Archive for the ‘Excel Speech Program’ Category

“Cakap nak susu. Nak susu.” – mama

“Nak susu.” – anak

Mungkin anda rasa seronok apabila anak anda mengulang apa yang anda katakan. Tetapi ibu bapa harus ingat bahawa menyuruh anak mengulang apa yang anda katakan tidak bermakna anak anda faham ayat atau perkataan tersebut. Anak juga tidak mampu menggunakan ayat yang disebut itu pada masa akan datang secara spontan. Anak hanya meniru apa yang anda katakan untuk mendapatkan barang yang dingini.

Untuk belajar perkataan baru, langkah pertama adalah untuk anak memahami perkataan tersebut. Apabila anak anda faham perkataan tersebut, mereka akan mampu menggunakannya di dalam konteks yang betul dengan sendirinya tanpa bantuan ibu bapa.

Apakah cara yang terbaik untuk membantu anak anda memahami perkataan baru dan membina kosa kota mereka?

Ada 5 rahsia yang akan saya kongsikan kepada ibu bapa untuk membantu anak anda.

→ Read more

open

KAMI TETAP BEROPERASI.
Excel Qhalif adalah pusat rehablitasi dan intervensi untuk anak-anak berkeperluan khas. Maka kami beroperasi walaupun dalam tempoh PKPD. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, Tuan / Puan boleh hubungi kami ditalian 013-361 9918 atau klik bawah untuk Whatsapp kami.