Archive for the ‘Blog’ Category

“Wahai orang-orang beriman, hendaklah meminta izin kepada kamu hamba-hamba yang kamu miliki dan anak-anak yang belum baligh di kalangan kamu (sebelum mereka memasuki kamar-kamar kamu) pada tiga masa; masa sebelum solat subuh, masa ketika kamu menanggalkan pakaian di waktu tengahari dan masa selepas solat isyak. Itu adalah tiga masa berlaku pendedahan aurat pada kamu. Adapun lain dari tiga masa itu, tidaklah menjadi dosa ke atas kamu dan juga ke atas mereka (untuk masuk tanpa meminta izin terlebih dahulu) kerana mereka adalah orang-orang yang berlegar di sekitar kamu, yakni sebahagian kamu sentiasa bergaul dengan sebahagian yang lain. Begitulah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayatNya. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana”.  (Surah An Nur : 58)

→ Read more

Cuti sekolah selalu ditunggu-tunggu oleh anak-anak begitu juga ibubapa. Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak berusia bawah 6 tahun, melancong bersama si kecil sememangnya cukup memeningkan. Banyak hal yang perlu diambil perhatian selain menuntut kesabaran yang tinggi. Kerana itu, ramai yang memilih untuk tidak keluar melancong ketika anak-anak masih kecil. Bagaimanapun, jika tahu tips yang betul tatkala bercuti bersama keluarga termasuk anak-anak kecil, ia pasti meninggalkan kenangan terindah dan pengalaman paling bermakna untuk seisi keluarga.

Tips kali ini diharap dapat membantu merealisasikan impian anda untuk bercuti bersama anak-anak dengan lebih aman.

→ Read more

Kanak-kanak mula meneroka konsep dan kemahiran matematik sangat awal dalam kehidupan mereka. Dari saat mereka dilahirkan, bayi mula terbentuk idea tentang matematik melalui pengalaman sehari-hari, alam sekitar dan yang paling penting, melalui interaksi dengan orang dewasa yang dipercayai. Pelbagai aktiviti spontan juga boleh meningkatkan kemahiran matematik Si manja. Mari gembirakan mereka dengan matematik yang mudah. Antaranya:-

→ Read more

Adegan menangis, merajuk dan mengamuk tidak mahu ke tadika sering dihadapi oleh kebanyakan ibubapa. Bahkan membuatkan ibubapa jadi tidak keruan apabila sering sampai lewat di tempat kerja pada waktu pagi.

Antara langkah yang boleh kita lakukan dalam menangani masalah si manja tidak mahu ke sekolah adalah:

→ Read more

Semua peringkat umur boleh menikmati aktiviti bercucuk tanam. Tetapi si comel khususnya lebih seronok dan teruja berkebun. Kebanyakan mereka menikmati waktu-waktu berkebun di luar rumah dengan menggali tanah, menggembur tanah, mengotorkan baju, meneroka penemuan baru dan menghayati proses pembesaran tanaman mereka. Kanak-kanak boleh belajar kemahiran baru, bergembira, bermain dan membina keyakinan diri dengan menghabiskan banyak masa di kebun tanaman untuk menanam sendiri tanaman untuk makanan mereka sendiri. Mereka boleh merasai banyak manafaatnya istimewa. Berkebun adalah satu proses pembelajaran dan ia turut mengembangkan kemahiran baru si comel termasuklah:

→ Read more