseorang hubungan mata antara satu sama lain mestilah berlaku. Eyes contact terbahagi kepada  dua bahagian iaitu eyes contact dengan objek/benda dan juga eyes contact dengan manusia.

Tidak di nafikan kanak-kanak  yang mempuanyai masalah autisme mempunyai eyes contact yang sangat bagus dengan objek tetapi tidak dengan manusia. Mereka akan cuba mengelak untuk melihat mata kita walaupun di paksa. Bagaimana mengatasi masalah ini? Cara yang terbaik untuk mengajar mereka ialah dengan menarik perhatian mereka untuk pandang ke arah kita seperti membuat bunyi dan membawa bunyi tersebut ke arah mata kita ataupun menunjukkan dan membawa objek ke arah mata kita.

Untuk pengetahuan ibu bapa di luar sana, masalah sensori, masalah tingkah laku dan masalah eyes contact sangat penting untuk di rawat kerana masalah ini lah merupakan penyebab mengapa anak autisme tidak boleh untuk fokus, perhatian dan konsentrasi dalam aktiviti seharian.

eye-contact

iv) Masalah kemahiran motor kasar dan motor halus.
Kemahiran-kemahiran ini sangat di titik beratkan oleh ahli terapi carakerja bagi memastikan perkembangan anak autisme ini selaras dengan umur perkembangan mereka dan tiada perkembangan yang terbantut. Ahli terapi cara kerja akan merujuk kepada milestone perkembangan berdasarkan borang penilaian standard yang di gunakan (standardize assessment). Jika terdapat anak autisme yang mengalami kemahiran yang terbantut, kerjasama ibu bapa sangat di perlukan bagi mempercepatkan kanak-kanak tersebut boleh mencapai umur perkembangan.

 v) Masalah aktiviti seharian (Activity of daily living-ADLs)
ADLs merupakan fokus utama dalam terapi carakerja di mana kita mahu anak autisme mampu berdikasi dalam aktiviti seharian seperti boleh makan dan minum sendiri, boleh pergi ke tanda sendiri, boleh menjaga kekemasan diri sendiri dan lain-lain. Sebelum anak  autisme ini mencapai tahap ini kita mestikan membantu mereka untuk menyelesaikan masalah di atas tadi (point i-iv).

Rawatan OT (Occupational Therapy) ini dan konsultansi dari pakar, InsyaAllah membantu anak-anak autisme dan mengurangkan sintomnya. Mendapatkan rawatan di peringkat awal usia anak adalah salah satu tindakan yang baik bagi mengelakkan ia menjadi masalah dan habit yang berpanjangan. Semoga artikel ini memberi manfaat dan sedikit sebanyak pendedahan awal kepada ibubapa diluar sana.

Salam Sayang,
-Teacher Aza
Occupational Therapist
Excel Qhalif

Nota: Kepada ibubapa yang ingin membuat temujanji terapi dan mendapatkan khidmat nasihat. Boleh hubungi Teacher Ayu di talian 019-6692284 (Whatapps/SMS sahaja). Excel Occupational Therapy hanya di Bangi (HQ).

Testimonial Excel Occupational Therapy.

*****

EOT-testimonial-graphic

Lagi artikel-artikel berkaitan:
1) Kepentingan Intergrasi Sensori Kepada Kanak-kanak (klik sini)
2) Kenali Petanda Anak Autisme (klik sini)
3) Bagaimana Rawatan OT Membantu Anak Autisme –(klik sini)

Tags: , , , , , , , , , ,

2 comments

  1. Adila says: December 21, 2016

Trackbacks and pingbacks

  1. Kenali Petanda Anak Autisme « Excel Qhalif Playgroup & Speech Program
    […] Lagi artikel-artikel berkaitan: 1) Kepentingan Intergrasi Sensori Kepada Kanak-kanak (klik sini) 2) Kenali Petanda Anak Autisme (klik sini) 3) Bagaimana Rawatan…

Leave a Reply