Baby Playgroup

di-Bangi-sahaja-700px


Baby-Playgroup (3)Playgroup baby
memberi ruang dan pengetahuan terutama kepada ibu bapa baru dan muda menjadi terapi terbaik untuk anak mereka. Selain memberi pendedahan kepada ibu bapa terhadap teknik stimulasi yang betul untuk bayi mereka, diet pemakanan dan nutrisi juga antara topik penting dalam program ini.

Bagi membantu bayi untuk tidur lebih lena, ibu bapa perlu memberikan rangsangan sentuhan kepada bayi melalui teknik urutan yang betul. Rangsangan vestibular seperti penggunaan gymball juga dapat membantu sistem imunisasi, penghadaman, pernafasan dan sistem pengedaran darah bayi. Selain itu, ibu bapa juga akan diberi pendedahan terhadap jenis rangsangan visual dan auditori yang sesuai dengan kategori usia bayi mereka.

Modul playgroup baby ini dibina khas untuk bayi seawal usia 6 hingga 8 bulan. Kelas stimulasi yang berlangsung secara intensif selama 3 bulan ini sedikit sebanyak membantu ibu bapa untuk lebih peka terhadap perkembangan awal bayi mereka.

Cara mendaftar
Untuk keterangan lanjut dan cara mendaftar boleh hubungi 03-87517252

Baby-Playgroup (2)

 Baby-Playgroup (4)

Pin It on Pinterest