Archive for the ‘Blog’ Category

Melatih anak untuk berkata benar dan seterusnya mempunyai sikap bertangungjawab bukanlah boleh dipupuk dalam sekelip mata. Selain menuntun jangka masa yang lama, tahap kesabaran juga perlu diambil kira. Oleh itu, buang jauh-jauh rasa hendak marah jika percubaan kali pertama kita hingga kesekian kalinya gagal. Beri mereka ruang dan peluang.

Namun, melatih mereka melakukan aktiviti fizikal adalah jauh lebih senang kerana mereka mudah melihat pergerakan badan kita dan ada objek yang dieksperimenkan. Contohnya, mengajar anak mengenakan tali kasut sekolah. Mereka mula mahir apabila sudah memahami konsep asas melakukannya. Dan ianya mungkin hanya mengambil masa dalam sebulan dua sahaja untuk itu.

→ Read more

Apa khabar ibubapa semua hari ini ? Diharapkan sihat hendaknya terutama walaupun sekarang ini adalah minggu peperiksaan buat kebanyakkan anak-anak kita.

Rata-rata ibubapa yang bekerja akan pulang awal daripada pejabat semata-mata untuk memperuntukkan masa dalam mengajar dan memeriksa ulangkaji anak-anak. Ada juga yang tertekan atau stress dengan karenah anak-anak.

→ Read more

Apabila anda disahkan hamil oleh doktor, perkara utama yang perlu diberi penekanan adalah ambilan diet makanan kita. Jika dulu kita kurang menitikberatkan jenis makanan yang diambil, tetapi tidak jika hamil. Kecuaian ini bakal mengundang kepada tumbesaran janin yang dikandung.

Berikut adalah senarai pilihan makanan yang berkhasiat yang perlu menjadi menu harian ibu-ibu hamil :

→ Read more

Setiap kanak-kanak mempunyai cara yang tersendiri bagi memberi ‘ketenangan’ kepada mereka. Usia antara 8 bulan ke atas mereka mula menunjukkan sikap atau tabiat mereka.

Sebagai contohnya, tabiat tidur atau berjalan mesti ada bantal busuk, mengigit kuku, mengigit puting botol sehingga koyak, menghisap jari dan sebagainya.

→ Read more

Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk diteladani. Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia.

Semua anak yang dilahirkan adalah pembawa rahmat dan rezeki buat semua  keluarga. Mereka dilahirkan penuh dengan kelebihan dan keistimewaan. Tiada istilah mereka dilahirkan membawa ‘nasib malang’ atau tidak elok buat kita.

→ Read more

KAMI SUDAH BEROPERASI.
Mulai 4hb Mei 2020 kami telah beroperasi. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, Tuan / Puan boleh hubungi kami ditalian 013-361 9918 atau klik bawah untuk Whatsapp kami.