Apa Itu Terapi Pertuturan?

Terapi pertuturan atau nama lainnya ST (Speech Therapy) ialah rawatan yang dilakukan terhadap anak yang mempunyai kecelaruan dalam kemahiran bahasa, pertuturan dan komunikasi. Kebiasaannya terapi pertuturan akan bermula dengan sesi penilaian yang akan dilaksanakan oleh Terapis Pertuturan atau Speech Therapist bagi mengenal pasti terlebih dahulu jenis masalah komunikasi anak dan cara terbaik untuk menanganinya.

Target utama ST tidak terhad untuk membolehkan anak bercakap bahkan ianya lebih daripada itu iaitu termasuklah bagi:

  • Memaksimakan komunikasi 2 hala yang bermakna
  • Meningkatkan kosa kata dan sebutan perkataan
  • Menguatkan otot-otot yang digunakan dalam pertuturan
  • Mempelajari cara bercakap dengan betul

Siapa Yang Menjalankan Terapi Pertuturan? Dan Bagaimana Sesi Terapi Dijalankan?

Sesi terapi carakerja one-to-one di EQ dijalankan oleh terapis carakerja/ atau dipanggil ST (SpeechTherapist) -iaitu mereka yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pelajaran sains pertuturan. Terapis kita juga akan menjalani latihan dalaman selama 1 bulan bersama senior ST yang berpengalaman sebelum terapis menjalankan kelas secara rasmi.

Speech Therapy One to One akan dilakukan pada setiap minggu iaitu sekali seminggu selama 1 jam per sesi. Program ini hanya dijalankan pada hari minggu sahaja sebanyak 4x sesi kelas untuk sebulan dan ini yang membezakan sesi terapi kita dengan sesi terapi di hospital yang memerlukan temujanji terapi dalam jarak masa yang lama.

Terapis Carakerja & Pertuturan

Therapy & Playgroup

Siapa Perlukan Terapi Pertuturan?

Terapi pertuturan adalah rawatan yang diberikan kepada kanak-kanak seawal usia 2 tahun ke atas yang mempunyai masalah dalam komunikasi dan bahasa. Terapi pertuturan kebiasaan adalah terapi susulan selepas kanak-kanak selesai dengan terapi carakerja.

Kanak-kanak yang mempunyai isu seperti:

Ibu bapa boleh merujuk milestone pertuturan di bawah:

1

Pada umur 1 tahun, perkembangan kanak-kanak yang sepatutnya sudah boleh mendengar arahan mudah, memahami perkataan yang biasa didengar, mengenali namanya sendiri dan boleh mula bertutur 1 perkataan mudah. Contoh ; ibu, ayah, nak, kereta, susu.

2

Pada umur 2 tahun, kanak-kanak sepatutnya sudah boleh memahami ayat dan soalan mudah serta mempunyai 50 patah perkataan di dalam vokabulari kanak-kanak tersebut. Ia juga sudah mula untuk menyambung 1 patah perkataan ke 2 patah perkataan. Contoh ; ibu nak, nak susu, kereta merah

3

Kanak-kanak yang berumur 3 tahun perkembangan yang sepatutnya adalah kanak-kanak boleh mendengar dan memahami arahan yang lebih 2 patah perkataan. Ia juga mampu untuk membuat 3-4 patah perkataan menjadi satu ayat.

4

Bila kanak-kanak sudah berumur 4 tahun, kanak-kanak akan mula untuk memahami konsep asas seperti warna, mempunyai dalam 900 patah perkataan di dalam vokabulari, menggunakan 4-5 patah perkataan untuk membuat ayat dan mula untuk meggunakan ‘WH – questions’

5

Apabila kanak-kanak berumur 5 tahun, kanak-kanak akan mula memahami arahan yang lebih kompleks, boleh membuat ayat melebihi 6 patah perkataan, dapat menerangkan kembali perkara yang sudah terjadi (re-tell event).

Apa Aktiviti Yang Dilakukan Oleh Terapis?

Selama 1 jam sesi kelas terapi dijalankan, terapis akan melakukan aktiviti secara one-to-one bersama anak termasuk konsultasi/perbincangan bersama ibu bapa pada 15 minit terakhir sesi kelas. Terapis akan mengambil kira kemampuan dan keperluan fizikal, sosial, emosi, deria dan kognitif kanak-kanak. Antara strategi ST dalam membantu anak ialah dengan melakukan:

 

  • Aktiviti bermain sambil belajar untuk menambah perbendaharaan kata (Vocabulary)
  • Aktiviti bermain untuk menolong dalam interaksi dan komunikasi untuk merangsang perkembangan bahasa
  • Menunjukkan contoh cara membimbing kanak-kanak untuk mula mengeluarkan kata dan memberi urutan yang sesuai untuk oral motor
  • Menyediakan home program untuk ibu bapa menyambung membuat aktiviti secara konsisten di rumah dengan bimbingan oleh terapis

Apa Akan Terjadi Jika Anak Tidak Pergi Terapi?

Anak Akan Mengalami Kecelaruan Emosi & Develop Behavior

Anak yang mengalami kelewatan perkembangan dalam segi pertuturan semestinya ada kesukaran untuk mengekspresikan diri mereka. Oleh kerana itu, kanak-kanak yang mempunyai isu lewat bertutur akan mengalami gangguan emosi kerana tidak boleh berkomunikasi dua hala untuk memberitahu kehendaknya.

Terlalu Jauh Jarak Perkembangan Dengan Umur Sebenar

Ada anak umur sudah 5 tahun tetapi masih berada di tahap percakapan usia 2 tahun. Jadi ‘delay gap’ disitu adalah besar, tidak selaras dengan tahap perkembangan pertuturan yang sepatutnya dicapai. Hanya kelas terapi yang konsisten sahaja dapat memberi sokongan dan bantuan kepada kanak-kanak yang kelewatan perkembangan ini.

Ibu bapa perlu cepat memberi terapi kepada anak-anak untuk kita cegah ‘delay gap’ yang terlalu besar dengan perkembangan umur sebenar anak kerana sekiranya anak sudah melepasi satu persatu peringkat umur, peluang untuk anak berkembang secara optimum akan berkurangan dan akan sedikit mengambil masa lama.

Apakah Langkah Ibu Bapa Seterusnya?

Mulakan Dengan Penilaian

Kami menyediakan sesi penilaian (Assessment) sebagai langkah pertama untuk ibu bapa kenali isu perkembangan anak dengan lebih lanjut. Jika anak mula menunjukan penurunan kefungsian dalam aktiviti seharian seperti tidak respon pada nama dan arahan atau tidak fokus, sesi penilaian boleh menentukan sekiranya terapi pertuturan adalah terapi yang tepat untuk anak anda. 

Penilaian terapi pertuturan ini penting bagi terapis untuk mengetahui perkembangan anak yang terkini dan bagi mengenalpasti apa pelan rawatan yang sesuai dan berkesan menurut isu anak. Ini kerana setiap anak mempunyai isu-isu perkembangan yang berbeza dan memerlukan cara pendekatan terapi yang pelbagai. 

Namun, assessment ini bukanlah diagnosis mengenai masalah anak ianya hanyalah sebagai langkah awal bagi mengenalpasti dan menangani isu anak terlebih dahulu. Assessment ini:

  • Dijalankan selama 1 jam di mana pada 15 minit terakhir ST akan berbincang bersama ibu bapa mengenai isu anak 
  • Laporan assessment juga akan disediakan serta boleh dijadikan rujukan untuk ke hospital atau pusat terapi
  • Assessment ini berharga RM 250 untuk sekali sesi sahaja.

Jika anak tuan/puan ada isu-isu seperti di atas, boleh menghubungi cawangan yang terdekat untuk book sesi penilaian (Assessment) di centre kami sebagai langkah pertama untuk kenali isu dengan lebih khusus.

Excel Qhalif Sdn. Bhd.

1212310-A

Rakan Kerjasama

Rakan Media

Bangi Branch (HQ)

No 19-1, 19-2, 21-1, 21-2 Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, 43000,
Kajang, Selangor D. E.

Masa

9am - 6pm
Isnin - Sabtu

Pin It on Pinterest