Archive for the ‘Blog’ Category

Si Manja dan permainan ibarat wanita dan beg tangan. Ia memang tidak boleh dipisahkan. Bermain adalah elemen yang sangat penting untuk perkembangan anak-anak. Semakin banyak mereka bermain semakin banyak mereka belajar.

Keadaan rumah yang bersepah boleh menimbulkan tekanan bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil. Lebih-lebih lagi bagi ibubapa yang bekerjaya. Sudah pasti sangat meletihkan apabila sepanjang hari tidak putus-putus mengemas barang permainan anak-anak dari pagi sampai ke malam hari. Orang lain yang bermain, orang lain pula yang mengemas!

Oleh itu, mari cuba teknik-teknik praktikal yang boleh dipraktiskan bagi menggalakkan Si Manja mengemas sendiri barang permainan mereka sesuai dengan usia mereka :

→ Read more

Menghampiri penghujung tahun 2014, maka sudah ramai ibu bapa yang mula mencari-cari tadika terbaik untuk anak mereka bersekolah menjelang tahun hadapan. Kebanyakan ibubapa nampaknya lebih risau memilih tadika daripada sekolah rendah dan menengah.

Ini selari dengan pandangan Pengerusi Persatuan Tadika Malaysia (Badan Bukan Kerajaan yang ditubuhkan sejak 1972), Jayaswathi Perera yang mempunyai 40 tahun pengalaman dalam pengajaran prasekolah dan latihan guru-guru prasekolah, ibubapa perlu bersikap lebih berhati-hati dan memiliki ilmu dalam memilih pendidikan awal anak-anak. Semua ibubapa secara fitrahnya mahukan yang terbaik untuk pendidikan dan perkembangan anak-anak mereka. Bak kata Lao Tzu, “A Journey Of A Thousand Miles Begins With A Single Step”.

→ Read more

Dunia dalam talian adalah sebahagian daripada kehidupan harian bagi kebanyakan kanak-kanak dan orang muda. Ia adalah taman permainan maya yang besar di mana mereka boleh bermain, belajar dan bersosial.

Internet sangat mudah diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai komputer, telefon mudah alih dan peranti elektronik, termasuk anak-anak kita. Berdasarkan ‘Household Use of The Internet Survey 2011’ yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), 88.3% responden mengakses internet daripada rumah.

→ Read more

Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Masud r.a berkata:

“Rasulullah SAW memberi nasihat kepada kami secara berselang seli hari kerana tidak mahu nasihatnya menjemukan kami”. ( Riwayat Al Bukhari )

Nasihat itu harus diulang-ulang supaya melekat di dalam hati dan fikiran, kemudian terpahat sebagai amalan. Harus diambil kira waktu dan cara yang sesuai, jangan sampai anak yang didik berasa jemu dan bosan mendengarnya. Rasullullah SAW tidak mengambil pendekatan menyampai, tetapi mengambil kira kesediaan orang yang mendengar apa yang Baginda sampaikan supaya apa yang disampaikan difahami, diterima dan diamalkan.

→ Read more

Saya sering didatangi oleh ibubapa yang mengadu anaknya tidak suka berkongsi. Terutama barang mainannya, meskipun dengan ibubapa atau adik beradik mereka sendiri. Perkara ini bukanlah masalah pokok tetapi ia boleh menjadi serius apabila anak tersebut mempunyai masalah pertuturan atau lambat bercakap.

→ Read more