membaca

Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang berusia 3 hingga 6 tahun, sudah pastinya mengharapkan anak-anak mereka mengenal huruf a-z, mengenal nombor selain mempersiapkan anak-anak menguasai kemahiran membaca sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan. Jika di lihat, ibu bapa kini berlumba-lumba memberi pendedahan awal kepada anak-anak dengan menghantar ke tadika ataupun pusat pembelajaran lain demi memberi pendidikan formal kepada anak-anak supaya mereka tidak ketinggalan berbanding dengan rakan sebaya yang lain.

Apa yang membimbangkan  ibu bapa kini adalah kenapa anak mereka lambat untuk membaca? Sedangkan pada usia 3 hingga 6 tahun  sudah dapat membaca ayat-ayat mudah. Saya sering dihujani pertanyaan daripada ibu bapa di luar sana bagaimana cara yang sesuai untuk mengajar anak-anak membaca dengan cepat. Oleh itu, saya menggunakan kaedah fonetik yang mana kaedah ini merupakan kaedah awal yang paling dekat dengan kanak-kanak. Kaedah fonetik ini adalah kaedah membunyikan huruf-huruf yang dilihat sebelum anak dapat membaca suku kata dan juga membaca ayat-ayat mudah.

Kajian juga telah membuktikan bahawa otak manusia membaca dengan kaedah memecahkan perkataan yang dilihat melalui bunyi-bunyi yang telah ditafsirkan oleh otak bagi menyebut dan juga membunyikan huruf-huruf yang dilihat.

 Ikuti langkah langkah mudah ini untuk mengajar anak membaca dengan cepat :

  1. Memperkenalkan setiap bunyi-bunyi huruf yang akan diajar iaitu aaa…bhh…cehh tanpa menunjukkan huruf tersebut kepada anak-anak. Sebut bunyi tersebut dengan jelas beberapa kali sehingga anak-anak dapat mendengar dan membunyikan huruf-huruf tersebut.
  2. Menanyakan kembali bunyi huruf yang didengar. Kemudian, minta anak untuk menyebut bunyi dengan betul.
  3. Menunjukkan huruf yang diajar contohnya ‘a’ sambil menyebut ini bunyi aaa. Ibu bapa boleh mengulang sebut bunyi beberapa kali sehingga anak dapat mengecam bunyi dengan huruf yang betul.
  4. Lakukan langkah yang sama pada huruf-huruf yang berikutnya.

Saya percaya bukan mudah untuk ibu bapa mengajar anak untuk mengingati kesemua bunyi-bunyi huruf dalam satu-satu  masa. Kaedah ini memerlukan kesabaran daripada ibu bapa untuk mempraktikkannya dirumah sekurang-kurangnya 15-20 minit setiap hari dengan meluangkan masa bersama anak-anak untuk mengajar anak membaca dan apa yang lebih penting perlu berterusan sehingga anak anda dapat membaca dengan lancar. Ibu bapa juga boleh menggunakan kaedah asosiasi yang mana kaedah ini juga dapat membantu anak-anak anda mengingati bunyi berdasarkan aksi yang dilakonkan sambil membunyikan bunyi yang releven contohnya huruf ‘a’ dikaitkan dengan aksi terkena benda panas ‘aaaa…panasnya’.

Seterusnya bila anak-anak sudah dapat mengenal bunyi-bunyi huruf berserta mengecam  hurufnya, maka mudah untuk bagi anda meneruskan langkah yang seterusnya iaitu mengajar anak untuk membaca suku kata kv sebagai contoh iaitu ‘ba’ dengan menggunakan kad imbasan secara berselang seli anda boleh menyebut sambil menunjukkan kad kepada anak-anak anda secara bergerak iaitu ini ‘baa…’ ini ‘aaa..’ baa…’ kawan ‘aaa..’ jadi ‘ba’. Lakukan sebanyak mungkin sehingga anak anda dapat membaca suku kata yang dipelajari dan memudahkan anak-anak membatangkan suku kata yang lain sekaligus dapat membaca ayat-ayat mudah. Selamat mencuba!

Salam sayang, Teacher Ros (Special Education Teacher)


Jan 13, 2017 | Category: Blog | Comments: none | Tags: , ,

 


Leave a Reply


Kelas Percubaan Playgroup



Kelas Saringan Playgroup Xtra

Playgroup Untuk Anak Berkeperluan Khas

Archives


Langgan Post Kami ke Emel Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Kemudian semak email anda dan klik untuk pengesahan langganan.


Ikuti Facebook Kami





bottom