Author Archive

Kepentingan Diet Baik Dalam Perkembangan Bahasa Anak

Kanak-kanak yang aktif, membesar dengan tumbesaran yang normal serta memilki kemahiran kognitif yang baik selalu dikaitkan dengan penyediaan makanan yang baik oleh ibu bapa. Malah iklan-iklan susu dan makanan untuk kanak-kanak dari peringkat umur bayi sehingga umur kanak-kanak pertengahan (9-11 tahun) sering mempromosikan bagaimana produk mereka boleh membantu dari segi perkembangan anak-anak anda.

Variasi makanan dan susu yang diprodukkan pada zaman ini juga sangat banyak sehingga kadang-kadang ibu bapa juga menjadi pening kepala memikirkan produk mana yang paling baik dan sesuai untuk anak mereka. Walaupun tidak dinafikan ada sebahagian ‘content’ iklan yang mempunyai ciri yang berlebih-lebihan (exaggeration), tetapi kita tidak boleh endahkan bagaimana syarikat-syarikat ini juga menjalankan kajian selama beberapa tahun lamanya untuk mengaitkan antara pemakanan sihat dan perkembangan kanak-kanak. Jadi, ia berbalik semula kepada para ibu bapa untuk memilih dan menapis jenis makanan yang terbaik dan yang paling sesuai untuk anak mereka.

→ Read more

Pernah lihat si manja anda mengibas-ngibas atau mengepak-ngepakkan tangannya secara tiba-tiba (flapping hand)? Atau anda perasan si manja anda selalu menggoyang-goyangkan badannya ke depan ke belakang secara berulang-ulang (body rocking)? Atau mungkin juga yang lebih menakutkan apabila melihat si manja menghantuk-hantukkan kepalanya walaupun pada waktu itu dia bukan di dalam mode tantrum (mengamuk)? Kelakuan-kelakuan ini menandakan anak anda berkemungkinan mengalami gejala self-stimulatory (peransangan kendiri).

Gejala ini kebiasaannya dilihat biasa pada kanak-kanak autistik. Walau bagaimanapun, ingin diingatkan supaya ibu bapa tidak terus melompat pada kesimpulan, “Kanak-kanak itu ada autism kerana dia ada tabiat flapping hand”, kerana gejala self-stimulatory sahaja tidak cukup untuk mendiagnos anak anda dengan autisme. Ini kerana, kanak-kanak normal/tipikal juga kadang-kala tidak terlepas daripada mengalami gejala self-stimulatory.

→ Read more