Home Page › Excel speech program
Excel Speech Program
Excel Speech Program(ESP) adalah program khusus dalam membantu anak-anak yang mempunyai masalah komunikasi dan pertuturan. Setiap anak mempunyai permasalahan komunikasi yang berbeza, oleh itu ESP dijalankan secara ‘one-to-one’ bersama anak. Buat masa ini, ia terdapat di Excel Qhalif Bangi (HQ) sahaja.
ESP berkolaborasi dengan Encik Edwin Lawrence yang merupakan ‘Speech and Languange Pathologist’ yang diiktraf oleh The Hanen Centre®. Semua tenaga pelatih terapi di Excel Speech Program telah berjaya menamatkan semua kelas bimbingan dan bengkel yang dikendalikan oleh beliau.
The Hanen Centre merupakan sebuah badan NGO yang berpusat di Toronto, Kanada yang ditubuhkan oleh seorang ‘Speech and Languange Pathologist’ iaitu Ayala Hanen Manolson sejak tahun 1975. Ia adalah badan NGO yang bertangungjawab sebagai pusat sehenti dalam menangani isu permasalahan komunikasi dan pertuturan di kalangan kanak-kanak. Malah ia juga membimbing kanak-kanak yang mengalami masalah autism, ADHD, ADD dan GDD (Global Delay Developement) dari segi menangani sikap, komunikasi dan pertuturan.
Tidak hanya bertumpu pada usaha tersebut, The Hanen Center® juga menyediakan khidmat bimbingan kepada ibubapa dan pensijilan yang diiktiraf buat semua pendidik/pelatih di seluruh dunia.
Ia merupakan satu penghargaan yang besar apabila Excel Speech Program dapat membantu anak-anak istimewa ini supaya mereka boleh berkomunikasi dengan cara yang sihat. Ia adalah satu kepuasan kepada kami untuk terus berkhidmat dan ‘memberi suara’ kepada mereka. In Shaa Allah.



2 comments
Trackbacks and pingbacks
No trackback or pingback available for this article
blh tahu tentang yuran..terima.kasih
As salam..
Inginkan info lebih lanjut mengenai speech therapy untuk anak saya yang beumur 5tahun..
Untuk pengetahuan tuan/puan sekarang saya masukkn dia di genius aulad…
Anak saya juga ada masalah tatacarakerja…dan doktor hukm sudah sahkan dia austisme..
Harap dapat respon saya di 0122689060 whatsapp/call as soon as possible…sertakn sekali maklumat pembayaran/yuran/berapa lama..
Terima kasih..