Program Ini Dirancang Untuk Membantu Anak Mengembangkan Keterampilan Sosial, Komunikasi, dan Kehidupan Seharian, Sehingga Mereka Dapat Mengatasi Kesulitan Yang Dihadapi dan Meningkatkan Kualiti Hidup Mereka.
Early Intervention Programme

Apa itu ‘Early Intervention Program’?
Early Intervention Programme (EIP) merupakan program utama di pusat terapi kami, atau centre-based programme kerana ianya adalah sebuah program intervensi dan program pendidikan yang direka khas untuk membantu kanak-kanak yang mengalami isu kelewatan perkembangan dan tidak mencapai ‘milestone’ umur yang sepatutnya.
Matlamat utama EIP adalah bertujuan untuk merangsang semua aspek perkembangan anak secara holistik kerana program EIP kita menggabungkan aspek pendidikan dan juga sokongan terapi.
Program EIP ini juga menyediakan peluang kepada ibu bapa yang mencari program terapi harian sebagai persediaan untuk anak memasuki alam persekolahan di samping menjadi terapi intensif bagi melengkapkan anak-anak yang masih belum mencapai pencapaian mereka dengan kemahiran asas pembangunan yang penting.
Di Excel Qhalif, kami menerima kanak-kanak yang berumur dari 2.5 tahun sehingga 7 tahun.
4 Modul Utama Early Intervention Programme
Modul-modul yang disediakan dalam program EIP ini adalah berdasarkan modul terapi di mana setiap pelan aktiviti yang dilakukan oleh Intervensionis (Iv) / terapis mempunyai tujuannya tersendiri.

Terapi Carakerja
Aktiviti sensori, pengurusan motor kasar dan motor halus,
Kemahiran konsep asas, kemahiran kognitif

Terapi Pertuturan
Fokus, pandangan mata, kemahiran bermain, kemahiran imitasi (meniru), ekspresif dan reseptif

Aktiviti Kehidupan Harian
Kebersihan diri, pemakaian, penggunaan tandas, pemakanan

Pendidikan Khas
Kemahiran menulis, aktiviti visual persepsi, konsep asas (warna, nombor, abjad)
Tonton Video Aktiviti :
Manfaat Early Intervention Programme
EIP menyediakan kurikulum yang menyeluruh bagi membantu untuk memaksimumkan tahap perkembangan daripada segi pertuturan, kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, kognitif dan juga kemahiran sosial.
EIP juga dapat membantu kanak-kanak yang mempunyai isu pembelajaran (Disleksia, Diskalkulia, sukar fokus).
Melalui program EIP interventionist (IV) kita mempunyai IEP iaitu Individual Education Plan untuk setiap anak kerana setiap anak adalah berbeza target yang ditetapkan oleh terapis dan mengikut kebimbangan ibu bapa mengenai isu anak.
Ibu bapa juga akan diberikan laporan perkembangan anak ketika sesi Parents Teacher Meeting (PTM) dijalankan pada setiap 3 bulan.
EIP dijalankan secara berkumpulan dalam skop kumpulan kecil dengan nisbah 1 IV : 4 pelajar untuk setiap kelas. Program EIP kami di sini mempunyai 2 peringkat iaitu:
Level 1 (Isnin-Khamis) untuk anak berumur bawah 5 tahun dan
Level 2 (Isnin-Jumaat) untuk anak berumur 5 tahun ke atas dan sudah boleh sekurang-kurangnya membaca
Kelas ini juga mempunyai dua pilihan sesi kelas iaitu sesi pagi atau sesi petang selama 3 jam per sesi (half day).
Bagi ibu bapa yang mempunyai kekangan masa, Excel Qhalif turut menyediakan EIP full day (EIP + transit)


Siapa Yang Perlukan Early Intervention Programme?
Kanak-kanak yang :
Telah didiagnos Austim (ASD), ADHD, GDD dan lain-lain
Mempunyai isu kelewatan perkembangan, isu sensori & isu motor halus/kasar
Masih memerlukan bantuan dari segi pengurusan diri (toilet training)
Memerlukan intervensi intensif (kelas terapi harian)
Masih belum boleh bersosial pada umur 3 tahun ke atas
Mempunyai isu behaviour (tantrum, mengamuk keterlaluan)
Apa Akan Terjadi Jika Anak Tidak Pergi Terapi?

Anak Lambat Berdikari (Pengurusan Diri)
Apabila anak sudah berusia 4 atau 5 tahun tetapi masih pakai diapers, tidak boleh request apa yang dimahukan ianya menjadikan anak itu perlu sentiasa dipantau rapat dan dibimbing sepenuh masa oleh ibu bapa atau penjaga. Jadi akan sukar untuk anak ini dihantar ke tadika kerana ada kemungkinan akan ditolak oleh pihak sekolah disebabkan anak masih belum mencapai kriteria minima untuk masuk ke tadika/sekolah.

Masalah Anak Akan Bertambah Kompleks
Apabila intervensi lambat diberi, selalunya kadar progres anak lambat peningkatannya. Contohnya, Jika umur 2 tahun mungkin isu sensori anak hanya 30% peratus. Dengan konsisten terapi dan stimulasi isu sensori dapat berkurangan sikit demi sedikit. Cuma jika sudah lebih 5 tahun mungkin akan ada isu tambahan selain isu sensori yang melambatkan progres anak.
Apa Kata Mereka?
Kami Boleh Bantu Anda?
Di program Early Intervention Programme, kami menyediakan modul-modul yang menyeluruh untuk membantu anak-anak daripada segi fokus, motor halus & kasar, pertuturan dan juga pengurusan diri. Tambahan pula, EIP merupakan program terapi harian yang berdurasi 3 jam sehari dan mencukupi untuk keperluan si kecil anda.
Risau jika anak tidak sesuai dengan kelas berkumpulan? Tidak mengapa, kerana Excel Qhalif ada menyediakan 2 jenis Kelas Percubaan (Trial Class) iaitu:
Trial Class selama 5 hari!! Dengan 33% off limited offer ini hanya diberikan sehingga Januari 2023 sahaja.
Trial Class selama sebulan yang akan dilengkapi dengan 1 Month Report daripada terapis sepanjang anak ikuti Trial Class ini.
Pengalaman Kami Selama 10 Tahun Menjadi Pilihan Ramai Ibu Bapa Di Luar Sana
Tempat adalah terhad memandangkan kami amat mementingkan kualiti dari kuantiti. Aspek kualiti amat dititik beratkan oleh kami berdasarkan pengalaman kami selama 10 tahun.
Para guru kami adalah terlatih dan berdedikasi. Selain pengalaman kami terhadap program ini sangat besar. Malah kami yakin dapat membantu anda sebaiknya. Tapi tempat kosong bukan untuk semua. Kapasiti premis kami adalah terhad. Sebelum terlambat adalah lebih baik anda hubungi wakil kami untuk tindakan lanjut. Hubungi kami sekarang, klik link yang diberikan di bawah.


Excel Qhalif Sdn. Bhd.
1212310-A
Rakan Kerjasama

Rakan Media

Bangi Branch (HQ)
No 19-1, 19-2, 21-1, 21-2 Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, 43000,
Kajang, Selangor D. E.
Masa
9am - 6pm
Isnin - Sabtu