Terapi Pertuturan (Speech Therapy) Adalah Kaedah Rawatan Yang Membantu Individu Yang Mengalami Masalah Pertuturan Dan Bahasa Untuk Berkomunikasi Dengan Lebih Baik Dan Normal

Speech Therapy (Terapi Pertuturan)

Apa Itu Terapi Pertuturan?

Terapi pertuturan atau nama lainnya ST (Speech Therapy) ialah rawatan yang dilakukan terhadap anak yang mempunyai kecelaruan dalam kemahiran bahasa, pertuturan dan komunikasi. Kebiasaannya terapi pertuturan akan bermula dengan sesi penilaian yang akan dilaksanakan oleh Terapis Pertuturan atau Speech Therapist bagi mengenal pasti terlebih dahulu jenis masalah komunikasi anak dan cara terbaik untuk menanganinya. Terapi pertuturan ini dilakukan oleh terapis kami yang berlatar belakangkan dalam bidang Sains Pertuturan atau Patologi Pertuturan-Bahasa yang merupakan gabungan bidang sains, perubatan, seni dan pendidikan.

Target utama ST tidak terhad untuk membolehkan anak bercakap bahkan ianya lebih daripada itu iaitu termasuklah bagi:

  • Memaksimakan komunikasi 2 hala yang bermakna
  • Meningkatkan kosa kata dan sebutan perkataan
  • Menguatkan otot-otot yang digunakan dalam pertuturan
  • Mempelajari cara bercakap dengan betul

Siapa Perlukan Terapi Pertuturan?

Terapi pertuturan adalah rawatan yang diberikan kepada kanak-kanak seawal usia 2 tahun ke atas yang mempunyai masalah dalam komunikasi dan bahasa. Terapi pertuturan kebiasaan adalah terapi susulan selepas kanak-kanak selesai dengan terapi carakerja. Terapis pertuturan kami akan mengenal pasti punca masalah pertuturan dan bahasa dengan menjalankan ujian penilaian dan merangka program pemulihan untuk setiap anak berlandaskan isu-isu anak. 

Kanak-kanak yang mempunyai isu seperti:

  • Tidak bercakap/ pelat/ gagap,
  • Kurang perbendaharaan kata (vocab), 
  • Sebutan tidak jelas (articulation disorders)
  • Kekeliruan dalam mengolah/membentuk perkataan atau ayat (apraxia)
  • Ekolalia (repetitive words) 

Dan isu-isu lain yang melibatkan pertuturan boleh mendapatkan khidmat terapi pertuturan ini. Kanak-kanak yang ada isu pertuturan kebiasaannya pertuturan mereka mungkin terhad kepada satu patah perkataan dan juga mereka membuat bunyi atau perkataan yang tidak bermakna dan tidak boleh difahami (jargon)

Ibu bapa boleh merujuk milestone pertuturan di bawah:

Apa Akan Terjadi Jika Anak Tidak Pergi Terapi?

Anak Akan Mengalami Kecelaruan Emosi & Develop Behavior

Anak yang mengalami kelewatan perkembangan dalam segi pertuturan semestinya ada kesukaran untuk mengekspresikan diri mereka. Oleh kerana itu, kanak-kanak yang mempunyai isu lewat bertutur akan mengalami gangguan emosi kerana tidak boleh berkomunikasi dua hala untuk memberitahu kehendaknya.

Terlalu Jauh Jarak Perkembangan Dengan Umur Sebenar

Ada anak umur sudah 5 tahun tetapi masih berada di tahap percakapan usia 2 tahun. Jadi ‘delay gap’ disitu adalah besar, tidak selaras dengan tahap perkembangan pertuturan yang sepatutnya dicapai. Hanya kelas terapi yang konsisten sahaja dapat memberi sokongan dan bantuan kepada kanak-kanak yang kelewatan perkembangan ini. Ibu bapa perlu cepat memberi terapi kepada anak-anak untuk kita cegah ‘delay gap’ yang terlalu besar dengan perkembangan umur sebenar anak kerana sekiranya anak sudah melepasi satu persatu peringkat umur, peluang untuk anak berkembang secara optimum akan berkurangan dan akan sedikit mengambil masa lama.

Apa Yang Kami Boleh Bantu Anda?

Sekiranya ibu bapa mencari program yang sesuai untuk membantu anak-anak yang memerlukan terapi mingguan yang konsisten, di sini adalah jawapan nya. Di program terapi one to one, kami menyediakan terapi yang dapat membantu isu-isu anak anda. Terapi di Excel Qhalif juga menyediakan rancangan home program iaitu aktiviti-aktiviti yang ibu bapa boleh lakukan di rumah dan membantu perkembangan anak-anak di rumah. Terapi one-to-one adalah terapi yang terbaik sebagai langkah pertama untuk ibu bapa mulakan terapi anak.

Jika anak tuan/puan belum mencapai milestone pertuturan di atas, boleh menghubungi cawangan yang terdekat untuk langkah pertama iaitu menjalankan sesi penilaian (Assessment) untuk kenali isu anak dengan lebih lanjut.

Apa Itu Terapi ‘One to One’?

Terapi one to one adalah sebuah program terapi khusus untuk terapi carakerja (occupational therapy) atau terapi pertuturan (speech therapy) yang hanya melibatkan seorang terapis dan seorang kanak-kanak sahaja di dalam kelas. Terapi one to one juga sesuai untuk ibu 

bapa yang mencari program terapi mingguan kerana terapi ini diadakan hanya sekali seminggu (4x sebulan) dan sesi terapi adalah 1 jam sahaja + konsultasi. Terapi one to one ini merupakan terapi yang juga disediakan di hospital tetapi konsistensi nya bukan seminggu sekali.

Apa Manfaat Terapi ‘One to One’?

Kelebihan terapi one to one adalah terapis dapat memberi fokus sepenuhnya kepada anak tersebut dalam memahami masalah khusus anak dan membangunkan pendekatan yang teliti untuk rawatan. Selain itu, program one to one disesuaikan sepenuhnya kepada individu tersebut dalam erti kata lain, anak yang mendapat terapi yang lebih perhatian dan mendalam ada kemungkinan mendapat lebih banyak kelebihan berbanding kadar terapi yang cepat (quick-pace therapy).

Dari sudut lain juga, anak yang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri seperti isu “separation anxiety”, kaedah terapi one to one yang bersifat slow-pace therapy inilah solusi terapi yang bersesuaian buat mereka. 

Tambahan pula, sesi terapi ini dijalankan oleh terapis carakerja atau terapis pertuturan yang terlatih dan mempunyai diploma/sarjana muda dalam bidang terapi carakerja dan terapi pertuturan. Eksklusifnya lagi, ibu bapa akan mendapat konsultasi dan home program setiap kali selepas habis sesi terapi anak daripada terapis. Sebaiknya kanak-kanak perlu selesai dengan terapi carakerja terlebih dahulu untuk pergi ke terapi pertuturan kerana terapi carakerja adalah asas sebelum anak boleh bertutur dengan baik.

Apa Yang Patut Dilakukan?

Mulakan Dengan Penilaian

Kami menyediakan sesi penilaian (Assessment) sebagai langkah pertama untuk ibu bapa kenali isu perkembangan anak dengan lebih lanjut. Jika anak mula menunjukan penurunan kefungsian dalam aktiviti seharian seperti tidak respon pada nama dan arahan atau tidak fokus, sesi penilaian boleh menentukan sekiranya terapi carakerja adalah terapi yang tepat untuk anak anda. 

Penilaian terapi carakerja ini penting bagi terapis untuk mengetahui perkembangan anak yang terkini dan bagi mengenalpasti apa pelan rawatan yang sesuai dan berkesan menurut isu anak. Ini kerana setiap anak mempunyai isu-isu perkembangan yang berbeza dan memerlukan cara pendekatan terapi yang pelbagai. 

Namun, assessment ini bukanlah diagnosis mengenai masalah anak ianya hanyalah sebagai langkah awal bagi mengenalpasti dan menangani isu anak terlebih dahulu. Assessment ini:

  • Dijalankan selama 1 jam di mana pada 15 minit terakhir OT akan berbincang bersama ibu bapa mengenai isu anak 
  • Laporan assessment juga akan disediakan serta boleh dijadikan rujukan untuk ke hospital atau pusat terapi
  • Assessment ini berharga RM 250 untuk sekali sesi sahaja.

Jika anak tuan/puan ada isu-isu seperti di atas, boleh menghubungi cawangan yang terdekat untuk book sesi penilaian (Assessment) di centre kami sebagai langkah pertama untuk kenali isu dengan lebih khusus.

Excel Qhalif Sdn. Bhd.

1212310-A

Rakan Kerjasama

Rakan Media

Bangi Branch (HQ)

No 19-1, 19-2, 21-1, 21-2 Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, 43000,
Kajang, Selangor D. E.

Masa

9am - 6pm
Isnin - Sabtu