Archive for the ‘Tip Keibubapaan’ Category

Ramai yang bertanya pada saya, 

“Teacher, anak saya 3 tahun, boleh ke nak start ajar baca buku?”

“Anak saya 5 tahun tapi bila saya bacakan buku dia tak minat.”

Sebenarnya, anak-anak berumur 2;6 hingga 5 tahun menyukai buku cerita dengan pelbagai cara. Sesetengah anak mungkin akan meminta anda membacakan buku cerita kegemaran mereka dari muka surat awal hingga akhir. Manakala sesetengah anak mungkin hanya akan belek dan selak-selak muka surat sahaja. Ada anak yang akan cuba ‘membaca’ secara olok-olok ayat yang diingati dari skrip buku cerita, dan ada anak yang akan menunjuk dan melihat gambar yang menarik sahaja. Semua ini adalah cara yang positif untuk membaca buku cerita dengan anak. Biarkan anak kita ‘explore’ buku cerita tersebut dengan cara yang mereka suka. Aktiviti membaca buku bersama anak atau dikenal sebagai ‘Book Sharing’ ini adalah antara satu aktiviti yang baik untuk membantu anak yang lambat bercakap. Menurut kajian, aktiviti ‘Book Sharing’ ini dapat menambahkan kefahaman konsep dan kosa kata (vokab), membantu perkembangan kognitif anak dan juga merapatkan lagi hubungan ibu bapa dan anak. 

Jadi, macam mana nak pilih buku yang sesuai untuk ‘interactive book sharing’ ni? Saya tuliskan beberapa tips pemilihan buku di bawah, ibu bapa boleh gunakan ‘guideline’ ini untuk membeli buku cerita anak.

→ Read more

Hari ini saya nak share tentang satu lagi aktiviti mudah yang ibu bapa boleh buat bersama anak di rumah untuk ajar anak bercakap. Kebanyakan anak sangat gemar bermain dengan lego. Ada anak yang akan main susun-susun lego, ada anak yang akan buat robot, ada anak yang hanya belek-belek sahaja lego tersebut.  

→ Read more

Di artikel yang lepas, saya ada kongsikan beberapa teknik untuk ibu bapa beri stimulasi bahasa anak di rumah. Macam mana semua dah cuba? Kalau dah cuba, alhamdulillah teruskan lagi yang tambah tabung vokab anak.

Ramai ibu bapa yang tanya pada saya, 

“Teacher, mainan apa yang sesuai untuk ajar anak?”

Sebenarnya, apa-apa mainan pun sesuai digunakan untuk ajar anak. Apa yang penting adalah apa yang kita ajar dan input yang diberi semasa bermain dengan anak. Hari ini saya nak share satu aktiviti mudah yang ibu bapa boleh buat di rumah untuk beri input bahasa kepada anak. 

→ Read more

Sejak akhir-akhir ni, saya dapat banyak soalan daripada ibu bapa yang bertanyakan tentang isu anak lambat bercakap ataupun dikenal sebagai speech language delay. Pertama sekali, saya ingin puji ibu bapa, Tahniah kerana anda ambil berat dan alert tentang perkembangan pertuturan anak. Antara soalan yang saya kerap dengar,

“Teacher, anak saya dah dua tahun, tapi tak bercakap lagi.”

“Anak saya suka main sorang-sorang, macam mana saya nak ajar anak bercakap”

Saya kongsikan jawapan saya di sini agar dapat memberi manfaat kepada lebih ramai ibu bapa di luar sana. Anak berusia dua tahun tapi masih belum menggunakan perkataan. Hal yang pertama perlu kita selidik adalah, adakah anak itu mempunyai vokab yang mencukupi untuk mula bercakap?

Menurut kajian, anak berusia 1 tahun sepatutnya telah memahami lebih kurang 50 perkataan; usia 3 tahun 1000 perkataan dan pada usia 5 tahun, anak sepatutnya telah memahami lebih kurang 10,000 perkataan. Kajian juga mengatakan, anak perlu mempunyai sekurang-kurangnya 50 perkataan yang difahami sebelum anak bersedia menghasilkan satu perkataan pertama. (Shipley & McAfee, 2015)

→ Read more

open

KAMI SUDAH BEROPERASI.
Mulai 4hb Mei 2020 kami telah beroperasi. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, Tuan / Puan boleh hubungi kami ditalian 013-361 9918 atau klik bawah untuk Whatsapp kami.