Soalan yang ibu bapa pasti selalu tanya kepada anak adalah “Ni apa?” di mana ia merujuk kepada objek atau benda dan anak boleh menjawab soalan tersebut dengan mudah. Bagus!. Namun, apabila anak disuruh melakukan sesuatu seperti “masuk dalam”, “pergi mandi”, “ambil botol”. Kebanyakan anak tidak melakukannya. Kenapa jadi begitu?

Ini kerana, anak asyik didedahkan nama benda seperti “bola”, “kereta” sahaja. Anak-anak tidak faham atau didedahkan dengan perkataan preposisi (cth, “dalam”, “atas”). Apatah lagi perkataan aksi (cth, “makan”, “main”) dan kata sifat (cth, “marah”, “busuk”). Kenapa ya?…

Sebenarnya, kunci utama untuk belajar bahasa adalah pendedahan bahasa daripada orang sekeliling, pengalaman yang bermakna dan pengulangan perkataan secara semula jadi.  Oleh itu, perkataan-perkataan yang didengari lebih banyak itulah yang akan difahami dan disebut oleh anak.

Jadi, di sini InsyaAllah akan saya kongsikan perkataan apa yang kita boleh gunakan dengan anak-anak dan aktiviti yang sesuai dilakukan bersama mereka di rumah. Perlu ingat, bukan hanya perkataan dalam kategori kata nama sahaja ya, semua kategori kata pun kita perlu guna seperti kata kerja, preposisi, kata sifat dan kata tanya.

Kategori perkataan dan aktiviti yang boleh dilakukan di rumah:

  • Kata Nama (Objek)
  • Simpan barang (baju, seluar, mainan)
  • Waktu makan (cawan, pinggan, mangkuk, sudu, garpu)
    • Duduk berhadapan dengan anak dan perkenalkan barang yang ditarget kepada anak seperti “ini baju, baju farhan”, “ini cawan, cawan hijau”.
    • Kemudian ajak anak untuk menyimpan semua barang satu persatu. Contohnya, “okay, jom simpan cawan”, “haa,ni cawan
    • Tekankan perkataan yang ditarget.
      .
  • Kata Kerja (aksi)
  • Mandi (basuh, mandi, lap, gosok)
  • Kemas rumah (sapu, lap, buang)
    • Duduk berhadapan dengan anak dan tekankan perkataan yang ditarget sambil buat aksi.
    • Bernyanyi juga membantu anak lebih mudah faham dan tiru perkataan tersebut. Contohnya “ this is the way we wash our hand, wash our hand, wash our hand
      .
  • Preposisi
  • Susun kasut (atas, bawah, luar, dalam)
    • Duduk berhadapan dengan anak, perkenalkan preposisi yang ditarget dengan menunjukkannya dan menekankan perkataan tersebut. Contohnya, “ni bawah”, “ni atas”
    • Kemudian, lakukan aktiviti bersama anak sambil menekankan perkataan yang ditarget. Contohnya, “letak dalam”, “kasut ayah letak atas
      .
  • Kata Tanya
  • Beli-belah (apa, siapa, berapa, kenapa, bila)
  • Bermain permainan baru (apa, macam mana, berapa, siapa)
  • Kongsi buku cerita/ album gambar (apa, siapa, berapa, kenapa, macam mana, bila)
    • Sebelum bertanya soalan, pastikan anak fahami dahulu maksud kata tanya itu. Contohnya “ ni apa?” merujuk kepada benda, “ni siapa?” merujuk kepada orang.
    • Jadi ibu bapa boleh bertanya dan menjawap sendiri dahulu soalan yang diberi untuk memberi model kepada anak. Contohnya, semasa melihat album gambar:
      • Ibu: Ni siapa?
        Anak: ….
        Ibu: Ouh, ni ayah
        Ibu: Ni siapa? *tunggu respon anak
        Anak: Ayah
    • Untuk teknik bertanya lebih lanjut sila klik di sini https://www.excelqhalif.com/2014/09/09/bijak-dalam-memilih-jenis-pertanyaan-kepada-anak/

Kesimpulannya, pelbagai aktiviti harian di rumah yang boleh digunakan untuk memantapkan kemahiran bahasa anak-anak. Tak perlu ada mainan pun okay, yang penting pendedahan bahasa yang konsisten. Yang kita mahu anak faham perkataan yang diucapkan bukan menghafal. Selamat mencuba!

ayulis-speech-therapy-2Biodata Penulis

Nur Ayulis binti Abu Saamah, Terapis Bahasa-Pertuturan adalah graduan lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini berkhidmat sepenuh masa di Excel Qhalif . Beliau merupakan sebahagian tenaga pengajar di kelas Excel Qhalif Playgroup Xtra dan sesi Excel Speech Program.

*****

Excel Qhalif Playgroup Xtra

Program ini direka eksklusif untuk anak-anak yang berkeperluan khas seperti autisme,  ADHD, ADD, global delay GDD, speech delay, dyslexia mahupun down syndrome.Ia dijalankan secara intensif setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad) di mana aktiviti yang dijalankan merangkumi teknik Terapi Carakerja (OT) dan Speech Program.

Ia dikendalikan oleh terapis dan guru-guru terlatih untuk membantu anda dan simanja. InsyaALLAH. PLAYGROUP INI JUGA SESUAI SEKIRANYA Anak Anda Memiliki Ciri-ciri Seperti

  • Bermain Sendirian (Own Agenda),
  • Tiada Hubungan Mata (Eye Contact)
  • Lambat Bercakap (Late Talker)
  • Tidak Boleh Mengikut Arahan
  • Tidak Boleh Duduk Lama & Memberi Tumpuan
  • Kurang Kemahiran Sosial
  • Mengibas-ngibas Tangan (Flapping Hands)
  • Suka Menjerit-Jerit

Antara objektif program ini adalah menjadikan ibubapa sebagai terapis yang berkesan kepada anak disamping menambah ilmu pengetahuan ibubapa yang terlibat. Program bukan sahaja teori, malah menekankan latihan dan amali bersama anak. Penerangan lanjut tentang program ini, boleh didapati di www.excelqhalif.com/excel-qhalif-playgroup-xtra.

Alhamdulillah, berikut antara komen ibubapa yang pernah sertai program di Excel Qhalif.

Untuk pertanyaan, SMS/WA “EQPX” ke 011-1519 0681 (Teacher As).
Atau pengguna hanphone boleh klik www.wasap.my/601115190681

banner-web-eqpx-700x150

Leave a Reply to Jauyah Hamsah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest

Shares
Share This