Author Archive
Saya yakin kebanyakan ibu bapa yang bertanyakan soalan ini sudah pun melakukan bacaan di internet atau buku, menonton video-video berkaitan di youtube, atau mungkin sudah pun bertanyakan soalan yang sama pada mana-mana professional yang lain sama ada doktor pediatrik, psikologis, atau terapis lain.
Walaupun begitu, saya faham mengapa ibu bapa masih mengajukan soalan berkenaan, dan tidak ada salahnya bagi ibu bapa untuk sentiasa mengkaji dan mendapatkan pandangan lain (second opinion) daripada para professional, malah saya memuji ibu bapa yang selalu berusaha untuk memahami autism dengan lebih mendalam.
Walau bagaimanapun, bagi saya ini adalah soalan killer. Kerana soalan ini diajukan dengan seribu satu pengharapan untuk mendapatkan jawapan yang lebih positif. Dan setiap kali ditanya, saya akan sentiasa memberikan jawapan klise; → Read more
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang berusia 3 hingga 6 tahun, sudah pastinya mengharapkan anak-anak mereka mengenal huruf a-z, mengenal nombor selain mempersiapkan anak-anak menguasai kemahiran membaca sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan. Jika di lihat, ibu bapa kini berlumba-lumba memberi pendedahan awal kepada anak-anak dengan menghantar ke tadika ataupun pusat pembelajaran lain demi memberi pendidikan formal kepada anak-anak supaya mereka tidak ketinggalan berbanding dengan rakan sebaya yang lain.
Apa yang membimbangkan ibu bapa kini adalah kenapa anak mereka lambat untuk membaca? Sedangkan pada usia 3 hingga 6 tahun sudah dapat membaca ayat-ayat mudah. Saya sering dihujani pertanyaan daripada ibu bapa di luar sana bagaimana cara yang sesuai untuk mengajar anak-anak membaca dengan cepat. Oleh itu, saya menggunakan kaedah fonetik yang mana kaedah ini merupakan kaedah awal yang paling dekat dengan kanak-kanak. Kaedah fonetik ini adalah kaedah membunyikan huruf-huruf yang dilihat sebelum anak dapat membaca suku kata dan juga membaca ayat-ayat mudah.
Jika orang dewasa mempunyai pekerjaan dan peranan masing-masing di dalam masyarakat, kanak-kanak juga mempunyai pekerjaan mereka tersendiri. Bermain dan meneroka persekitaran mereka adalah peranan dan pekerjaan utama kanak-kanak. Dengan bermain, kanak-kanak membina pelbagai kemahiran utama seperti kemahiran kognitif, motor halus dan kasar, kemahiran interaksi dan sosial dan lain-lain lagi.
Seperti juga orang dewasa yang memerlukan fokus semasa bekerja, kanak-kanak juga memerlukan fokus semasa bermain untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran tersebut. Sering kali saya terima aduan daripada ibu bapa berkenaan anak-anak mereka yang terlalu aktif, tidak bertahan lama dalam satu-satu permainan dan mempunyai kecenderungan untuk bertukar-tukar aktiviti dalam masa yang singkat. Kerenah-kerenah anak seperti ini adalah antara tanda-tanda mereka kurang fokus dan berkemungkinan juga boleh membantutkan sesetengah aspek perkembangan mereka. → Read more