Excel Qhalif di Media

1) Sisipan Harian Metro

Kami ditemuramah oleh wartawan tentang program kelas playgroup dan speech therapy kami yang dapat membantu meningkatkan tahap komunikasi dikalangan anak-anak kecil di bawah umur 6 tahun. Juga kami kongsikan 3 Teknik yang boleh dipraktikkan oleh ibubapa di luar sana untuk perkembangan bahasa anak mereka.

2) Majalah Pa & Ma

Mendapat liputan daripada majalah keibubapaan ini tentang aktiviti-aktiviti yang kami jalankan di Excel Qhalif yang membantu meningkatkan tahap pergaulan (sosial) anak, kemahiran motor halus dan kasar anak serta sifat yakin diri mereka. Lebih menarik aktiviti kami melibatkan penyertaan ibubapa di dalam kelas yang menjadikan Excel Qhalif “pusat sehenti ibubapa dan anak”.

3) Buku Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Diberi peluang untuk berkongsi elemen didikan kami di dalam kelas yang menyelitkan unsur ketuhanan kepada anak-anak kecil. Lebih menarik teknik yang dikongsikan sangat santai dan mudah diikuti oleh anak-anak kecil. Ibubapa juga boleh mendapat idea secara mudah bagaimana untuk menerangkan kepada anak-anak kecil berkaitan tentang Islam dan Allah.

4) Program CSR bersama Astro dan juga Chatime

Program CSR Astro dan Chatime ini adalah untuk program realiti Astro “Mikrofon Impian” di mana salah seorang peserta program ini mengalami masalah dari segi kewangan di mana anak beliau di sahkan Autism. Jadi pihak Chatime dan Excel Qhalif bersetuju untuk membantu membiayai yuran untuk sesi terapi bagi anak kepada peserta ini. Secara tidak langsung, kerjasama ini membuka mata banyak pihak di mana ramai lagi orang yang memerlukan bantuan bukan sahaja dari segi fizikal malah dari segi bantuan terapi.

 

 

Pin It on Pinterest