Excel Qhalif

Merupakan Sebuah Pusat Terapi Intervensi Untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Seperti Autisme, GDD, ADD, ADHD, Down Syndrome & lain-lain.

Antara program-program utama yang dijalankan oleh Excel Qhalif adalah:

  • Terapi One-to-One (Occupational Therapy & Speech Therapy)
  • Early Intervention Program (EIP)
  • Playgroup Xtra

yang merupakan program terapi untuk membantu isu-isu perkembangan lewat yang dihadapi oleh kanak-kanak.

Pusat terapi ini juga menyediakan khidmat konsultasi dan sesi penilaian untuk mendapatkan diagnosis rasmi dari Pakar Psikologi Klinikal.

Alhamdulillah, ia diperakui oleh ramai ibubapa yang telah menyertai kami; program yang direka khusus ini mampu meningkat perkembangan bahasa, komunikasi, fizikal dan minda kanak-kanak.

Program-program di Excel Qhalif ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 20 bulan hingga 10 tahun. Para ibu bapa juga berpeluang turut serta dalam setiap aktiviti kelas.

Kami turut memberi khidmat nasihat kepada ibu-bapa yang terlibat bagi membantu mereka dan anak mereka.

Mohd Yusmi

Mohd Yusmi

Pengarah Urusan

En Mohd Yusmi b. Yusof yang juga suami kepada Teacher Ayu mengalas tangungjawab sebagai Rakan Pengasas dan Penasihat Korporat di Excel Qhalif.

Beliau mendukung amanah untuk memberi khidmat konsultansi dan runding cara terhadap perjalanan pengurusan Excel Qhalif yang beroperasi di Bangi dan cawangan disekitarnya.

Baca Lanjut

Kepakaran beliau di dalam menterjemahkan produk perkhidmatan (services) kepada nilai yang boleh dirasai oleh pengguna tidak boleh dinafikan. Beliau sendirinya berjaya meletakkan jenama Excel Qhalif mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan cara dan teknik olahan jaringan pemasaran yang efektif.

Mungkin ilmu yang ditimba ketika di menara gading di dalam bidang Rekabentuk dan Grafik Hiasan banyak membentuk pemikiran ‘luar kotak’ beliau.

Berbekalkan pengalaman beliau yang sebelum ini menjalankan Seminar Minda Separa Sedar dibawah label Evolusi Minda menjadikan beliau sangat arif tentang selok belok perniagaan berteraskan perkhidmatan seperti ini.

Hasil garapan modul yang baik semasa di Evolusi Minda, menjadikan beliau seorang yang pakar dalam menghasilkan program-program serta modul yang berkesan dikalangan anak-anak prasekolah.

Beliau juga yakin dengan memasukkan unsur ‘jiwa, soul’ di dalam setiap program di Excel Qhalif akan memudahkan kita mendidik anak-anak secara praktikal dan holistik.

Teacher Ayu

Teacher Ayu

Pengurus Besar

Teacher Ayu merupakan pengasas Excel Qhalif dan seorang wanita yang bersemangat waja dan sangat komited dalam memberi ‘support team’ terhadap masyarakat dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Beliau percaya setiap anak yang dilahirkan penuh dengan bakat dan keistimewaan yang tersendiri, terpulang pada ibubapa bagaimana untuk mencungkil bakat mereka. Sekiranya terhadap sebarang gangguan tumbesaran terhadap anak, cara terbaik adalah kita keluar mencari sokongan pakar tanpa menunggu.

Baca Lanjut

Berpengalaman secara formal selama hampir 2 tahun setengah di dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak khususnya pengajaran berkonsepkan ‘play & learn‘ menjadikan beliau cekap menangani pelbagai tingkahlaku anak-anak di bawah usia 4 tahun.

Melalui penyertaan beliau dikebanyakkan seminar, on-site training, usrah, program keibubapaan banyak memberi kesan kepada pengajaran dan modul di bawah jenama Excel Qhalif ini praktikal digunakan mengikut peredaran semasa pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia ini.

Lahirnya Excel Qhalif melalui pelbagai proses pengalaman, penyelidikan dan pemerhatian di dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini cukup mendewasakan Excel Qhalif dalam memberi pendidikan yang terbaik kepada masyarakat.

Teacher Amirah

Teacher Amirah

Pengurus Operasi

Teacher Amirah atau lebih dikenali sebagai Teacher Ami, ialah seorang Pengurus Operasi merangkap Senior Occupational Therapy di Excel Qhalif. Beliau memulakan kerjaya beliau sebagai terapis Carakerja dan telah berkhidmat selama tujuh tahun di Excel Qhalif. Beliau memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang Terapi Carakerja dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Baca Lanjut

Selain menjalankan tugas sebagai pengurus operasi, beliau juga ditugaskan untuk memberi latihan dalaman kepada terapis-terapis yang berkhidmat di Excel Qhalif.

Luqman Hakim

Luqman Hakim

Pengarah Bukan Eksekutif

Tuan Luqman Hakim Mohd Nor merupakan salah seorang non-executive director di Excel Qhalif. Beliau pernah berkhidmat di beberapa buah syarikat sebagai pakar IT dan pernah bertanggungjawab untuk bahagian Aplikasi & Servis.

Baca Lanjut

Beliau berpengalaman di dalam bidang IT lebih daripada 20 tahun. Tugas beliau di Excel Qhalif adalah membantu memberikan konsultansi berkaitan dengan bahagian sumber manusia dan akaun.

Excel Qhalif Sdn. Bhd.

1212310-A

Rakan Kerjasama

Rakan Media

Bangi Branch (HQ)

No 19-1, 19-2, 21-1, 21-2 Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, 43000,
Kajang, Selangor D. E.

Masa

9am - 6pm
Isnin - Sabtu

Pin It on Pinterest