Archive for the ‘Blog’ Category

Allah tu macam mana Ibu ?. Allah tu kuat tak Ayah ? Iman nak jumpa Allah kejap boleh tak ? Mungkin ini antara ayat-ayat biasa yang kita dengar daripada si manja. Pelbagai pertanyaan mereka mengenai Allah. Umpama manusia pula disamakan. Tetapi, bukan salah mereka.

→ Read more

Melahirkan anak adalah salah satu nikmat yang terbesar yang diberikan Allah S.W.T kepada setiap wanita. Namun, bagi sesetengah wanita yang beranak sulung pasti mempunyai rasa gemuruh dan takut saat menghadapi waktu kelahiran yang bakal tiba. Apatah lagi pelbagai insiden yang tidak enak didengar daripada kawan-kawan atau sebaliknya.

→ Read more

Berkomunikasi merupakan antara elemen terpenting dalam kehidupan kita seharian. Apatah lagi buat anak-anak. Anak yang normal mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi atau bercakap sejak dari lahir. Hanya berbeza caranya sahaja berbanding kita yang dewasa.

Masalah untuk bergaul bersama rakan dan orang sekeliling akan timbul apabila anak-anak lambat bercakap.Seseorang anak yang mempunyai masalah bercakap boleh kita kenali sejak mereka berumur 4 bulan lagi. Mengikut statistik gangguan komunikasi ini hampir 5-10% wujud dikalangan anak-anak hari ini dan nampak semakin membimbangkan para ibubapa.

→ Read more

Pernahkah kita terfikir sejenak apakah semua tindakan yang kita ambil dalam mendidik anak-anak betul ataupun tidak. Mungkin ada yang kita rasakan ianya betul atau sebaliknya. Yang membezakan tindakan yang diambil hanyalah ilmu.

Mengikut pemerhatian saya, kebanyakkan daripada kita termasuk saya sendiri mendidik anak-anak mengikut acuan yang telah diprogramkan oleh emak kita dahulu. Boleh dikatakan ianya salah satu budaya kita orang melayu. Cara hidup yang kita praktikkan yang sama seperti yang kita perolehi masa kecil dahulu. Benarkah tindakan begitu ?

→ Read more

Usia 2 hingga 4 tahun merupakan antara waktu terpenting buat anak-anak kita. Ketika inilah pelbagai ragam dan tingkahlaku mereka yang harus kita hadapi. Yang lelaki penuh dengan tingkahlaku lasak mereka, yang perempuan pun apa kurangnya kan?

Pada ketika ini sifat ingin tahu mereka sangat aktif terutama pada perkara yang menjadi perhatian mereka. Contohnya alatan memasak yang kita gunakan di dapur, barangan elektronik dan gajet di rumah seperti telefon bimbit, Ipad ataupun    komputer tablet. Lagi dilarang lagi dibuat. Ooo anak…anak…

→ Read more

KAMI SUDAH BEROPERASI.
Mulai 4hb Mei 2020 kami telah beroperasi. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, Tuan / Puan boleh hubungi kami ditalian 013-361 9918 atau klik bawah untuk Whatsapp kami.