Excel Qhalif Playgroup Xtra

Direka Eksklusif Untuk Anak-anak Berkeperluan Khas
Autisme | Speech Delay  | ADHD | ADD | GDD | Dyslexia | Down Syndrome

PLAYGROUP INI JUGA SESUAI SEKIRANYA Anak Anda Memiliki Ciri-ciri Seperti:
-Bermain Sendirian (Own Agenda),
-Tiada Hubungan Mata (Eye Contact)
-Lambat Bercakap (Late Talker)
-Tidak Boleh Mengikut Arahan
-Tidak Boleh Duduk Lama & Memberi Tumpuan
-Kurang Kemahiran Sosial
-Mengibas-ngibas Tangan (Flapping Hands)
-Suka Menjerit-Jerit

Program ini dikendalikan oleh terapis dan guru-guru terlatih untuk membantu anda dan simanja. InsyaALLAH


mahfuzah-teacher-ayu-2

Playgroup Xtra adalah program lanjutan dari Excel Qhalif Playgroup yang sedia ada. Di atas permintaan, program ini direka khusus untuk anak-anak yang berkeperluan khas. Ia dijalankan secara intensif setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad) selama 8 bulan di mana aktiviti yang dijalankan merangkumi teknik Terapi Carakerja (OT) dan Speech Program.

Program ini dikendali oleh guru terlatih yang terdiri dari guru pendidikan khas dan terapis yang berpengalaman. Malah program ini juga direka oleh Puan Mahfuzah Zainol yang berpengalaman dalam terapi carakerja bersama Teacher Ayu  yang merupakan juga Pengasas Excel Qhalif yang berpengalaman dalam intipati program playgroup.

bangi-sahaja-400px

4 Objektif Program Playgroup Xtra

  • Menambah Ilmu Pengetahuan Ibubapa
    Program ini membolehkan terapis dan guru menyalurkan ilmu dan maklumat yang tepat pada ibubapa tentang berkenaan perkembangan anak mereka. Malah ibubapa boleh mengetahui apakah tujuan dan aktiviti yang sesuai buat anak mereka.
    .
  • Ibubapa Sebagai Terapis
    Dengan menambah pengetahuan, ibubapa juga boleh menjadi ‘terapis’ yang berkesan buat anak masing-masing. Mereka boleh meneruskan latihan aktiviti yang diajar di rumah.
    .
  • Meningkat Kemahiran Sosial Anak
    Aktiviti berkumpulan sebegini membolehkan anak-anak meningkatkan kemahiran sosial mereka. Bergesel bahu, bersabar, mengikut giliran dan berkongsi adalah elemen penting dalam setiap aktiviti. Malah anak berpeluang meniru dari rakan sebaya mereka.
    .
  • Kumpulan Sokongan
    Dengan adanya ruang sebegini ibubapa bukan sahaja dapat menambah pengetahuan; malah berkongsi maklumat sesama mereka. Saling bantu membantu dan bertukar pendapat. Secara tidak langsung kumpulan sokongan ini dapat mengurangkan bebanan dan meningkatkan motivasi ibubapa.

.

Matlamat Program Playgroup Xtra

  • Meningkatkan Daya Tumpuan (Improve Attention)
  • Meningkatkan Kemahiran Sosial (Improve Social Skills)
  • Menambahbaik Kemahiran Bahasa (Increase Vocabulary)
  • Modifikasi Perilaku (Behaviour Modification)
  • Aktiviti Pengurusan Diri (ADL-Activity Daily Living)
  • Mengikut Giliran (Turn Taking)
  • Kemahiran Pra-Menulis (Pre-Writing Skills)

.

Siapa Perlu Sertai

.

.

  • Berumur 3-7 tahun
  • Anak yang mempunyai masalah pertuturan dan komunikasi (non verbal ataupun verbal)
  • Anak yang telah diagnos awal daripada pakar dan mempunyai simptom Autisme, Dyslexia, ADHD, ADD dan sebagainya
  • Anak yang mempunyai masalah pembelajaran / SLD (Special Learning Disabilities)
  • Anak yang mempunyai masalah tumpuan dan fokus yang lama untuk pembelajaran (table task)
  • Anak yang mempunyai masalah sensori dan tingkahlaku (behaviour)
  • Anak yang memerlukan pendedahan awal berinteraksi dalam kumpulan yang kecil serta berdikari. Persiapan ke alam persekolahan.
    .
    button-daftar-kelas-saringan
    .

6 Komponen Pembelajaran

Secara keseluruhannya, terdapat 6 komponen dan fokus yang ingin dicapai dalam 8 bulan intensif program Playgroup Xtra ini.

  1. Sensori 
    Seperti yang kita maklum sensori terbahagi kepada 5 bahagian ; contohnya sensori atau deria rasa, lihat, sentuh, dengar dan bau. Atau dalam istilah terapi carakerja ianya merangkumi system olfactory, visual, vestibular and tactile.
    Anak yang mempunyai masalah sensori ini samada hypersensitivity atau hyposensitivity akan mempunyai keterbatasan dalam aktiviti rutin harian mereka. Mereka mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran sekeliling mereka apatah lagi persekitaran baru buat mereka. Sekaligus menyebabkan mereka mempunyai masalah fokus dan tumpuan yang agak kritikal.
    .
  2. Kemahiran Motor Kasar / Gross Motor Skills 
    Anak yang sihat adalah anak yang aktif, kerana itu kemahiran motor kasar merupakan salah satu komponen penting.Kemahiran motor kasar merujuk kepada aktiviti yang melibatkan pergerakan otot-otot besar. Contohnya aktiviti berlari, berjalan, merangkak, melompat dan sebagainya.
    Kami menyediakan alatan yang sesuai untuk memberi rangsangan optimum kepada perkembangan fizikal anak seperti monkey bar, slide (gelongsor), set playgym, trampoline, ball pool, swing, ladder, balance beam etc. Manfaat stimulasi motor kasar ini sangat membantu bagi anak yang berjengket (tip-toing) mahupun gayat atau mempunyai masalah keseimbangan badan.
    .
  3. Kemahiran Motor Halus / Fine Motor Skills
    Sebaliknya, kemahiran motor halus melibatkan pengunaan tangan secara konstruktif yang mana ia memerlukan koordinasi antara tangan dengan mata. Daripada latihan di kelas kita boleh rangsang tangan dominan anak dan ‘bilateral hands use’ setiap anak. Rangsangan yang cukup dalam komponen ini akan membantu anak dalam proses pra-menulis nanti.
    .
  4. Kemahiran Kognitif / Cognitive Skills
    Setelah kemahiran asas telah berjaya dibentuk, setiap anak akan dilatih dalam kemahiran kognitif yang melibatkan proses penyelesaian masalah (problem solving skills) dan seterusnya pendedahan awal kepada pembelajaran semi-formal dan formal (educational learning).
    Konsep asas bentuk, warna, saiz, abjad, nombor dan sebagainya antara intipati asas yang diajar. Namun bezanya pembelajaran ini direka mengikut kesesuaian cara pembelajaran anak itu sendiri (child’s learning style). Contohnya, kinaesthetic learner mempunyai kecenderungan untuk menyelesaikan masalah melalui aktiviti fizikal atau pergerakan.
    .
  5. Kemahiran Kendiri dan Urus Diri / Activity Daily Living (ADL)
    Objektif Playgroup Xtra ini bukan terhad pada pembelajaran semata-mata namun menekankan kebolehan berdikari anak di luar skop pembelajaran seperti boleh berdikari mempersiapkan diri memakai baju dan seluar, boleh ke tandas sendiri, boleh berhias seperti menyikat rambut, memakai bedak, memakai tudung dan sebagainya.
    .
  6. Pra-Pertuturan / Pre-Verbal
    Setelah anak mempunyai fokus dan tumpuan yang baik, anak sekaligus mempunyai potensi yang besar untuk dirangsang dalam kemahiran pra-pertuturan sebelum anak boleh bertutur. Kemahiran pra-pertuturan seperti kemahiran meniru samada aksi atau perkataan, kemahiran mengikut giliran, kemahiran berkongsi perbualan dan sebagainya.
    Setelah kemahiran asas komunikasi itu telah dicapai, ibubapa akan diberi ‘task’ untuk merakam video bersama anak di rumah sebagai latihan agar ibubapa dapat melakukan teknik yang betul dalam merangsang anak bercakap.

.

Komen Ibubapa Yang Sertai

.

qoute-eqpx

Cara Mendaftar

Ibubapa dan anak perlu lalui sesi saringan (screening test) terlebih dahulu bagi kami ketahui perkembangan dan masalah setiap anak secara terperinci. Sesi ini berlangsung selama 1 jam 15 minit sahaja di hujung minggu. Berikut di bawah tarikh sesi saringan yang bakal diadakan. Tempat adalah terhad untuk 30 pelajar sahaja.

 button-daftar-kelas-saringan
.