Archive for the ‘Blog’ Category

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Rasanya belum terlewat untuk teacher ucapkan salam Ramadaan dan selamat berpuasa kepada semua ibu bapa. Semoga Ramadan tahun ini kita sambut dengan perancangan yang lebih rapi supaya tidak sia-sia nikmat dan peluang mengecap Ramadan yang ditunggu-tunggu setiap tahun.

Ibadah puasa adalah sama tarafnya seperti ibadah solat, menjadi kewajipan kepada semua muslim yang baligh dan berakal. Maka ada yang mungkin bertanya, bagaimana dengan anak autism saya? Di dalam kad pengenalan dirinya didaftarkan sebagai muslim, jadi apakah wajib bagi saya sebagai ibu bapa melatih dia dengan solat dan puasa?

Saya memandang sangat tinggi kepada ibu bapa yang membesarkan dan mendidik anak-anak istimewa, sama ada autism, down sindrom, ADHD, cerebral palsy dan keistimewaan-keistimewaan lain lagi. Ini kerana anak-anak ini bakal menjadi laluan mudah bagi ibu bapanya ke syurga, malah kebanyakan dari kita menggelarkan mereka sebagai anak syurga.

→ Read more

Saya yakin kebanyakan ibu bapa yang bertanyakan soalan ini sudah pun melakukan bacaan di internet atau buku, menonton video-video berkaitan di youtube, atau mungkin sudah pun bertanyakan soalan yang sama pada mana-mana professional yang lain sama ada doktor pediatrik, psikologis, atau terapis lain.

Walaupun begitu, saya faham mengapa ibu bapa masih mengajukan soalan berkenaan, dan tidak ada salahnya bagi ibu bapa untuk sentiasa mengkaji dan mendapatkan pandangan lain (second opinion) daripada para professional, malah saya memuji ibu bapa yang selalu  berusaha untuk memahami autism dengan lebih mendalam.

Walau bagaimanapun, bagi saya ini adalah soalan killer. Kerana soalan ini diajukan dengan seribu satu pengharapan untuk mendapatkan jawapan yang lebih positif. Dan setiap kali ditanya, saya akan sentiasa memberikan jawapan klise; → Read more

Kepentingan Diet Baik Dalam Perkembangan Bahasa Anak

Kanak-kanak yang aktif, membesar dengan tumbesaran yang normal serta memilki kemahiran kognitif yang baik selalu dikaitkan dengan penyediaan makanan yang baik oleh ibu bapa. Malah iklan-iklan susu dan makanan untuk kanak-kanak dari peringkat umur bayi sehingga umur kanak-kanak pertengahan (9-11 tahun) sering mempromosikan bagaimana produk mereka boleh membantu dari segi perkembangan anak-anak anda.

Variasi makanan dan susu yang diprodukkan pada zaman ini juga sangat banyak sehingga kadang-kadang ibu bapa juga menjadi pening kepala memikirkan produk mana yang paling baik dan sesuai untuk anak mereka. Walaupun tidak dinafikan ada sebahagian ‘content’ iklan yang mempunyai ciri yang berlebih-lebihan (exaggeration), tetapi kita tidak boleh endahkan bagaimana syarikat-syarikat ini juga menjalankan kajian selama beberapa tahun lamanya untuk mengaitkan antara pemakanan sihat dan perkembangan kanak-kanak. Jadi, ia berbalik semula kepada para ibu bapa untuk memilih dan menapis jenis makanan yang terbaik dan yang paling sesuai untuk anak mereka.

→ Read more

“Anak saya boleh bercakap, tapi tak boleh jawab soalan” “Anak saya ada words, tapi sangat limited” “Anak saya pandai cakap, tapi pendek-pendek” “Kalau dia main sorang-sorang dia cakap, tapi kalau saya tanya dia tak jawab”

Persoalan tersebut kedengaran familiar? Atau mungkin itu jugalah yang berlegar-legar di fikiran anda? Sebagai Speech Therapist, itu adalah antara beberapa keluhan dan persoalan yang sering kami hadapi tatkala berdepan dengan parents kepada anak yang mengalami masalah komunikasi.

Sedar atau tidak secara realitinya ramai parents di luar sana membiarkan anak-anak mereka berkawan rapat dengan gajet. Kini dalam era yang serba canggih dan moden, tidak dapat dinafikan memang dunia anak-anak kita lebih terjerumus kepada dunia robot (a.k.a  gajet). Pendedahan kepada tablet, handphone, computer dan tv kepada anak-anak telah menjadi satu kebiasaan pada masa kini. So, jika terlihat anak-anak kecil memegang handphone atau tablet di tangan mereka—bukan satu situasi yang mengejutkan. Malah ramai mengatakan ianya NORMAL pada masa kini.

→ Read more

Sebagai seorang guru dan terapis kepada kanak-kanak autism, saya berasa sangat bangga sekiranya apabila saya berbual-bual dengan sesiapa mengenai skop kerjaya saya dan mereka mengetahui tentang autism. Ini bermaksud kesedaran mengenai autism sudah semakin meluas di Malaysia, alhamdulillah. Ini adalah satu petanda yang sangat baik dan insyaAllah sekiranya semakin meluas kesedaran, semakin luas juga penerimaan masyarakat terhadap anak-anak istimewa ini.

“Autisme tu yang selalu kepak-kepakkan tangan tu kan?”

“Kanak-kanak autism ni kan selalu tantrum…”

“Dekat sekolah anak saya pun ada kanak-kanak autism ni,.. anak saya cerita diorang suka susun-susun barang..”

“Diorang kan hebat main puzzle..”

Begitulah antara dialog-dialog biasa yang saya dengar dari perspektif mereka yang mengetahui autism dengan hanya mengenal seorang dua individu autism ataupun yang mengenal autism daripada pembacaan dan tidak kurang juga yang mengetahuinya daripada drama dan movie. → Read more