Terapi & Playgroup

Untuk Kanak-kanak

Pusat Terapi No 1

di Selangor & Kuala Lumpur

Intake EIP

is Now Open

One to One Therapy

is Now Open

Apa Itu Terapi ‘One to One’?

Terapi one to one adalah sebuah program terapi khusus untuk terapi carakerja (occupational therapy) atau terapi pertuturan (speech therapy) yang hanya melibatkan seorang terapis dan seorang kanak-kanak sahaja di dalam kelas.

Terapi one to one juga sesuai untuk ibu-bapa yang mencari program terapi mingguan kerana terapi ini diadakan hanya sekali seminggu (4x sebulan) dan sesi terapi adalah 1 jam sahaja + konsultasi.

Terapi one to one ini merupakan terapi yang juga disediakan di hospital tetapi konsistensi nya bukan seminggu sekali.

Apa Manfaat Terapi ‘One to One’?

Kelebihan terapi one to one adalah terapis dapat memberi fokus sepenuhnya kepada anak tersebut.

Tambahan pula, sesi terapi ini dijalankan oleh terapis carakerja atau terapis pertuturan yang terlatih dan mempunyai diploma/sarjana muda dalam bidang terapi carakerja dan terapi pertuturan.

Tambahan pula, ibu-bapa akan mendapat konsultasi dan home program setiap kali selepas habis sesi terapi anak dan terapis.

Sebaiknya kanak-kanak perlu selesai dengan terapi carakerja terlebih dahulu untuk pergi ke terapi pertuturan kerana terapi carakerja adalah asas sebelum anak boleh bertutur dengan baik.

Siapa Yang Perlukan Terapi Carakerja?

Ciri-ciri kanak-kanak yang memerlukan terapi carakerja :

  • Tidak mempunyai eye-contact.
  • Tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi.
  • Mempunyai masalah koordinasi mata dan tangan.
  • Tidak mempunyai fokus dalam melakukan sesuatu aktiviti.
    Mempunyai masalah deria ; geli dengan benda melekit, pasir (sensori).
  • Mempunyai masalah dalam aktiviti seharian (pakai baju, makan, dan lain-lain).
  • Sukar menerima arahan mudah
  • Mempunyai kemahiran motor halus dan motor kasar yang lemah.

Contoh : Memegang pencil,membutang baju, mengikat tali kasut,melompat, mengayuh basikal, skipping, membaling, menangkap dan menyepak bola dan lain-lain.

Jika anak tuan/puan ada isu-isu seperti di atas, boleh menghubungi cawangan yang terdekat untuk melakukan sesi penilaian (Assessment) sebagai langkah pertama untuk kenali isu dengan lebih khusus.

Apa Mungkin Terjadi Jika Anak Tidak Pergi Terapi?

a) Masalah Anak Akan bertambah kompleks

    • Apabila intervensi lambat diberi, selalunya kadar progres anak lambat peningkatannya. Contohnya, Jika umur 2 tahun mungkin isu sensori anak hanya 30% peratus. Dengan konsisten terapi dan stimulasi isu sensori dapat berkurangan sikit demi sedikit. Cuma jika sudah lebih 5 tahun mungkin akan ada isu tambahan selain isu sensori yang melambatkan progres anak.

b) Terlalu jauh jarak perkembangan dengan umur sebenar

    • Ada anak umur sudah 5 tahun tetapi masih tidak mampu pegang pensil dengan baik atau menuturkan komunikasi yang bermakna. Jadi ‘delay gap’ disitu adalah besar sekitar 2-3 tahun delay. Hanya kelas terapi yang konsisten sahaja dapat memberi sokongan dan bantuan kepada kanak-kanak yang kelewatan perkembangan ini. Ibu bapa perlu cepat memberi terapi kepada anak-anak untuk kita cegah ‘delay gap’ yang terlalu besar dengan perkembangan umur sebenar anak.

c) Apa yang kami boleh bantu anda?

    • Jika ibu-bapa mencari program yang sesuai untuk membantu anak-anak yang memerlukan terapi mingguan yang konsisten, di sini adalah jawapan nya. Di program terapi one to one, kami menyediakan terapi yang dapat membantu isu-isu anak anda. Terapi di Excel Qhalif juga menyediakan rancangan home program iaitu aktiviti-aktiviti yang ibu-bapa boleh lakukan di rumah dan membantu perkembangan anak-anak di rumah. Terapi one-to-one adalah terapi yang terbaik sebagai langkah pertama untuk ibu-bapa mulakan terapi anak.

Kami menyediakan sesi penilaian (Assessment) sebagai langkah pertama untuk ibu-bapa kenali isu perkembangan anak dengan lebih lanjut. Assessment ini dijalankan selama 45 minit-1 jam dan report assessment juga akan disediakan. Harga assessment ini bermula dengan RM 200 untuk sekali sesi sahaja.

Blog

Baca lanjut dan tingkatkan pemahaman kita

Teacher, Autism ni boleh sembuh ke?

Saya yakin kebanyakan ibu bapa yang bertanyakan soalan ini sudah pun melakukan bacaan di internet atau buku, menonton video-video berkaitan di youtube, atau mungkin sudah pun bertanyakan soalan yang sama pada mana-mana professional yang lain sama ada doktor pediatrik, psikologis, atau terapis lain.

Autisme: Betul ke jalani ujian diagnostik boleh mempercepatkan proses perkembangan anak?

Sebagai seorang ibu, saya percaya anak adalah anugerah terindah dan paling bermakna dalam hidup seseorang yang bergelar ibu bapa. Segala ilmu tentang parenting styles dan child developmental milestones merupakan antara topik yang sering menjadi carian di internet untuk kita lebih memahami corak perkembangan anak-anak kita.

Kenali petanda anak autisme

Secara ringkasnya, Autisme dikategorikan sebagai satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya kipas.

Apa Kata Mereka?

“Alhamdulillah, anak saya dah boleh sebut Papa, Mama, Abang”

“Dulu dia panggil semua orang mama, but now dia dah recognize and boleh panggil papa, mama & abang dia. In term of doing activities pun, now dia dah boleh take turn and dia dah nak involve in group activity”

Puan Iza

Shah Alam

Award

Rakan Kerjasama

Excel Qhalif Di Media

Hlive Astro Ria -Mikrofon Impian

Assalamualaikum – TV Al Hijrah 2018

Assalam Biz – TV Al Hijrah 2020

Excel Qhalif Sdn. Bhd.

1212310-A

Bangi Branch (HQ)

No 19-1, 19-2, 21-1, 21-2 Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, 43000,
Kajang, Selangor D. E.

Masa

9am - 6pm
Isnin - Sabtu