Archive for the ‘Blog’ Category

Saya sering didatangi oleh ibubapa yang mengadu anaknya tidak suka berkongsi. Terutama barang mainannya, meskipun dengan ibubapa atau adik beradik mereka sendiri. Perkara ini bukanlah masalah pokok tetapi ia boleh menjadi serius apabila anak tersebut mempunyai masalah pertuturan atau lambat bercakap.

→ Read more

Hampir 80% aktiviti seorang anak adalah bermain. Bermain adalah pekerjaan bagi mereka. Tablet atau gadjet elektronik bukan dikategorikan sebagai satu permainan. Ianya hanya alatan permainan. Permainan yang dimaksudkan ialah aktiviti fizikal yang melibatkan lebih daripada 2 orang pemain.

Hebatnya bermain ini ianya melibatkan kemahiran ‘problem-solving’ dan dapat menjana kreativiti mereka. Contohnya, semasa topik ‘My Favourite Cake’ di dalam kelas, anak-anak berjaya melakonkan situasi mereka sedang memasukkan kek ke dalam oven.

→ Read more

Bertanya dan menjawab soalan adalah perkara asas dalam memulakan perbualan. Antara soalan lazim yang kita tanyakan pada anak ialah, “Aiman nak makan?” ataupun “Aiman, apa ni?”. Bagi anak di bawah usia 4 atau 5 tahun mereka kerap bertanya kepada kita itu dan ini untuk mengetahui sesuatu perkara.

Tetapi berlainan halnya jika anak kita yang dikenalpasti mempunyai masalah lambat bertutur. Penggunaan soalan yang salah dan tidak mengikut tahap keupayaan komunikasi mereka, akan membuatkan mereka menghindarkan diri  dan kurang minat untuk mendengar apa yang kita katakan. Apatah lagi untuk berkomunikasi bersama.

→ Read more

Mendidik anak zaman sekarang tidak sama dengan waktu kita dahulu. Kalau dahulu kita boleh berlari bebas depan rumah. Naik basikal dengan rakan-rakan; jatuh dan terluka dilutut. Menangis dan ketawa. Ibu datang dengan rotan menjemput balik.

Manakala anak hari ini, tiada lagi komuniti sebegini. Kalau dilepaskan bebas, di takuti pula keselamatannya terancam. Kereta banyak begitu juga dengan isu sosial seperti jenayah. Keterbatasan ini membuat kita tiada pilihan lain kecuali membiar anak bermain hanya di dalam rumah.

→ Read more

Ramai ibubapa menghadapi kebuntuan untuk membantu anak mereka bercakap.  Sebenarnya selain dari aktiviti bermain, ibubapa juga boleh merangsang anak bercakap melalui rutin harian yang sememangnya dilalui anak setiap hari. Rutin seperti makan, mandi, tidur, minum ini mampu mencuri peluang mereka untuk berkomunkasi dengan kita berterusan.  Cuma kita sebagai dewasa perlu bijak mengaturnya.

Saya akan beri beberapa contoh yang biasanya saya kongsikan dengan ibubapa yang datang ke kelas terapi kami.  Semoga ia manfaat buat anda. Malah aktiviti ini tidak terhad pada anak yang lambat bercakap. Bagi anak yang boleh barcakap tapi mahu ditambah perkataanya; anda juga boleh menggunakan teknik yang sama.

→ Read more