Mendidik anak zaman sekarang tidak sama dengan waktu kita dahulu. Kalau dahulu kita boleh berlari bebas depan rumah. Naik basikal dengan rakan-rakan; jatuh dan terluka dilutut. Menangis dan ketawa. Ibu datang dengan rotan menjemput balik.

Manakala anak hari ini, tiada lagi komuniti sebegini. Kalau dilepaskan bebas, di takuti pula keselamatannya terancam. Kereta banyak begitu juga dengan isu sosial seperti jenayah. Keterbatasan ini membuat kita tiada pilihan lain kecuali membiar anak bermain hanya di dalam rumah.

Untuk berkomunikasi anak perlukan rakan berinteraksi. Dari sinilah peluang bahasa dan pemahaman mereka bertambah. Malah ia merangsang pengalaman baru buat mereka. Peranan ibubapa sangat penting dalam merangsang anak terus bercakap.

Terdapat lebih dari 7 peranan yang dimainkan oleh ibubapa dan hanya 1 peranan sahaja yang membantu menangani anak lambat bercakap ini. Saya cuba huraikan hanya 3 peranan yang SALAH untuk tatapan pembaca, khususnya yang berlaku kepada ibubapa di Malaysia. Semoga kita beroleh manfaat darinya.

———————————-
A) PERANAN YANG SALAH
———————————-

ParentTeacher# Peranan 1- Penilai (Tester)
Peranan Penilai atau tester ini adalah peranan yang terkenal dikalangan ibubapa dan tenaga pengajar. Mereka lebih sifat mengajar dan bertanya soalan. “Ini merah, kuning, biru….” Kemudian disusuli dengan soalan, “Ini apa? Itu apa?”
Kekerapan bertanya soalan dalam perbualan akan membuat anak kurang berminat untuk terus berinteraksi. Ia mematikan perbualan dan perbualan tidak boleh bertahan lama. Kita sebagai dewasa pun tidak suka ditanya soalan dan diuji selalu. Apa tah lagi kanak-kanak.

Dalam perbualan dengan anak-anak, hanya maksimum 20% soalan sahaja boleh digunakan. Selebihnya adalah berunsur kenyataan, komen atau penerangan.

polls_scolding# Peranan 2- Pengarah (Director)
“Pergi mandi” , “Pergi tukar baju”, “Pergi makan” ini adalah arahan yang biasa diberi kepada anak kita. Tiada ruang untuk berbual. Untuk anak yang mengalami masalah ‘speech and language delay’, ibubapa perlu peluang supaya mereka terus berinteraksi dan memahami keadaan.

Beri pilihan, rendahkan diri anda sehingga sama ‘eye level’ dengan mereka dan bertentang mata. Katakan begini, “Mama lapar” sambil usap perut kita. Tunggu respon mereka. Setelah mereka respon, katakan pada anak “Daniel lapar” usap perutnya pula. Dengan cara ini anak mula faham apa itu maksud lapar. Setelah mereka berikan respon, katakan lagi pada anak “Daniel lapar.. Daniel nak makan?” Tunggu respon anak lagi. Bawa mereke ke meja makan setelah mereka beri respon.

Perlu diingatkan, respon tidak semestinya dalam bentuk verbal, ia mungkin bunyi, memek muka ataupun bahasa tubuh. Sabar dan peka menunggu respon mereka. Dengan cara ini anak akan terlatih untuk berkomunikasi dengan kita berterusan serta faham apa maksud yang kita sampaikan.

# Peranan 3- Penolong (Helper)
Adakala bila nak cepat kita selalu terdorong dengan perasaan membantu anak kita. Berikan air padanya tanpa diminta. Siapkan puzzle mainannya tanpa tunggu mereka minta bantuan dan respon. “bukan macam tu.. macam ni..” kata kita sambil pasang untuk mereka sehingga siap.

Lazimnya itulah yang berlaku. Sifat suka memudahkan anak ini tidak membantu merangsang mereka untuk berkomunikasi. Sekiranya ada 10 keping puzzle yang hendak dipasang. Anda sepatutnya ada 10 peluang untuk berinteraksi dengan mereka. Tunggu mereka respon minta bantuan ataupun semasa mereka pasang sendiri terdapat posisi yang salah. Katakan pada mereka “Salah tu, Daniel kena pusing “, sambil tunjukkan isyarat tangan pusing pada mereka. Teknik ini dipanggil “visual helper”. Maka secara tidak langsung mereka tahu apa maksud “PUSING”.

———————————-
B) PERANAN YANG BETUL
———————————-

good parent#Peranan 4-Rakan Responsif (Partner)
Rakan responsif ini adalah peranan yang dikehendaki dari semua ibubapa. Terutama mereka yang memiliki anak yang mengalami masalah ‘speech and language delay’.

  • Follow the child lead– Ikut minat anak anda dalam topik perbualan. Matlamat kita adalah untuk mereka boleh bercakap bukan pandai belajar. Dengan mengikuti minat mereka, anda mampu memperkenalkan bahasa dan pengalaman baru kepada anak.
  • Berkongsi- Seorang rakan mesti boleh berkongsi segalanya. Kongsi minat, topik perbualan dan kongsi ruang. Dengan sifat berkongsi ini, si kecil akan merasakan kita adalah sebahagian dari rakan yang sangat memahami mereka. Maka keselesaan berinteraksi wujud di sini.
  • Tunggu dan Respon– Sentiasa sabar menunggu dan memberi respon setiap kali mereka ingin berintraksi dengan anda. Guna peluang yang ada untuk menambah bahasa dan pemahamannya. Perlu juga diingatkan bukan sahaja boleh bercakap menjadi matlamat kita, tetapi mesti boleh memahami maksud apa yang diperkatakan.

Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak menjadi panduan berguna buat semua pembaca. Zaman kita dan zaman mereka tidak sama. Dari masa ke semasa ibubapa hari ini perlu menambah pengetahuan dan ilmu.

Seperti kata Saidina Umar Al-Khatab;

“Didiklah anakmu mengikut zamannya, kerana zamannya adalah berbeza sekali dengan zaman ibubapanya”

*****

BERITA BAIK: Excel Qhalif Playgroup Xtra

Kepada bapa di luar sana. InsyaAllah banyak teknik-teknik yang kami (terapis dan guru) kongsikan dalam kelas Playgroup Xtra atau EQPX ini. Tapi sebelum itu kami menjemput ibubapa luar sana untuk sertai Kelas Saringan EQPX terlebih dahulu.
.
Dikelas saringan ini, akan ada aktiviti dan FREE CONSULTATION. Jadi janganlah segan-segan nak tanya terapis masa sesi FREE CONSULTATION tu nanti.

Berikut adalah detail Kelas Saringan tersebut:
.
Tempat : EXCEL QHALIF BANGI SAHAJA
Tarikh : 3hb November 2018 (Sabtu)
Masa : 9.00am – 10.30am
Whatsapp kami “EQPX” sekarang di 011-1519 0681
.
Atau lebih mudah untuk pengguna HP boleh Whatapps dengan klik link ini http://eqpx.wasap.my/

.
Terhad untuk 10 orang sahaja untuk setiap kelas.
Yuran; RM30 untuk seorang (termasuk anak & ibubapa)
.
PLAYGROUP INI JUGA SESUAI SEKIRANYA Anak Anda Memiliki Ciri-ciri Seperti:

-Bermain Sendirian (Own Agenda),
-Tiada Hubungan Mata (Eye Contact)
-Lambat Bercakap (Late Talker)
-Tidak Boleh Mengikut Arahan
-Tidak Boleh Duduk Lama & Memberi Tumpuan
-Kurang Kemahiran Sosial
-Mengibas-ngibas Tangan (Flapping Hands)
-Suka Menjerit-Jerit
.
Antara tujuan playgroup ini bukan sahaja membimbing simanja anda, malah memberi tunjuk ajar pada ibubapa yang terlibat.
.
FREE CONSULTATION
Kami juga akan berkongsi ilmu semasa sesi kelas tersebut. Malah memberi FREE CONSULTATION kepada ibubapa yang terlibat. Puan tuan boleh bertanya kepada terapis yang mengendali kelas tersebut.
.
Bagi sesiapa yang ingin sertai atau bertanya lanjut boleh hubungi:

Whatapps “EQPX” 011-1519 0681 (Teacher Nad) (SMS / Whatapps Sahaja)
.
Atau lebih mudah untuk pengguna HP boleh Whatapps dengan klik link ini
http://eqpx.wasap.my/
http://eqpx.wasap.my/
http://eqpx.wasap.my/

Salam sayang,
Teacher Ayu
.
Untuk pertanyaan lanjut tentang Excel Speech Program pula (sesi one to one) dan membuat temujanji terapi atau mendapatkan khidmat nasihat. Boleh hubungi:
1) Cawangan Bangi (HQ) – Teacher Ayu 019-6692284 (Whatapps/SMS sahaja),
2) Cawangan Shah Alam – Teacher Siti 018-2416244 (Whatapps/SMS sahaja)

.

.
.

Tags: , , , , , , , , , ,

1 comment

  1. masfizah bahri says: February 10, 2017

Trackbacks and pingbacks

No trackback or pingback available for this article

Leave a Reply