Posts Tagged ‘anak keperluan khas’

Pernah lihat si manja anda mengibas-ngibas atau mengepak-ngepakkan tangannya secara tiba-tiba (flapping hand)? Atau anda perasan si manja anda selalu menggoyang-goyangkan badannya ke depan ke belakang secara berulang-ulang (body rocking)? Atau mungkin juga yang lebih menakutkan apabila melihat si manja menghantuk-hantukkan kepalanya walaupun pada waktu itu dia bukan di dalam mode tantrum (mengamuk)? Kelakuan-kelakuan ini menandakan anak anda berkemungkinan mengalami gejala self-stimulatory (peransangan kendiri).

Gejala ini kebiasaannya dilihat biasa pada kanak-kanak autistik. Walau bagaimanapun, ingin diingatkan supaya ibu bapa tidak terus melompat pada kesimpulan, “Kanak-kanak itu ada autism kerana dia ada tabiat flapping hand”, kerana gejala self-stimulatory sahaja tidak cukup untuk mendiagnos anak anda dengan autisme. Ini kerana, kanak-kanak normal/tipikal juga kadang-kala tidak terlepas daripada mengalami gejala self-stimulatory.

→ Read more

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang berusia 3 hingga 6 tahun, sudah pastinya mengharapkan anak-anak mereka mengenal huruf a-z, mengenal nombor selain mempersiapkan anak-anak menguasai kemahiran membaca sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan. Jika di lihat, ibu bapa kini berlumba-lumba memberi pendedahan awal kepada anak-anak dengan menghantar ke tadika ataupun pusat pembelajaran lain demi memberi pendidikan formal kepada anak-anak supaya mereka tidak ketinggalan berbanding dengan rakan sebaya yang lain.

Apa yang membimbangkan  ibu bapa kini adalah kenapa anak mereka lambat untuk membaca? Sedangkan pada usia 3 hingga 6 tahun  sudah dapat membaca ayat-ayat mudah. Saya sering dihujani pertanyaan daripada ibu bapa di luar sana bagaimana cara yang sesuai untuk mengajar anak-anak membaca dengan cepat. Oleh itu, saya menggunakan kaedah fonetik yang mana kaedah ini merupakan kaedah awal yang paling dekat dengan kanak-kanak. Kaedah fonetik ini adalah kaedah membunyikan huruf-huruf yang dilihat sebelum anak dapat membaca suku kata dan juga membaca ayat-ayat mudah.

→ Read more

Jika orang dewasa mempunyai pekerjaan dan peranan masing-masing di dalam masyarakat, kanak-kanak juga mempunyai pekerjaan mereka tersendiri. Bermain dan meneroka persekitaran mereka adalah peranan dan pekerjaan utama kanak-kanak. Dengan bermain, kanak-kanak membina pelbagai kemahiran utama seperti kemahiran kognitif, motor halus dan kasar, kemahiran interaksi dan sosial dan lain-lain lagi.

Seperti juga orang dewasa yang memerlukan fokus semasa bekerja, kanak-kanak juga memerlukan fokus semasa bermain untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran tersebut. Sering kali saya terima aduan daripada ibu bapa berkenaan anak-anak mereka yang terlalu aktif, tidak bertahan lama dalam satu-satu permainan dan mempunyai kecenderungan untuk bertukar-tukar aktiviti dalam masa yang singkat. Kerenah-kerenah anak seperti ini adalah antara tanda-tanda mereka kurang fokus dan berkemungkinan juga boleh membantutkan sesetengah aspek perkembangan mereka. → Read more

Soalan yang ibu bapa pasti selalu tanya kepada anak adalah “Ni apa?” di mana ia merujuk kepada objek atau benda dan anak boleh menjawab soalan tersebut dengan mudah. Bagus!. Namun, apabila anak disuruh melakukan sesuatu seperti “masuk dalam”, “pergi mandi”, “ambil botol”. Kebanyakan anak tidak melakukannya. Kenapa jadi begitu?

Ini kerana, anak asyik didedahkan nama benda seperti “bola”, “kereta” sahaja. Anak-anak tidak faham atau didedahkan dengan perkataan preposisi (cth, “dalam”, “atas”). Apatah lagi perkataan aksi (cth, “makan”, “main”) dan kata sifat (cth, “marah”, “busuk”). Kenapa ya?…

→ Read more

“Mama, afiq nak kereta mainan tu jugaaaaaak!” Si anak meronta dan berguling-guling di atas lantai kedai permainan. Dalam keadaan yang terdesak untuk menenangkan anak, si ibu pun membeli kereta mainan tersebut walaupun membelinya bukanlah dalam perancangan si ibu.

Situasi seperti ini berkemungkinan adalah situasi biasa yang sering kali di alami oleh para ibu bapa di luar sana. Anak mula bersikap memanipulasi terhadap kedua ibu bapa mengikut keinginan mereka tidak kira tempat atau masa. Si anak juga sudah menjangkakan mereka akan menang dalam perang psikologi dengan ibu bapa mereka.

→ Read more