Tenaga Guru Terlatih

Tenaga Pelatih TerapiExcel Speech Program (ESP)   hanya terdapat di Excel Qhalif Bangi (HQ) sahaja.
Manakala guru terlatih terdiri daripada Teacher Ayu, Encik Mohd Yusmi dan dibantu dengan seorang lagi guru.

Teacher Ayu merupakan pengasas di Excel Qhalif yang juga turut bertangungjawab menjalankan program Excel Qhalif Playgroup (EQP) pada hujung minggu bersama guru-guru lain.

ESP-Bangi-sahajaTeacher Ayu juga mempunyai pengalaman hampir 4 tahun dalam pendidikan awal kanak-kanak terutama dalam bidang sosial dan komunikasi dan pengurusan tingkahlaku anak. Beliau bertindak sebagai tenaga pengajar di Excel Qhalif semenjak ianya ditubuhkan.

Kesemua  guru terlatih ini mendapat pendidikan dan bengkel khusus dari The Program Hanen® melalui En. Edwin Lawrence (Speech-Language Pathologist) yang juga bertindak sebagai konsultan tetap di Excel Speech Program.

Edwin LawrenceEn. Edwin Lawrence merupakan Speech and Languange Pathologist (SLT) semenjak tahun 2001. Beliau juga Speech and Languange Pathologist (SLT) yang berdaftar dengan  The Program Hanen® . Pemegang sijil SLT yang diiktiraf dari United Kingdom (SL 09214) dan juga di Malaysia (12006 SLP). Ahli berdaftar dengan Health and Care Professions Council  (HCPC-UK) 2002 dan berdaftar di Malaysian Association of Speech and Hearing (MASH).
Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang komunikasi sehingga pernah berkhidmat di Singapura, United Kingdom dan Channel Islands selain di Malaysia.

Tenaga Pelatih Terapi di Excel QhalifBeliau juga pernah mengalas tugas sebagai pengurus untuk pelajar tahun 3 dan 4 bagi jurusan ‘Speech and Language Therapy’ di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum beliau berkhidmat di United Kingdom selama 8 tahun dan di merata tempat yang lain yang diiktiraf. Semasa di UK beliau memberi khidmat di klinik dan sekolah tempatan, menjalankan penilaian dan analisis bagi anak yang mempunyai masalah komunikasi seperti autism, celebral palsy, global development delay, down’s syndrome, ADHD/ADD dan tingkahlaku anak.

 

button-testtenaga-pelatihcara-daftar
 

 

 

 

 

Leave a Reply