Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Tahniah buat ibubapa yang berjaya menghantar anak ke sekolah. Rasa cepat sungguh masa berlalu. Namun disebaik kegembiraan yang kita rasai, ada sebahagian anak-anak yang tidak berjaya memasuki sekolah atau tadika atas beberapa sebab.

Saya menulis ini bukan ingin menunding jari pada sesiapa, tetapi saya ingin kongsikan apa yang perlu ibubapa lakukan sebelum anak kita di ‘reject’ daripada mana-mana sekolah.

→ Read more

Sudah lama saya tidak menulis. Alhamdulillah minggu ini saya berkelapangan sedikit untuk  berkongsi  info buat bacaan ibubapa. Anak lambat bercakap bukan lagi perkara asing di zaman ini. Sebagai ibubapa kita perlu peka dengan perkembangan dan kebolehan bahasa anak kita. Bagi ibubapa yang ingin merangsang anak bertutur, sebaiknya anda perlu ketahui tahap komunikasi mereka terlebih dahulu.  Untuk tujuan tersebut, saya cadang dapatkanlah nasihat dari pakar (Speech Language Therapist-SLT) di hospital atau di pusat terapi di Excel Qhalif.

Walau bagaimanapun merangsang anak bercakap adalah satu kemestian, tidak kira apapun tahap kebolehan komunikasi mereka mahupun umur. Sekiranya anak anda hanya boleh sebut sepatah perkataan sahaja. Rangsang mereka  membina ayat pendek terlebih dahulu seperti 2 patah atau 3 patah perkataan. Begitu juga jika mereka hanya boleh memberi bahasa badan (body gesture) atau pointing; rangsanglah mereka untuk mengenali dan menyebut satu persatu perkataan. Jangan gelojoh dan memaksa mereka.

→ Read more

Mendidik anak zaman sekarang tidak sama dengan waktu kita dahulu. Kalau dahulu kita boleh berlari bebas depan rumah. Naik basikal dengan rakan-rakan; jatuh dan terluka dilutut. Menangis dan ketawa. Ibu datang dengan rotan menjemput balik.

Manakala anak hari ini, tiada lagi komuniti sebegini. Kalau dilepaskan bebas, di takuti pula keselamatannya terancam. Kereta banyak begitu juga dengan isu sosial seperti jenayah. Keterbatasan ini membuat kita tiada pilihan lain kecuali membiar anak bermain hanya di dalam rumah.

→ Read more

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang berusia 3 hingga 6 tahun, sudah pastinya mengharapkan anak-anak mereka mengenal huruf a-z, mengenal nombor selain mempersiapkan anak-anak menguasai kemahiran membaca sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan. Jika di lihat, ibu bapa kini berlumba-lumba memberi pendedahan awal kepada anak-anak dengan menghantar ke tadika ataupun pusat pembelajaran lain demi memberi pendidikan formal kepada anak-anak supaya mereka tidak ketinggalan berbanding dengan rakan sebaya yang lain.

Apa yang membimbangkan  ibu bapa kini adalah kenapa anak mereka lambat untuk membaca? Sedangkan pada usia 3 hingga 6 tahun  sudah dapat membaca ayat-ayat mudah. Saya sering dihujani pertanyaan daripada ibu bapa di luar sana bagaimana cara yang sesuai untuk mengajar anak-anak membaca dengan cepat. Oleh itu, saya menggunakan kaedah fonetik yang mana kaedah ini merupakan kaedah awal yang paling dekat dengan kanak-kanak. Kaedah fonetik ini adalah kaedah membunyikan huruf-huruf yang dilihat sebelum anak dapat membaca suku kata dan juga membaca ayat-ayat mudah.

→ Read more

Jika orang dewasa mempunyai pekerjaan dan peranan masing-masing di dalam masyarakat, kanak-kanak juga mempunyai pekerjaan mereka tersendiri. Bermain dan meneroka persekitaran mereka adalah peranan dan pekerjaan utama kanak-kanak. Dengan bermain, kanak-kanak membina pelbagai kemahiran utama seperti kemahiran kognitif, motor halus dan kasar, kemahiran interaksi dan sosial dan lain-lain lagi.

Seperti juga orang dewasa yang memerlukan fokus semasa bekerja, kanak-kanak juga memerlukan fokus semasa bermain untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran tersebut. Sering kali saya terima aduan daripada ibu bapa berkenaan anak-anak mereka yang terlalu aktif, tidak bertahan lama dalam satu-satu permainan dan mempunyai kecenderungan untuk bertukar-tukar aktiviti dalam masa yang singkat. Kerenah-kerenah anak seperti ini adalah antara tanda-tanda mereka kurang fokus dan berkemungkinan juga boleh membantutkan sesetengah aspek perkembangan mereka. → Read more