Author Archive

Sebelum saya bercerita tentang bagaimana rawatan terapi carakerja atau occupational therapy (OT) dapat membantu dalam pemulihan anak autisme, tahukah anda apakah itu autisme? Dan apakah tanda-tanda seorang anak itu menghidap autisme?

Apakah itu autisme? Menurut Pakar Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Zasmani Shafiee, autisme adalah gangguan perkembangan otak kanak-kanak yang menyebabkan mereka akan mengalami masalah tertentu. Katanya, kanak-kanak autisme ini biasanya menghadapi masalah komunikasi, interaksi sosial, pemikiran dan emosi serta berkaitan IQ.

→ Read more

Seperti apa yang kita tahu, motor skill terbahagi kepada dua bahagian iaitu kemahiran motor kasar (gross motor skill) dan juga kemahiran motor halus (fine motor skill). Untuk artikel pada kali ini, saya akan mengupas tentang kemahiran motor kasar. Insha-Allah artikel mengenai kemahiran motor halus kita akan kupas pada artikel bulan hadapan.

Definisi dan keterangan tentang kemahiran motor kasar Kemahiran motor kasar adalah kebolehan yang diperlukan untuk mengawal otot-otot besar di badan kita untuk berjalan, berlari, melompat, duduk, merangkak dan aktiviti-aktiviti lain. Kemahiran motor kasar berkembang dalam tempoh yang singkat dan kebanyakkan kemahiran motor kasar ini berkembang semasa kanak-kanak.

→ Read more

Apakah Itu Sensori? Sensori di dalam bahasa melayu bermaksud deria. Deria manusia terdiri daripada lima bahagian iaitu sentuhan (tactile), penglihatan (visual), pendengaran (auditory), menghidu bau-bauan (olfactory) dan merasa (gustatory). Juga terdapat dua deria tambahan iaitu, pergerakan otot dan sendi (proprioceptive) dan juga keseimbangan badan (vestibular).

→ Read more

Sifat rendah hati (tawadhu’) adalah salah satu ciri mulia yang patut diterapkan kepada anak-anak kita sedari kecil seperti mana wasiat Luqman kepada anaknya di dalam Al Quran :

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Surah Luqman : 18]

→ Read more

Ramadhan sudah semakin hampir. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menyediakan anak-anak untuk menyambut kedatangan Ramadan, bulan yang barokah. Berikut adalah beberapa idea untuk membantu menjadikan ia Ramadhan yang istimewa pada tahun ini.

1. Adakan mesyuarat keluarga tentang Ramadan

→ Read more

KAMI SUDAH BEROPERASI.
Mulai 4hb Mei 2020 kami telah beroperasi. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, Tuan / Puan boleh hubungi kami ditalian 013-361 9918 atau klik bawah untuk Whatsapp kami.