Pernah lihat si manja anda mengibas-ngibas atau mengepak-ngepakkan tangannya secara tiba-tiba (flapping hand)? Atau anda perasan si manja anda selalu menggoyang-goyangkan badannya ke depan ke belakang secara berulang-ulang (body rocking)? Atau mungkin juga yang lebih menakutkan apabila melihat si manja menghantuk-hantukkan kepalanya walaupun pada waktu itu dia bukan di dalam mode tantrum (mengamuk)? Kelakuan-kelakuan ini menandakan anak anda berkemungkinan mengalami gejala self-stimulatory (peransangan kendiri).

Gejala ini kebiasaannya dilihat biasa pada kanak-kanak autistik. Walau bagaimanapun, ingin
diingatkan supaya ibu bapa tidak terus melompat pada kesimpulan, “Kanak-kanak itu ada
autism kerana dia ada tabiat flapping hand”, kerana gejala self-stimulatory sahaja tidak cukup
untuk mendiagnos anak anda dengan autisme. Ini kerana, kanak-kanak normal/tipikal juga
kadang-kala tidak terlepas daripada mengalami gejala self-stimulatory.

Kenapa terjadi tabiat self stimulatory?

Jom ambil contoh tabiat yang biasa dilihat iaitu flapping hand. Kadang-kala kita melihat anak
melakukan flapping hand apabila mereka merasa teruja dan gembira. Malah tabiat flapping
hand juga boleh dilihat apabila anak merasa risau, resah atau ketika dalam ketakutan. Situasi ini
menunjukkan kanak-kanak tersebut menjadikan flapping hand sebagai cara untuk
mengekspresikan perasaannya ketika berada dalam keadaan-keadaan tertentu. Tabiat seperti
ini juga kadang-kala boleh dilihat pada kanak-kanak yang mengalami masalah lewat dalam
pertuturan (speech delay) kerana mereka tidak dapat untuk mengekspresikan perasaan melalui
verbal, jadi mereka menggantikannya dengan tabiat self-stimulatory seperti flapping hand.

Seperti yang dinyatakan juga, tabiat self stimulatory juga berkait rapat dengan masalah mencari
input sensori yang lebih (seeking extra sensory input). Seperti contoh, apabila mereka
melakukan hand flapping secara berulang-ulang, mereka berjaya merasakan kepuasan pada
sendi-sendi dan otot-otot yang terlibat semasa tangan bergerak berbanding apabila tangan
mereka tidak melakukan apa-apa atau tidak memegang apa-apa objek.

Adakah merbahaya?
Sekiranya gejala self-stimulatory yang dialami oleh si manja tidak dikawal, perkara ini boleh
mengganggu fokus dan konsentrasi anak. Ini kerana kebanyakan gejala ini dilakukan secara
berulang-ulang seperti flapping hand dan body rocking (menggoyang-goyangkan badan). Gejala
ini juga sekiranya tidak dikawal sehingga sudah menjadi habit (kebiasaan), maka akan semakin
sukar untuk dibendung lebih-lebih lagi apabila si manja memasuki alam persekolahan.

banner-web-eqpx-700x150

 

Bagaimana membantu anak mengawal self stimulatory?

Ibu bapa disarankan untuk berbincang dengan guru atau terapis si manja anda untuk memahami
punca sebenar mengapa anak anda melakukannya kerana tidak semua anak mempunyai sebab
yang sama mengapa mereka melakukan hand flapping, body rocking, menghantuk-hantukkan
kepala, menggigit, atau pelbagai gejala self-stimulatory yang lain. Setelah memahami sebab
sebenar, bolehlah ibu bapa membantu si manja anda dengan menggantikan tabiat itu dengan
perilaku lain yang lebih baik (replacement behavior).

Sebagai contoh, sekiranya anak melakukan hand flapping ketika situasi dia berasa terlalu teruja, ibu bapa boleh melatih mereka menggantikannya dengan menepuk tangan. Hand flapping juga boleh terjadi kerana masalah kurang sensori input. Ibu bapa boleh membantu anak-anak dengan memberikan joint compression massage, menyediakan anak squeeze ball atau objek lain yang selesa untuk diramas atau ditekan.

Untuk anak yang suka melakukan body rocking (menggoyang-goyangkan badan), ibu bapa boleh
membiasakan anak dengan membawa beg galas yang agak berat tetapi masih mampu dipikul
oleh anak. Membalut tubuh anak dengan selimut yang agak tebal juga boleh membantu anak
untuk merasakan tekanan yang diperlukan oleh tubuh mereka. Sekiranya body rocking ini
mengganggu focus anak di dalam kelas, ibu bapa atau guru boleh membantu dengan
menyediakan kusyen khas (wiggle cushion) yang diletakkan di atas kerusi anak. Alatan seperti ini
dapat membantu anak merasakan keseimbangan badan dan pergerakan yang diinginkan oleh
anak walaupun dalam keadaan duduk setempat.

Sekiranya si manja anda terbiasa menggigit, mencubit atau memukul diri sendiri, bantu anak
anda dengan menggantikannya objek yang sesuai untuk digigit,dicubit atau dipukul. Sebagai
contoh, berikan anak anda gula-gula masam yang boleh dikunyah lama untuk membangkitkan
kepekaan deria rasa anak. Ibu bapa juga boleh menyediakan objek lain untuk dipukul oleh anak
seperti bantal, dan bola lembut.

Tidak dinafikan untuk mengawal gejala self stimulatory yang dialami oleh anak kebiasannya
memakan masa dan memerlukan kesabaran. Setiap kali anak kelihatan seperti cuba untuk
memulakan tabiat self-stimulatory yang biasa dilakukan, bantu mereka untuk terus
menggantikannya kepada replacement behavior yang sedang dilatihkan kepada mereka.
Bincang juga bersama guru-guru anak anda supaya behavior replacement ini juga tidak hanya
dipraktikkan semasa berada dengan ibu bapa di rumah, tetapi juga semasa di sekolah.


BIODATA PENULIS
Amirah Mohd
; Terapis Carakerja adalah graduan lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini berkhidmat sepenuh masa di Excel Qhalif . Beliau merupakan sebahagian tenaga pengajar di kelas Excel Qhalif Playgroup Xtra dan sesi Excel Occupational Therapy.

*****

BERITA BAIK: Excel Qhalif Playgroup Xtra

Program ini direka eksklusif untuk anak-anak yang berkeperluan khas seperti autisme,  ADHD, ADD, global delay GDD, speech delay, dyslexia mahupun down syndrome.Ia dijalankan secara intensif setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad) di mana aktiviti yang dijalankan merangkumi teknik Terapi Carakerja (OT) dan Speech Program.

Ia dikendalikan oleh terapis dan guru-guru terlatih untuk membantu anda dan simanja. InsyaALLAH. PLAYGROUP INI JUGA SESUAI SEKIRANYA Anak Anda Memiliki Ciri-ciri Seperti

  • Bermain Sendirian (Own Agenda),
  • Tiada Hubungan Mata (Eye Contact)
  • Lambat Bercakap (Late Talker)
  • Tidak Boleh Mengikut Arahan
  • Tidak Boleh Duduk Lama & Memberi Tumpuan
  • Kurang Kemahiran Sosial
  • Mengibas-ngibas Tangan (Flapping Hands)
  • Suka Menjerit-Jerit

Antara objektif program ini adalah menjadikan ibubapa sebagai terapis yang berkesan kepada anak disamping menambah ilmu pengetahuan ibubapa yang terlibat. Program bukan sahaja teori, malah menekankan latihan dan amali bersama anak. Penerangan lanjut tentang program ini, boleh didapati di www.excelqhalif.com/excel-qhalif-playgroup-xtra.

Alhamdulillah, berikut antara komen ibubapa yang pernah sertai program di Excel Qhalif.

Untuk pertanyaan, SMS/WA “EQPX” ke 011-1519 0681 (Teacher As).
Atau pengguna hanphone boleh klik www.wasap.my/601115190681

banner-web-eqpx-700x150

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply