Archive for the ‘Blog’ Category

Sudah lama saya tidak menulis di blog ini. Rindu dibuatnya untuk berkongsi tip dan cerita. Saya agak sibuk dengan pengendalian kelas speech therapy. Ramai ibubapa yang hadir berjumpa saya dalam keadaan panik, apabila umur anak menjangkau 3 atau 4 tahun tetapi masih menggunakan bahasa bayi. Ada juga anak yang hanya menggunakan satu patah perkataan bila menyatakan sesuatu. Tidak kurang yang hanya menunjukkan sahaja apa yang dimahu

Sungguhpun begitu mengikut pengalaman dan pemerhatian saya anak-anak ini bijak. Sungguh bijak cuma mereka lambat bercakap. Tapi kenapa ia terjadi? Mengikut kajian terlalu banyak faktor yang menyebabkan ia terjadi, tetapi di sini saya ringkaskan kepada 5 faktor asas utama. In Sya Allah ia boleh dijadi kayu ukur buat kita semua.

→ Read more

Berkomunikasi dengan anak normal boleh dikira mudah berbanding anak yang mempunyai masalah ‘speech delay’. Jika anak normal mereka akan mudah meniru sebutan perkataan yang kita cakap dan kita juga jelas lihat reaksi dan tindak balas mereka.

‘Body gestures’, ‘pointing’ dan ‘sounds‘ antara medium berkomunikasi bagi anak-anak yang mempunyai masalah ‘speech delay’. Walaupun tanpa perkataan tetapi itulah antara signal mereka menghantar mesej untuk berkomunikasi dengan kita.

→ Read more

Pasir mempunyai pelbagai kegunaan dalam seluruh kehidupan kita, terutama dalam bidang perubatan secara alami. Contohnya, kita biasa lihat mereka menimbus sebahagian atau keseluruhan badan dengan pasir.

Cara ini kadangkala memberi kesan kepada si penyakit dan juga salah satu alternatif secara semulajadi untuk menyembuhkan penyakit.

→ Read more

Anak yang penakut boleh juga dikaitkan dengan fobia atau dilema mereka terhadap sesuatu situasi yang pernah mencemaskan emosi mereka. Ada disebabkan selalu mendapat ‘mind tortured’, mangsa buli adik-beradik atau kawan di taska dan sebagainya :-

→ Read more

Bermain adalah dunia buat seorang kanak-kanak. Mereka boleh bermain siang dan malam tanpa kenal erti penat. Namun, tahukah kita bahawa melalui bermain anak-anak sebenarnya sedang ‘belajar’ ?

Di rumah kita selalunya membeli  mainan dan biarkan mereka bermain sendiri. Rakan sosial mereka hanya kita dan adik-beradik yang lain. Tidak salahnya disitu. Tetapi…“Life begins at the end of your comfort zone”. Rumah merupakan tempat yang paling selesa buat sebuah keluarga terutama seorang anak. Jika di rumah semua perkara mereka lakukan, langsung tidak malu dan segan. Tetapi, adakah mereka bertingkahlaku yang sama jika di luar rumah?

→ Read more