Pengenalan & Objektif Excel Qhalif Playgroup
Pengenalan & Objektif Excel Qhalif Playgroup
Excel Qhalif Playgroup ialah satu program yang menjalankan kelas perkembangan minda kanak-kanak menggunakan medium Bahasa Inggeris dan menekankan nilai Islam di dalamnya seawal umur 20 bulan sehingga 4 tahun. Persepsi anak anda akan di ubah di mana belajar itu merupakan suatu perkara yang sangat menyeronokkan melalui modul–modul kami. Kami percaya bahawa waktu pra sekolah ini adalah merupakan waktu yang terpenting bagi kehidupan anak-anak anda di masa akan datang semestinya di sinilah bermula segalanya!
Modul dalam Bahasa Inggeris
Objektif Playgroup :
- Menerapkan nilai ihsan,iman dan kehebatan Rasulullah sebagai Khalifah terulung.
- Memberi ruang masa yang optimum bagi anak-anak bersosial dengan rakan sekililing dalam pembelajaran yang santai dan menyeronokkan
- Melatih anak-anak anda sifat keyakinan yang tinggi dalam berinteraksi dengan orang sekeliling seawall umur 2 tahun lagi
- Melatih anak-anak anda untuk berkomunikasi dengan cara yang betul di kalangan rakan-rakan dan ibu bapa
- Mengenal pasti bahawa anak-anak mempunyai ‘Otak kanan dominan’ ataupun ‘Otak kiri dominan’ .
Kelebihan Excel Qhalif Playgroup :
- Memberi peluang kepada anak-anak anda untuk berseronok, menambah kenalan baru dan membina skil dan kreativiti mereka melalui pembelajaran dan permainan yang tidak formal.
- Menerapkan pendidikan mengenal agama Islam dalam suasana yang santai dan menyeronokkan bagi melahirkan muslim yang seimbang dunia dan akhirat.
- Melatih anak-anak anda untuk mempelajari dan fasih berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris seawall umur 2 tahun lagi !
- Membantu meningkatkan ikatan kasih saying diantara ibu dan anak apabila mereka saling bekrjasama dan berinteraksi di dalam satu kelas !
- Membantu para ibu dalam meluangkan ‘Kualiti Masa’ yang efektif bersama anak dalam mengalakkan anak-anak bermain di dalam aktiviti yang sihat dan menyeronokkan.
- Melatih minda anak-anak bahawa belajar itu suatu perkara yang menyeronokkan yang tidak harus di takutkan.
Siapa perlu hadir
- Muslim
- Anak-anak yang berumur 18 bulan sehingga 5 tahun
- Anak-anak yang pendiam, pemalu, hyperaktif dan mempunyai keyakinan diri yang rendah
- Ibu bapa yang ingin melatih anak-anak fasih berbahasa Inggeris seawal mungkin
- Ibu bapa yang tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengajar anak-anak anda
- Ibu bapa yang mementingkan aspek pendidikan anak-anak
- Sesiapa sahaja yang mempunyai anak sendiri, anak angkat, anak saudara mahupun cucu !
Kenapa perlu hadir?
- Inilah tempat dan masa yang amat sesuai bagi anda menikmati masa berharga bersama si kecil dalam tumbesaran mereka
- Nilai-nilai positif yang di terapkan tidak ternilai berbanding wang ringgit yang dikeluarkan
- Penerapan nilai dan sahsiah yang baik di kalangan anak-anak seawall usia mereka akan membantu anak-anak mendaki masa hadapan yang cerah dan gemilang
- Dapat membantu anak-anak anda fokus dan mempunyai semangat kerjasama yang tinggi terutama dalam berkumpulan.




1 comment
Trackbacks and pingbacks
[...] Pengenalan & Objektif ALIMKids [...]