Kepentingan Diet Baik Dalam Perkembangan Bahasa Anak

Kanak-kanak yang aktif, membesar dengan tumbesaran yang normal serta memilki kemahiran kognitif yang baik selalu dikaitkan dengan penyediaan makanan yang baik oleh ibu bapa. Malah iklan-iklan susu dan makanan untuk kanak-kanak dari peringkat umur bayi sehingga umur kanak-kanak pertengahan (9-11 tahun) sering mempromosikan bagaimana produk mereka boleh membantu dari segi perkembangan anak-anak anda.

Variasi makanan dan susu yang diprodukkan pada zaman ini juga sangat banyak sehingga kadang-kadang ibu bapa juga menjadi pening kepala memikirkan produk mana yang paling baik dan sesuai untuk anak mereka. Walaupun tidak dinafikan ada sebahagian ‘content’ iklan yang mempunyai ciri yang berlebih-lebihan (exaggeration), tetapi kita tidak boleh endahkan bagaimana syarikat-syarikat ini juga menjalankan kajian selama beberapa tahun lamanya untuk mengaitkan antara pemakanan sihat dan perkembangan kanak-kanak. Jadi, ia berbalik semula kepada para ibu bapa untuk memilih dan menapis jenis makanan yang terbaik dan yang paling sesuai untuk anak mereka.

Selain topik memilih makanan yang terbaik untuk anak, antara topik lain paling hangat bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil adalah isu anak yang memilih makanan. Isu memilih makanan ini adalah isu yang bukan sahaja dialami oleh ibu bapa di Malaysia malah ia adalah isu global, dan isu ini bukan sahaja dialami oleh kanak-kanak autism, ADHD, dan cerebral palsy, tetapi kanak-kanak normal juga tidak terlepas sebagai ‘picky eater’.

Persoalannya, sekiranya anak anda adalah seorang ‘picky eater’, selain kemungkinan akan menggangu proses tumbesaran fizikal dan imunisasinya, adakah perkembangan bahasa dan pertuturan juga akan menerima impak yang sama?

Di sini saya letak kesimpulan mudah, bukan semua anak ‘picky eater’ akan mengalami masalah lewat dalam perkembangan pertuturan dan bahasa, tetapi sekiranya anak anda sememangnya mempunyai masalah perkembangan pertuturan dan bahasa, isu ‘picky eater’ berkemungkinan boleh merumitkan lagi keadaan.

Mengapa?
Anak yang mengalami masalah perkembangan bahasa dan pertuturan, sebahagian dari mereka juga mengalami masalah pada perkembangan oral motor (kekuatan, pergerakan, dan ketahanan otot mulut). Makan selalu dinilai sebagai kemahiran yang mudah dan dipelajari secara natural oleh kebanyakan orang. Tetapi, untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah pada perkembangan oral motor (cth: kemahiran menggigit, mengunyah, menghancurkan dan menelan makanan), makan adalah kemahiran yang perlu dilatih dan diransang.

Sekiranya kemahiran ini dapat dilatih dengan baik semasa waktu makan, secara langsung oral motor anak juga akan lebih mudah diransang untuk bercakap, kerana bercakap juga menggunakan kemahiran oral motor yang hampir sama semasa kita makan.

Sebagai contoh, semasa makan, pergerakan lidah yang aktif untuk mengunyah dan menghancurkan makanan, dapat melatih organ oral motor yang berbeza untuk mengeluarkan bunyi yang tepat, seperti meletak lidah di belakang gigi untuk bunyi /t/ atau gulungkan lidah ke lelangit utk bunyi /l/ atau /r/). Ibu bapa disarankan merujuk kepada terapis mengenai kaedah urutan mulut dan gusi bagi anak yang mempunyai masalah pada oral motor.

Perkembangan bahasa dan pertuturan juga adalah termasuk dalam perkembangan minda yang berlaku di otak dan sangat berkait rapat dengan ransangan sensori yang diterima. Kerana semasa menerima ransangan sensori lah sel-sel otak anak sedang sangat aktif berhubung. Ransangan ini datangnya semasa kanak-kanak menjalani kehidupan seharian antaranya termasuk semasa bermain, berlari, melompat, mandi, mengemas barang permainannya sendiri, dan juga semasa waktu makan.

Ransangan sensori yang diterima semasa makan adalah sensori rasa, sama ada rasa masam, manis, masin, dan tawar, atau sensori tekstur makanan seperti keras, cair, lembut, dan lekit. Sekiranya anak anda seorang yang ‘picky eater’, maka ransangan sensori rasa akan menjadi terhad kerana si manja hanya menerima input sensori yang sama dari makanan kegemarannya sahaja dan menolak input sensori dari rasa makanan yang lain.

Untuk pemasalahan sensori, saya menggalakkan ibu bapa mendedahkan anak pada sensori sentuhan dahulu sebelum membiasakannya merasa pada bahagian dalam mulut. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membiasakan anak dengan bermain doh tepung, menghancurkan jelly, menggaul nasi atau kacang sagu, memerah buah oren dan pelbagai jenis sentuhan pada makanan yang lain. Dengan memperkenalkan melalui cara seronok seperti bermain, anak akan menjadi lebih selesa dengan makanan tersebut dan teksturnya.

“Anak saya hanya mahu junkfood saja, jadi daripada dia tak makan apa-apa selain susu, saya ikutkan juga kemahuan dia untuk makan junkfood”

Dialog di atas bukan dialog asing yang saya dengar dari ibu bapa. Dan sangat merunsingkan kerana kebanyakan anak mereka juga memang mempunyai isu lewat perkembangan bahasa dan pertuturan. Kebanyakan ‘junkfood’ adalah produk makanan yang sangat minimum khasiatnya, malah mungkin juga boleh merencatkan potensi perkembangan anak.

Jadi bagi kanak-kanak yang lewat perkembangan, mereka sangat memerlukan khasiat dari makanan selengkapnya yang tidak akan diperoleh dari ‘junkfood’. Ibu bapa yang mudah beralah mengikut kemahuan anak untuk semata-mata makan junkfood tanpa mengambil sumber makanan yang lain, saya sarankan usahakan sebolehnya memberi anak anda makanan sihat yang sepatutnya diambil sambil dalam masa yang sama sedikit demi sedikit mengurangkan pengambilan junkfood.

Ibu bapa juga digalakkan berbincang dengan terapis dengan lebih lanjut untuk memastikan sama ada anak anda adalah seorang ‘picky eater’ disebabkan masalah pada oral motor, atau masalah sensori, atau mungkin kedua-duanya sekali kerana pendekatan untuk intervensi juga mungkin berbeza. Dan perlu diingatkan juga kepada ibu bapa, isu ‘picky eater’ selalunya mengambil tempoh yang lama untuk ditangani, dan konsistensi ibu bapa dalam melatih anak untuk makan juga menjadi faktor utama keberkesanannya.

BIODATA PENULIS
Amirah Mohd
; Terapis Carakerja adalah graduan lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini berkhidmat sepenuh masa di Excel Qhalif . Beliau merupakan sebahagian tenaga pengajar di kelas Excel Qhalif Playgroup Xtra dan sesi Excel Occupational Therapy.

*****

 

BERITA BAIK: Speech Therapy di Excel Qhalif  Bangi & Shah Alam kini dibuka !!!


Program ini direka eksklusif untuk anak-anak yang mempunyai masalah speech delay, pelat, bilingualism issues, late talker atau apa sahaja yang berkaitan dengan percakapan atau bahasa. Program speech ini hanya ada pada hari biasa sahaja (Selasa sampai Jumaat) di mana sesi akan dijalankan selama sejam diantara anak dan terapi. Selepas sesi 1 jam tersebut, terapis akan memberi penerangan tentang anak dan perkembangan anak setiap kali sesi tamat.

Untuk pertanyaan,

Cawangan Bangi:
SMS/WA “ESP” ke 011-35150771 (Teacher Afitah).

Atau pengguna hanphone boleh klik www.wasap.my/601135150771

Cawangan Shah Alam:
SMS/WA “ESP” ke 018-241 6244 (Teacher Siti).

Atau pengguna hanphone boleh klik www.wasap.my/60182416244

***************

Sekiranya anak anda perlukan ransangan interaksi sosial, anda boleh sertai Kelas Percubaan Playgroup kami

Kelas playgroup ini dijalankan setiap hujung minggu dan dibuka penyertaan kepada anak-anak tipikal (normal) yang berumur diantara 2 ke 4 tahun sahaja. Uniknya kelas ini, ibubapa juga boleh turut sertai aktiviti kelas. Sertai sekarang!!

Untuk pendaftaran kelas percubaan,

Cawangan Bangi:
SMS/WA “EQP” ke 011-35156470 (Teacher Aika).

Atau pengguna hanphone boleh klik www.wasap.my/601135156470

Cawangan Shah Alam:
SMS/WA “EQP” ke 018-241 6244 (Teacher Siti).

Atau pengguna hanphone boleh klik www.wasap.my/60182416244

Untuk info lanjut, anda boleh klik banner di bawah:

Pin It on Pinterest

Shares
Share This