GAJET MEMBERI KESAN BURUK KEPADA KEMAHIRAN MOTOR HALUS?

Penggunaan gajet seperti tablet, iPad, dan telefon pintar mahupun laptop skrin sentuh tidak asing lagi dalam kalangan kanak-kanak pada zaman sekarang. Jika diperhatikan sekeliling, kebanyakan kanak-kanak semuanya tahu untuk menggunakan gajet. Malah ada ibu bapa yang membelikan gajet seperti iPad dan telefon pintar skrin sentuh bagi setiap anaknya. Tidak dapat dinafikan sesetengah ibu bapa berasa risau dengan pertumbuhan teknologi yang semakin pesat dan tidak mahu anak-anak ketinggalan dalam arus perkembangan ini. Alhamdulillah, rata-ratanya semakin ramai ibu bapa sekarang semakin ramai ibu bpa yang sedar penggunaan gajet untuk kanak-kanak tanpa kawalan boleh menyebabkan kelewatan perkembangan terutamanya perkembangan bahasa dan pertuturan. Namun, tahukah ibu bapa bahawa pendedahan awal gajet kepada kanak-kanak juga boleh memberi kesan negative pada kelewatan perkembangan kemahiran motor halus kanak-kanak?

Ada ibu bapa datang dan mengadu kepada saya,

Teacher, kenapa anak saya dah umur 6 tahun tapi belum pandai pegang pensel dengan betul?

GAJET DAN TULISAN TANGAN

Tahukah ibu bapa bahawa penggunaan gajet skrin sentuh memberi kesan negatif kepada pegangan pensil dan tulisan tangan anak-anak? Hasil kajian yang diterbitkan dalam Physical & Occupational Therapy in Pediatrics mendapati 40 kanak-kanak di bawah usia 5 tahun yang menggunakan gajet mengalami kelewatan dalam perkembangan kemahiran motor halus. Mereka menghadapi kesukaran untuk memegang pensel dengan betul disebabkan oleh tangan yang tidak kuat dan ketidakcekapan tangan (hand dexterity).

ihsan google

Kelewatan dalam perkembangan ini seterusnya mempengaruhi tulisan tangan kanak-kanak. Otot-otot yang diperlukan untuk menulis secara semula jadinya berkembang melalui aktiviti seperti menguli doh, mengorek pasir dan menggunting. Namun, dengan penggunaan gajet, otot-otot ini tidak digerakkan dan menyebabkan kelewatan dalam perkembangan kemahiran motor halus.

GAJET DAN MANIPULASI OBJEK

“Teacher, anak saya masih tak pandai nak butang baju sendiri la.”

Kata-kata di atas sering saya dengar daripada para ibu bapa. Jawapan saya mudah saja. Kanak-kanak tersebut masih belum mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran motor halus. Masa mereka yang banyak dihabiskan dengan tap dan swipe skrin gajet menyebabkan mereka tidak banyak menggerakkan jari-jemari mereka untuk mengukuhkan lagi kemahiran motor halus. Oleh itu, ibu bapa disarankan untuk banyakkan aktiviti kemahiran motor halus dengan anak-anak seperti menyusun lego dan memasukkan benda kecil seperti guli ke dalam botol untuk membantu anak-anak menggunakan kemahiran motor halus mereka.

PERHATIAN!

Kajian menunjukkan kanak-kanak yang terdedah dengan penggunaan gajet melebihi dua jam sehari mempunyai kemahiran motor halus yang lemah berbanding kanak-kanak sebaya mereka. Malaysian Dietary Guidelines menyarankan penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak tidak melebihi dua jam setiap hari. Namun, penggunaan gajet bagi kanak-kanak di bawah umur dua tahun adalah tidak digalakkan.

BIODATA PENULIS
Cik Wan Syaidatul Azera Wan Azeland
; Occupational Therapist. Graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kini berkhidmat sepenuh masa di Excel Qhalif . Beliau merupakan sebahagian tenaga pengajar di kelas Excel Qhalif Playgroup Xtra dan sesi Excel Occupational Therapy.

Pin It on Pinterest

Shares
Share This