Archive for the ‘Blog’ Category

Seperti apa yang kita tahu, motor skill terbahagi kepada dua bahagian iaitu kemahiran motor kasar (gross motor skill) dan juga kemahiran motor halus (fine motor skill). Untuk artikel pada kali ini, saya akan mengupas tentang kemahiran motor kasar. Insha-Allah artikel mengenai kemahiran motor halus kita akan kupas pada artikel bulan hadapan.

Definisi dan keterangan tentang kemahiran motor kasar Kemahiran motor kasar adalah kebolehan yang diperlukan untuk mengawal otot-otot besar di badan kita untuk berjalan, berlari, melompat, duduk, merangkak dan aktiviti-aktiviti lain. Kemahiran motor kasar berkembang dalam tempoh yang singkat dan kebanyakkan kemahiran motor kasar ini berkembang semasa kanak-kanak.

→ Read more

Apakah Itu Sensori? Sensori di dalam bahasa melayu bermaksud deria. Deria manusia terdiri daripada lima bahagian iaitu sentuhan (tactile), penglihatan (visual), pendengaran (auditory), menghidu bau-bauan (olfactory) dan merasa (gustatory). Juga terdapat dua deria tambahan iaitu, pergerakan otot dan sendi (proprioceptive) dan juga keseimbangan badan (vestibular).

→ Read more

Sifat rendah hati (tawadhu’) adalah salah satu ciri mulia yang patut diterapkan kepada anak-anak kita sedari kecil seperti mana wasiat Luqman kepada anaknya di dalam Al Quran :

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Surah Luqman : 18]

→ Read more

Ramadhan sudah semakin hampir. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menyediakan anak-anak untuk menyambut kedatangan Ramadan, bulan yang barokah. Berikut adalah beberapa idea untuk membantu menjadikan ia Ramadhan yang istimewa pada tahun ini.

1. Adakan mesyuarat keluarga tentang Ramadan

→ Read more

Hari ini saya ingin buat sedikit perkongsian ringkas untuk tatapan ibubapa. Kalau di sekolah dahulu, meniru adalah satu kesalahan besar. Tapi sebenarnya meniru adalah asas proses pembelajaran. Meniru pergerakan, tindakan dan bunyi adalah kemahiran asas untuk setiap anak.  Contohnya; Pergerakan seperti tepuk tangan atau melambai adalah pergerakan mudah untuk ditiru sejak bayi lagi.

Kenapa Meniru Itu Penting?

→ Read more